Monday, November 22, 2010

musim sejuk

winter dah mula menyerang
sejuk teketaq-ketaq dah
rasa macam nak menyendeng je sebelah heater all the time
siang pun dah makin pendek
kalau posa time2 macam ni best nih!
pukul 4 camtu dah maghrib :)

tapi as usual
masuk je winter
mula la badan pun jadi lemah
dah start batuk
sakit dada, especially malam
ubat batuk, strepsils, vitamin c semua dah prepare


tak pa la,
ujian nih

tapi hati dah bunga2 sekarang
sekarang dah week 8 kan?
lepas tu week 9, then week 10
lepas tu hooray!!!!!
winter holiday sebulan!!!!!!!!!
ada apa time winter holiday???
insyaAllah fini nak pi spain
ada sapa2 nak ikut??
heheh
lepas tu,
winter holiday ni jugak
ada BOXING DAY!!
jom2!!

Sunday, November 21, 2010

new perspective

malam kemarin ada join pi dengar satu talk anjuran islamic society uni
about Who is Muhammad sallallahu alaihi wasallam.
disampaikan oleh 3 orang speakers, Brother Salim (he is the best la), Sister Myriam (Uni of Oxford-fasih, cantik dan bijak i think) ngan Sister Kristiane Backer (penulis buku From MTV to Mecca, dia ni pun sangat best. try google pasai dia)

from left: sister kristiane, sister myriam, brother hasan (mc), brother salim

seriously, it was great!
sangat bermanfaat
macam gives a new way of looking and thinking tau
not really surprise to see that there were quite a number of non-muslim attending this kind of talk here
tu la kan, we should feel very bersyukur
sebab Allah bukak hati untuk pi dengar majlis ilmu
sebab kadang2 kita tak terdetik pun untuk nak join
macam2 alasan kan?

kalau kat maktab mahmud dulu
ni sangat common (tazkirah, ta'lim, qiyam bla bla)
sampai satu tahap
kadang2 rasa macam 'wah, dah cukup baik ni!'
tapi bila dah keluar sekolah
ikut makayah pi masjid pagi2 jumaat or maghrib, isyak
dengar kuliah subuh, maghrib
rasa macam 'oh, ok.. lain dari kat maahad'
bukan lain apa
the way the tazkirah / kuliah was delivered la
macam kat sekolah, uztaz/ustazah memang specific untuk students, macam lagi detail, clear and of course exam-based kan
tapi kat masjid, the audience is different, cara penyampaian pun lain
more to get to the points and related to daily life

tapi this talk yesterday
i think totally different from what i have had before
sebelum ni kalau cerita pasai Rasulullah (SAW)
kita selalu dengar apa?
baginda ni sabar, amanah, bijaksana, penyayang etc etc kan?

tapi talk ni
they ask us to view Muhammad (pbuh) in 3 different aspects other than all the sifat mahmudah tadi
ni basically what i have got la ye,
not sure kalau ada yang memang dah common dengan perspective ni
tapi this is something new for me la :)

first:
rasulullah is sort of 'media' tau
'media' yang menyampaikan message straight dari Allah
'media' yang mempengaruhi pemikiran, akidah dan perbuatan ummat untuk mentauhidkan Allah
'media' yang bagi contoh terbaik untuk jadi ikutan orang lain
'media' yang adil, tak bias, sempurna dan lengkap kandungan mesejnya untuk setiap ummat sampai akhir zaman kat setiap tempat pun
bila fikir2 balik
tu semua tugas media kan?
Allah dah ajar sejak dulu lagi
baru sekarang kita apply dengan media kita (internet, paper, magazine bla bla)
lojik kan?

second:
rasulullah is an environmentalist / pencinta alam sekitar
yes kita tau kan memang baginda sayang kat haiwan, tumbuhan semua kan
tapi kita ada ambik iktibar dak?
benda macam ni kita selalu take for granted kan?
kalau semua faham konsep 'nature is sacred' macam dalam hadis,
faham konsep yang nabi sampaikan bahawa bumi ini adalah bersih, dah kita boleh sujud kat mana2,
mesti tak dak pollution kan?
mesti kita tak sampai hati nak buang sampah rata2 kan?
mesti kita tak sanggup nak ludah atas tanah kan?
mesti kita tak membazir resources kan? (especially air, electricity)
tapi bukan la nak kata kita care kat environment sampai tak boleh ada development or advancement dalam technology, no, salah konsep tu
tapi kita kena ada balance, seimbang
tu la Allah dah bagitau konsep tu, iaitu al-mizan (balance)
ada sebut dalam ayat Quran kan?
tengok nabi pun tak bagi kita buat satu-satu benda tu over2 sangat kan?
so kena balance :)
ada satu cerita pasai nabi ni sayang semua benda, even pokok
cerita tu lebih kurang macam ni,
satu hari nabi tengah bagi kuliah la kat para sahabat
time tu nabi berdiri bawah sebatang pokok
pastu dah sahabat mai makin ramai
so nabi ubah la kedudukan
dah tak berdiri bawah pokok tu
lepas tu kan
sahabat yang dekat dengan pokok tu dengar pokok tu menangis!!
terkejut la kan
pokok tu sedih sebab nabi dah tak berlindung bawah dia :(
nabi yang dengar pokok tu menangis
terus pi kat pokok tu
dan pujuk balik, 'jangan sedih, kamu akan bersamaku di dalam syurga nanti'
omg, so sweet kan?
rasa macam nak nangis je time dengar cerita tu
kita selalu buat baik kat pokok ngan binatang tak?
agak2 pokok ngan binatang sayang kita tak?

third:
Rasulullah ni seorang yang sokong coexistence
walaupun orang tu lain ideologi dari kita
kita kena terima
nabi tak judge orang suka2 hati
bukan tugas kita jugak nak tentukan orang tu dapat dosa or pahala
orang sekarang kan
senang sangat nak jatuh hukum tau
suka2 je nak tetapkan macam ni dosa, macam tu pahala
ayah selalu cakap macam ni 'sejak bila Allah lantik hampa ni dok tolong malaikat kira dosa pahala orang?'
hehehe
even zaman Nabi and khulafa ar-rasyidin kat madinah dulu
ada je kan non-muslims?
as long as they adhere to Islamic laws and can live in harmony with muslims
nabi boleh tolerate je
siap ada hadis, 'siapa yang menzalimi non-muslim yang patuh undang2 negara islam, dia akan menjadi musuhku di hari akhirat.'
ok, timbul la isu sekarang yang muslim ni selalu dianggap lemah or jadi mangsa or dizalimi or dipandang serong bla bla
yes memang betul, ada
so banyak la kan yang buat demonstrasi sana, protest sini,
jangan buat macam tu
orang akan lagi benci islam
senang je cerita
tengok balik Quran, yang maksud ayat tu lebih kurang macam ni, 'balaslah kebaikan dengan kebaikan, dan balaslah kejahatan dengan kebaikan'
susah kan? tapi tu la the best way :)
ingat cerita nabi yang hari2 baginda dilempar tahi oleh seorang perempuan tua musyrikin ni?
nabi buat apa kat perempuan tu?
ada pergi tampar?
tak kan?
semua tau kan nabi buat macam mana nak balas perbuatan perempuan tu
sampai last sekali perempuan tu pun masuk islam :)
ye la, memang take time
tapi belajar la
fini pun tengah belajar balik
to forgive and to understand
susah, tapi kena buat jugak :)


so ni la antara benda penting yang fini sempat jot down
sebelum ni tak pernah terfikir pun benda2 ni
semua nampak common and memang kita dah tau
tapi tak terlintas relation sirah2 tu ke arah kupasan talk ni
impressive la speakers tu semua
hope boleh join lagi kalau ada majlis ilmu macam ni
semoga dapat hidayah lagi kan!

sabda nabi, "sampaikan daripadaku walaupun satu ayat"

audience

Friday, November 19, 2010

raya :)

bukan tak mau update awal, tapi sibuk nak hantar assigment kemarin. so busy2 la semua..
ni gambar yang sempat snap time raya kali ni..
sejak ada iphone (cewah2), malas nyaaa nak bawak camera pi mana2
so nasib la eh..
henfon ni camera 5mp je, so gambar tak la cantik sangat compare guna camera 12mp kn?
tak kisah la ya :)

pagi raya, sebelum keluar rumah pi semayang raya kat prayer hall uni.

lepas semayang raya. salam2 ngan kawan, pastu kena la ambik gambar. nama pun raya kan? ni dalam prayer hall. btw, kayla pun pakai jubah jugak :) p/s: intan nampak sweet kan pakai pink? dulu anti ngan kaler pink, la ni, tu haa! baju raya pun kaler pink dah! yana? awat mata macam mengantuk?? pagi raya kena ceria ok! hahah

sebelum keluar prayer hall, saja je ambik gambar ngan arab 2 orang ni. depa pun pakai beria jugak time raya. tak la asyik hitam je.. fini pulak yang pakai hitam kan?haha

lepas semayang, macam tahun lepas, pi rumah p.cik fuad (family malaysia yang dok sini). dia buat open house. tahun lepas pi sempat makan semua food, tahun ni sebab pukul 11 tu ada kelas tak sempat nak ratah2. dah la kambing masak hitam dia sedap melampau!!! adeii sempat makan sikit je ngan nasi impit 4 ketul, n lemang sepotong.. sobs...
cuba kalau kat merbok ka, pagi raya ni mau sengkak perut dok makan ja keja. kalau raya korban dok makan daging je sampai ke malam. ni mak kata, sampai semalam pun depa dok bakar daging lagi..nak jugak weih.... T___T

sebelum masuk kelas andy. andy ni pun, cuba cancel kelas time raya macam ni? tak dak feel la nak concentrate, dok nampak daging rebus cicah air asam, makan dengan nasi daging, heaven!!!

tapi dalam semua orang dok happy2 raya, time dalam kelas andy tu, kawan fini, afiq dapat tau ayah dia baru meninggal. innalillah..
sedih tak tau nak kata la. time tu kat malaysia dalam lepas isyak malam raya. semoga diberikan kekuatan oleh Allah. alfatihah untuk ayah afiq..
dia balik malaysia malam tu jugak naik flight kat heathrow pukul 10.

sebelum dia balik tu, fini sempat pi jumpa dia kat rumah dia.
tak tahan tengok dia nangis (seems like i saw myself 4 years ago..)

malam tu ada tahlil kat prayer hall
fini tolong arah ngan farahin siapkan makanan untuk orang yang mai tahlil.
tolong goreng keropok ikan arah bawak dari kelantan nuh! yum yum..
farahin buat cucur jagung, airin buat brownies, arah buat lempeng. ok la kan untuk tahlil?

hasil gorengan. banyak kan?

okay, raya ke2.
pi kelas macam biasa. tapi hari rabu kelas pukul 9 sampai 11 je.
habis kelas, junior buat open house pulak
lalala
makan free lagi!!!

kami sampai awal ni, orang tak ramai lagi. hari tu dah tak pakai baju raya dah. pakai dress ngan jeans je. ada jugak la feeling2 raya sikit :)
[credit picture to ahmad toriq ziyad's facebook]

banyak food depa masak. rajin melampau nih! walaupun depa serve pakai periuk (mungkin dah tak dan nak cari pyrex), tapi sangat la sedap semua benda tu. bergedil tu saja fini makan 4 ketul!! aaaaa, sedap la... ada mee bandung, bihun goreng, rendang ayam, cake, custard, biskut dan sate. sanggup ok budak2 ni pi grill sate tu dalam oven.. semua sangat sedap!! terima kasih adik2 (dan2 panggil 'adik2' kan??) hahaha
[credit picture to ahmad toriq ziyad's facebook]

ni mee bandung tu. tempting kan?? memang betul open house la!

p/s: mak, ramai kawan puji my jubah la!! hehehe padahal jubah tu dah 3 tahun kan? tapi baru pakai 3 kali. jubah ayah baru beli last year adik pakai tahun depan pulak :)))

Monday, November 15, 2010

takbir and tears

allahu akbar
allahu akbar
allahu akbar
lailaha illallahu
allahu akbar
allahu akbar
walillahil hamd..


it is after maghrib
and i'm doing the takbir alone
in my room
and i cry
thinking of my beloved family
i miss them so much..


Selamat Hari Raya Aidiladha
maaf zahir dan batin
semoga sentiasa di dalam naungan rahmat dan maghfirah Allah swt..

Sunday, November 14, 2010

raya??

1 syawal 1430h

hari raya aidiladha di UK akan disambut pada hari selasa,
bukan rabu seperti di malaysia
means, kami raya awal sehari laaa
alaaa baru plan nak celebrate sama2 [coventry - merbok]

so esok kena posa la
hari tu beria habaq kat mak bila mak suruh posa sehari sebelum raya
mak, kita posa hari selasa sama2 na
sekali kena posa hari isnin daa...

oh, i miss the rendang ayam and masak kerisik hati by mak :(
tak reti buat la...

nak raya kat merbok!!!!!
kat sini tak meriah laaa
dah la ada kelas :(
nasib baik kelas pukul 11, dan semayang raya, alhamdulillah..

dah nak kena start feeling2 nih!
mood dengar lagu raya sambil buat assigment bermula T___T

Saturday, November 13, 2010

alhamdulillah =)

hati saya gembira
alhamdulillah
semoga semuanya berjalan lancar

dah lama plan
tapi baru confirm hari ni..

walaupun bang fifi ngan baan tak ikut
bfifi is tooooooooooooooo busy with his work :(
baan kena kumpul duit dah dari sekarang
so dah tak boleh nak splurge ye cik an!
tapi makayah pun ok!!!
dah besar rahmat dah ni
tak sabar nak bawak jalan :)))

ok, dah boleh start plan sekarang!!
hehehe

ya Allah mudahkan segalanya, amiiinn..

Thursday, November 11, 2010

makan lagi dan lagi!

blog ni tak dak cerita lain kan?
makan je selalu..
nasib la, dah memang suka makan!

ni hari isnin lepas. farahin and the gang buat makan2 untuk kami 6 orang. mungkin meraikan kejayaan penjualan cendol yang laris!!! depa masak gulai ayam, sambal tumis udang, sayur bayam, ikan tilapia goreng, air asam ngan papadom. sejuk2 macam ni, memang syorga la boleh makan hebat2 macam ni :) kalau nak masak sendiri, macam malas kot nak buat banyak2 mata macam ni..

dah habis makan nasi, ada pulak dessert. makan brownies ni ngan ice cream! help help, memang mustahil la nak kurus kan?? sobs...

haa yang ni pagi kemarin. ada usrah kat rumah, yana masak nasi lemak. perghh memang sedap menangis la! sambal ayam tu kick habis, pedas!! tiba2 rindu nasi lemak sambal sotong macam mak selalu buat.. (sorry, malas nak rotate gambar)

petang tu, mek buat kek coklat kukus.. ni pinjam pengukus arah, dia bawak dari malaysia. pengukus rumah kami kecik je. tolong la, dok sini tak da makna nak kurus ok!! makanan memang heaven habis la.. ada lagi kek ni dalam fridge, sejuk2 lagi sedap :)

dah siap buat kek, kayla pulak rajin nak buat roti kirai/jala.. see? rajin gila la housemates ni. makan ngan gulai ayam, kayla buat jugak! hebat kan, roti jala di uk?? hahahah

kayla yang rajin!! sanggup pakai hood nak ambik gambar.. hahahaha thanks kayla! sedap roti kirai ang. kat rumah selalu makan roti kirai ngan kuah durian. omg, teringin pulekkk...

sekian sahaja laporan makanan. hahaha suka la boleh tunjuk food macam ni! membangkitkan semangat untuk makan :)))