Monday, November 30, 2009

sushi~

hari ni suhu dah sampai 0'c! so boleh bayang tak macam mana sejuknya fini kat sini?? kadang2 rasa muka dah beku..kalau boleh nak lari cepat2 masuk bilik, sebab kat bilik sangat warm tau! ni baru 0'c kalau dah negative nanti, atau bila dah turun salji, macam mana la.. tapi orang putih masih cool lagi! masih boleh pakai short skirt dan tights atau kadang2 singlet! dah terlalu immune ke dengan sejuk macam ni?? huhh...

hari ni ada 3 jam time free sebelum sambung kelas.. sempat la hang out sat kat costa dan tesco sebab kawan2 fini ada nak beli barang dapur. dalam jalan2 tu, jumpa sushi lunch pack! rasa teringin pulekkk.. kat malaysia dulu pernah makan ngan bfifi je kot time celebrate birthday bulan 5 hari tu.. so lama dah la tak makan sushi ni!
sedap la, siap ada bagi wasabi dengan kicap tu! rasa sama je macam kat sushi king.. so lunch hari ni, fini makan sushi pulak la, rasa macam international sikit kan!

hmm, nanti bfifi ngan baen komplen lagi, asyik2 cita bab makan! tapi, nak buat macam mana, rasa macam menarik laa! so sorry... hahaha jangan marah eh! (btw i love food.. ^_^)

Sunday, November 29, 2009

bbq@cik S!

hari ni tak buat apa kat bilik.. sekadar rehat2 dalam bilik je! cuma pagi tadi kemas dapur, simpan semua barang2 yang dah guna, mop lantai, vacuum carpet dan lap2 kabinet! macam yang selalu buat kat rumah lepas kenduri la..tapi kat sini dapur kecik je so tak la teruk sangat. ^_^

tadi video call dengan mak, ayah dan bfifi, depa dok siap nak pi makan ka
t rumah cik siah! mak cadangkan, hari ni punya entry tulis la pasai cik siah.. =)

so cik siah buat party ye malam2! siap buat bbq lagi.. bestnya.. awat tahun lepas tak buat pun cik siah?? mesti best makan daging bakar cicah air asam! pergghh cair liur ni! mesti jamu macam2 kan?? cik siah dah la sangat suka mencuba macam2 resepi baru yang sedap dan lazat, lepas tu mesti mai hantar kat rumah pulak.. so memang best+untung jadi jiran cik siah ni!! hahaha




Saturday, November 28, 2009

raya at coventry part 2~

hari ni open house kat liberty park. so kami semua la yang organise.. panggil budak2 melayu kat uni dengan lecturer yang mengajar! banyak betul masak.. tapi fini buat nasi himpit je la, tapi bukan yang instant tau! ni memang buat sendiri dari mula.. penat tau buat nasi himpit, banyak tu..
yang ni gambar lepas sembahyang raya kemarin.. siap nak pi beraya pulak!

tangan yang sedang membuat nasi himpit! ada gaya kan?? =)

yang ni semua sebahagian makanan yang disediakan! semua masak sendiri.. pandai depa ni masak, especially budak2 kelantan.. kagum2...



Friday, November 27, 2009

raya at coventry~

sambutan raya bermula di prayer hall university of warwick dengan takbir dan solat sunat aidiladaha berjemaah.. penuh jugak la prayer hall tu, kebanyakannya arab dan pakistan.. sembahyang diimamkan seorang pelajar berbangsa Arab Palestin, memang sayu dan sedap dia baca, best.. lepas tu dengar khutbah raya dalam English.. kat sini ramai yang bermurah hati untuk jamu orang yang mai semayang.. macam2 ada..alhamdulillah..

lepas tu, ada satu family melayu yang memang dah lama dok sini dan memang popular dengan budak2 uni ni sebab selalu buat makan, Pak Cik Fuad dan Kak Shida, depa ni buat open house. rumah depa pun dalam kawasan uni jugak, so ramai la budak2 Melayu pi singgah lepas semayang raya! syok gila tengok banyak makanan malaysia! =)

dalam sedih2 jauh dari makayah ni, Allah tetap bagi nikmat kegembiraan sambut raya, alhamdulillah.. semalam sempat sms Uncle Jan, Bang At, Kak Nurul dan Kak Na untuk ucap selamat hari raya.. dan yang bestnya, bila depa semua reply! walaupun ada yang lewat, tapi rasa happy sangat bila dapat reply tu.. yang paling cepat reply ialah Bang At.. Uncle Jan pulak reply petang ni, dan dia tulis 'Salam Aidiladha dari Makkah' ..oo rupanya dia p haji..

pastu fini sempat gak telefon mak ngah kat singapore! tapi mak ngah tak dak kat rumah time tu, ada Pak Ngah Mid je.. macam biasa, dia happy sangat bila fini call! macam2 benda
dia nak cerita dan tanya.. paling best bila dia tanya, 'fini! u make this call from england??' memang excited betul suara dia!!

banayk lagi gambar sepatutnya, tapi insyaAllah esok fini upload.. gambar kat prayer hall dengan kat kelas! so yang ni gambar kat bus stop je la dulu! ^_^

Thursday, November 26, 2009

baju raya, takbir raya dan malam raya~


to my beloved darlings; mak, ayah, bfifi, baen, baan, k.shila, aiman, alia, tok, p.ngah n family especially fida, paksu n family especially nini n akila, cik siah sekeluarga, lynn, cik kak akma dan semua umat Islam kat malaysia, Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin.. semoga beroleh pahala dan ganjaran daripada Allah atas setiap korban yang dilakukan...

malam ni kat sini, rasa macam sunyi je.. lepas buka posa dan sembahyang maghrib,fini mula takbir sorang2 dalam bilik. pertama kali malam raya rasa sunyi dan sayu macam ni T_T.. tapi lepas sembahyang isya' dalam pukul 5.45, ada invitation kat skype untuk sama2 takbir dengan kawan2 lain. bertempat di rumah sorang senior, kebayakan budak laki muslim di uni berkumpul kat rumah dia, pastu takbir. budak2 pompuan tak kira dok kata mana, hostel atau rumah sewa, selagi ada skype, boleh join gak takbir sama2.. kira buat group call la.. syukur, teknologi boleh jugak membantu!

lepas takbir, iron baju raya untuk pakai esok.. teringat pulak kalau kat kampung, ni memang tugas wajib! tahun ni, kesian kat mak, kena iron sorang2.. esok kena pi awal, sembahyang raya kat prayer hall uni pukul 8. so pukul 7 dah kena gerak dari sini.. masing2 dah plan nak pakai baju kurung! sejuk pun tak pa, janji ada feel raya! ^_^

pasal korban2 ni, kat sini macam tak berapa ada je.. ye la muslim tak ramai sangat! tapi kalau kat london atau birmingham, mungkin ada la.. so tengok la esok macam mana, semoga semua nya ok, insyaAllah~ so again, SELAMAT HARI RAYA!!

Wednesday, November 25, 2009

raya.. T_T

esok, khamis dan lusa, jumaat; selamat hari raya aidiladha.. disebabkan ramai yang dah ungkit bab yang sedih ni, iaitu bab raya, so kita cita bab raya lah! kat sini, budak2 pompuan kalau sebut bab raya, masing2 dah berair je mata.. yela first time raya jauh dari family kan? adeeiii its too hard to say la..


tadi video call dengan mak,ayah,alia, baen dan baan. depa dah nak balik kampung pagi sok. bfifi awal2 lg dah sampai kot! pakngah, paksu pun balik.. best je semua kumpul ramai2! tak pa, mak kata nanti malam hari raya pertama depa dah balik jitra, soh boleh la video call.. kat kampung nanti, fini call je la. sedihnya, rasa macam mana ntah bila tak raya ngan makayah ni... T_T
ni gambar malam raya hari tu.. tengah takbir sama2..sayu ni bila pikiaq sekarang.. sobs~

kat sini jugak, ramai yang dah plan nak buat open house. depa cakap nak masak macam2, konon2 untuk merawat kesedihan la.. siap jemput senior dan lecturer ni! hmm tengok la cana nanti.. apapun semoga kita semua mendapat rahmat dalam kegembiraan menyambut hari raya, semoga terus diberkati Allah dan diredhai dalam semua perbuatan kita, amiin..

Tuesday, November 24, 2009

bus story~

ok ni la bas fini naik hari2! Travel Coventry Bus, no 12..
hari ni habis kelas pukul 2, awal sikit la dari biasa (selalu pukul 4).. selalu kami naik bas yang dua tingkat macam dalam gambar ni. memang bas ni la, no 12! ntah macam mana, hari ni bas 2 tingkat tak lalu, so fini, intan, yana, tiqah dan nabila naik je la bas yang setingkat. apapun tetap no 12 jugak! tapi malang nya hari ni, bas betul2 penuh dan sesak! memang tahap tin sardin la.. nak turun pun dah tak boleh! so tahan je la dalam keadaan berdiri tu..

dah sah2 orang asia khasnya melayu ni pendek2, memang tersiksa la sepanjang 20 minit dari bus stop nak sampai hostel (kami je melayu dalam bas tu).. dah la kena berdiri, nak pegang pemegang tu memang lenguh sebab tinggi! pegang je la kat tiang yang ada.. tapi tadi, dalam sesak2 tu driver ni bawak laju jugak! tiba2 time belok kat simpang tu, intan ntah macam mana turut 'terpusing'! kami kan pegang tiang, so dengan tangan dia masih kat tiang, sebelah lagi pegang fini, dia jatuh sambil berpusing tau! macam buat pole dance!memang kami gelak kaw2 la time tu.. orang putih pun macam pelik, dah jatuh pun boleh gelak lagi??

bila turun bas je, orang yang gelak paling kuat ialah intan! dia sendiri pun rasa lawak jatuh macam tu, langgar habis orang kat tepi! macam2 la.. time ada orang nak turun pulak, kena la bagi ruang kan.. asyik sengetkan je kepala kami yang separas siku depa tu! apapun walaupun sesak dalam bas, tapi still kami boleh bergembira lagi!! =) itu la, dalam hidup ni kita kena happy!! cewaaah~

Monday, November 23, 2009

hari yang meletihkan..

atas komen2 bfifi dan baen, lepas ni cerita bab makan akan dikurangakan =( nak cita bab apa pulak eh?? hehehe

ok hari ni pi kelas dari pukul 9am, balik pukul 7pm! lama kan? kiranya dari zohor, asar, maghrib dan isyak semua sembahyang kat prayer hall.. penat betul, dah kira betul2 malam la bila dah sampai bilik! hari ni kelas macam biasa, tapi yang buat jadi sibuknya sebab kena pi Health Centre kat uni untuk buat appointment. semua wajib ambil vaksin meningitis sebab ada sorang student ni dah kena.. so precaution is better than cure la kan?
buat appointment hari ni, minggu depan baru boleh jumpa doctor..

lepas tu, ada usrah pulak, biasa la setiap isnin memang ada usrah pun.. habis usrah dah pukul 4, dah nak maghrib. disebabkan puasa hari ni, tunggu la dulu kat prayer hall sampai masuk maghrib pukul 4.03pm, buka puasa dan sembahyang maghrib. lepas tu settle kan kerja sikit, dah masuk isyak!cepat betul waktu...

tengok pokok ni, dah botak kan? dah takda daun..hehehe kebanyakan pokok jenis ni dah botak sekarang, ye la baru habis musim luruh! kesian, botak je..

Saturday, November 21, 2009

Leamington Spa~

hari ni fini pi leamington spa pulak! tapi sebelum nak cerita, ni bukan spa tempat nak buat facial atau massage tau, memang pekan ni nama leamington spa.. dalam 45 minit naik bas dari sini. sebuah pekan kecil yang cantik gak, ada taman2 untuk berkelah dan banyak tempat untuk shopping!!
kami pun sempat la makan bekal (fillet ngan spiral fries je pun) kat taman tu.. best jugak la!angin sejuk, tengok itik dalam tasik sambil makan2..lagi, boleh tengok 'pemandangan' orang2 kat sini, maktuk2 keluar jalan dengan cucu, suami isteri yang dah tua tapi romantik, anak2 yang bawak mak yang dah uzur dok atas wheel chair.. so kira ok lagi la orang2 kat sini, sifat sayangkan ahli keluarga masih ada! bagus2..


dalam dok pusing2 kat pekan ni, sempat jugak masuk mall yang mewah2, macam House of Fraser dan Royal Priors.. seronok tengok barang cantik2! tapi tengok je la, mahal tu!! dalam 3 jam kat situ, hujan turun. syukur la, sempat jugak pusing2.. kalau nak tunggu, takut hujan lagi lebat, so apa lagi, balik la.. penat, tapi keseluruhannya ok!

Wednesday, November 18, 2009

makan-makan!


hari ni, sempena bulan zulhijjah yang mulia ni, ramai la yang mengambil peluang berpuasa sunat! bagus kan?? so bila time nak buka puasa, masak ramai2 dengan pelbagai masakan. sepanjang kat sini, hari ni lah makan paling best! authentic Malaysia gitu!! masak sama2 dan makan sama2.. menunya ialah, masak lemak udang, ikan tilapia bakar, air asam, ayam panggang dengan sos, puding kek dan sira pisang! best tau! makan dalam keadaan sejuk dan masing2 cheerish memories kat rumah. benda yang tak berapa sedap pun jadi sangaaaaat sedap!

tapi pagi tadi lepas sembang dengan mak, fini keluar pi market sebab pisang dan sayur dah habis stock. so gambar ni kat dalam market la. market kat sini tertutup tapi tak dak la bau hanyir..so ok la!
hari ni angin kuat sangat.. memang rasa tertolak ke depan je bila angin tiup! serius ni, memang kuat gila.. kalau bfifi ngan baen nak cakap, 'alaa adik tu gemuk mesti tak bergerak punya!' memang salah la! angin sangat kuat dan sejuk ok!


Tuesday, November 17, 2009

ok hari ni fni tukar background music, the river flows in you, ost twilight.. sedap sangat music ni,rasa macam teringin nak main keyboard balik walaupun dah lama gila tinggal! tapi apapun suka sangat dan tak sabar nak tengok twilight new moon!

tadi, fini video call dengan a.khairi dan k.shima (anak dan menantu mak cik ani)..depa kat Amsterdam, tapi dah nak balik malaysia minggu depan (nak raya dah kan) ,ruginya...kalau tak, bulan 12 ni boleh pi amsterdam,jimat dah tempat tidur kan!hehehe

ok disebabkan baen nak tengok pemandangan kat sini, so dalam entry ni fini letak la..

yang ni primark kat city centre, shopping mall utuk baju2..ok kalau nak beli baju sebab tak mahal sangat, tapi tak la branded macam kat debenhams..


yang ni gambar kat Art Centre universiti..cantik! fini punya kelas belakang bangunan ni laa.. dalam art centre ni ada food court, book store, cinema dan theatre..

ok esok upload gambar lain pulak..

Monday, November 16, 2009

sunny day!


yay!! hari ni cuaca cerah je dari pagi.. matahari terang, silau je mata! rasa macam matahari kat jitra tau..heheheh tapi apapun still tak panas, udara tetap sangat sejuk!!tapi syukur la kalau banding hari2 lain, redup dan hujan je!

biasa la, hari pertama lepas cuti seminggu, rasa macam liat je.. tapi liat ke, malas ke,tetap la kena pi jugak! ingat kerajaan bagi free ke dok sini?? kalau ikut apa yang pegawai biasiswa tu bagitau time kursus dulu, untuk sorang student Malaysia kat University of Warwick, kerajaan dah keluarkan sebanyak RM 800 000!! bukan sikit ni, dekat sejuta!!
ni baru kat warwick yang tak berapa town, kalau untuk budak2 Oxford dah dekat RM 1.2m!!! erkk, rasa macam tesedak je kalu pikiaq.. so kepada semua pelajar, belajarlah rajin ye! (pesanan untuk diri sendiri.. ^_^)


ok, ni gambar tengah tunggu bas nak balik. time ni dah dekat pukul 4, so dah mula gelap la.. walaupun orang tengah sesak kat bus stop nak naik bas, tapi kami still sempat snap lagi gambar ni..

Sunday, November 15, 2009

get back to work!!


selama seminggu bercuti (atau 9 hari la, campur weekend) akhirnya esok kena pi kelas macam biasa! rutin harian akan kembali berjalan.. semua assignment akan dihantar dan notes akan disemak! lalalala~ semoga semuanya ok!

pagi2 kalau boleh sembang dengan makayah memang best! lagi best sebab ada aiman ngan alia.. tadi jugak, time video call tu, alia dah pandai menari macam yang fini ajar dia sebelum fly hari tu!! menari macam mila dalam lagu 'aku lebih tahu', jari telunjuk goyang2 dengan bahu!!hahahaha best gila!! tapi yang lagi best sebab aiman pun join, tapi kami nyanyi lagu lain la..best betul! sejam sembang hari ni, tak sedar masa berjalan.. =)





Thursday, November 12, 2009

kad aiman T_T

pagi ni, video call dengan mak, ayah dan baan! best..terus rasa macam sihat dan segar! lepas tu,ayah ucap thank you, sebab kad birthday ayah yang fini pos dah sampai! tapi masalahnya, kad untuk aiman! tetap tak sampai..sedihnya, kesian aiman..mak kata time posmen sampai tu, aiman dah happy sebab ingat tu kad untuk dia! huhuhu mana kad aiman tu??? orang dah curi ke?? mahal la birthday card Ben 10 tu, siap ada badge dengan sticker Ben 10 untuk aiman dalam tu..kesian dia... abang, nanti achu beli ganti eh! jangan sedih tau...


dan disebabkan hari ni fini tak berapa nak okay, so intan dengan baik hatinya goreng nasi, fries dan telur untuk lunch! tekejut jugak, tiba2 dia mai ketuk pintu dan hulur sepingga nasi! dia goreng sendiri..hehehe bagus intan! thanks eh.. banyak dia buat, tahan untuk makan sampai dinner! apapun, sedap gak nasi tu! dia siap potong carrot bentuk bunga lagi, sebab dia kata sebelum ni tengok fini selalu potong carrot macam tu.. =)

Wednesday, November 11, 2009

selesema..sobs~

sepanjang sebulan lebih dah kat sini, mungkin kerana cuaca yang semakin sejuk dan kerap hujan, akhirnya fini dah kena selesema.. merah (macam red nose day pulak!) dan berair je hidung spanjang hari..malam jangan cakap la, sat2 jaga sebab hidung tersumbat!huhuhu tapi tu la, bila selesema ni, rasa mata dan kepala berat je kan? tak pa la, cobaan..

selesema pun, kerja kena buat jugak! hari ni pi uni, kena buat interview.. tapi tak ramai la student sekarang sebab minggu ni kan reading week, ramai yang lebih suka dok kat bilik dan study! dah la winter, memang tak ramai yang sanggup keluar kena angin yang sejuk sampai ke tulang ni!! suhu kadang2 dah sampai 3'c,!ni salji tak turun lagi, kalau dah turun, memang la..

dalam perjalanan balik, lalu depan Iceland, jumpa la sebijik kereta parking depan pintu kedai tu! dan kereta itu ialahGen 2 yang masih sebijik macam kat Malaysia! masih ada lambang proton dan tulisan Gen 2tu..ni fini sempat la ambil gambar..

Tuesday, November 10, 2009

'old mcdonald had a farm e-i e-i o!'

walaupun sepanjang minggu ni tak dak formal class, tapi rutin harian tetap berjalan sperti biasa..banyak sangat benda yang kena buat, terutamanya assignment. dan untuk assignment oracy, kena buat satu 'listening activity' yang boleh dijalankan dalam kelas. benda ni simple je, hanya pilih peringkat umur pelajar, dan cuba reka satu aktiviti yang sesuai. so, fini pilih untuk pelajar peringkat sekolah rendah atau kanak2 dan aktivitinya ialah mendengar lagu! hahaha sebijik macam fini selalu buat dengan 'murid2' di rumah, aiman dan alia! tapi dalam assignmnet ni, mesti la kena ada rationale dan peringkat2 aktiviti tu.. lagu yang fini pilih ialah 'OLD MCDONALD'.. antara lagu favourite kat rumah! fini reka sendiri gambar dan aktiviti yang pelajar2 kena buat untuk assignmnet ni! memang senang, kalau bagi kat aiman ngan alia pun sure boleh jawab punya!! kena dengar lagu tu dulu, baru boleh buat soalan tu!! jom nyanyi sama2..
'Old Macdonald had a farm, E-I-E-I-O,
And on his farm he had some chicks, E-I-E-I-O,
With a "chick-chick" here and a "chick-chick" there,
Here a "chick" there a "chick",
Everywhere a "chick-chick",
Old Macdonald had a farm, E-I-E-I-O'...
panjang lagi sebenarnya, tapi tulis sikit dah la..

ok hari ni jugak, intan dengan rajinnya menggoreng fries untuk fini dan su! tak pernah2 sebelum ni.. sebelum ni kerja dia masak nasi, cuci pinggan, periuk dan tolong potong sayur! tapi hari ni tiba2 dia rajin pulak nak goreng2 fries ni..tak pa la, kenyang perut saya!!

Sunday, November 8, 2009

HAPPY BIRTHDAY AYAH!!!


To my lovely ayah, HAPPY 57th BIRTHDAY!

ni ayah anggap macam adik nyanyi depan ayah la macam tahun2 lepas..

happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to ayah,
happy birthday to you..

ok yang ni versi korea. lecturer adik yang orang korea tu yang ajar, sebab hari tu kami tanya dia!

sengil chuka hamnida
sengil chuka hamnida
sarang hanyul wuli 'ayah'
sengil chuka hamnida..

semoga terus dipanjangkan umur dalam melakukan ketaatan kepada Allah,
semoga terus dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah,
semoga terus dimurahkan rezeki,
semoga terus mendapat kebahagiaan dan ketenangan..

pagi2 dah boleh video call dengan ayah, mak, bfifi, baen, kak shila dan alia! memang sangat best dan happy!
alia semakin banyak cakap dan sekali lagi dia tanya 'achu nak balik bila?'..huhuhu
bila tanya 'alia rindu achu dak?' dia jawab 'alia rindu achu ni..' huhuhu alia, achu pun rindu sangat kat semua orang, tambah2 lagi kat alia tau!!

Friday, November 6, 2009

khutbah jumaat


tiap2 jumaat, kat prayer hall semua orang solat jumaat sama2 dan dengar khutbah sama2.. kat sini, khutbah dalam English dan selalunya pelajar yang jadi imam dan khatib. pelajar perempuan, nak ikut sekali pun tak pa, nak solat zohor pun tak pa (ikut kelas, kalau free boleh join, tapi kalau tak sempat, solat zohor je la)..khatib hanya berdiri kat depan, dan terus berkhutbah tanpa tengok teks! lancar dan menarik.. khutbah selalu pendek dan ringkas je, tapi best gak..minggu lepas student bangsa Arab yang bagi khutbah, hari ni budak Malaysia pulak.. so ada la style Malaysia sikit2..

dan minggu depan ialah minggu ke-6 bagi term ni (satu term ada sepuluh minggu). minggu ke-6 bagi setiap term untuk semua course kat universiti ni ialah Reading Week. so, tak dak kelas la sepanjang minggu! tapi, kena siapkan assignment, habiskan bacaan dalam reading list dan kena jumpa personal tutor! so tak boleh la nak anggap cuti terus..study masih terus berjalan!huhu..

Thursday, November 5, 2009

bonfire night


kat UK, setiap 5 Nov akan dibuat satu sambutan iaitu Bonfire Night. kira malam ni, akan ada banyak sangat bunga api ditembak.. cantik, mula dari pukul 8.30pm tadi, sekarang pukul 9.30pm, masih tak berhenti lagi..

bornfire night ni disambut sempena memperingati sejarah la.. ada kisah perang zaman dulu! so tak payah cerita laa..kat coventry ni, sambutan rasmi untuk tahun ni buat hari sabtu ni, 7 Nov kat Kennilworth.. dalam 30 minit dari sini. tapi susah la sikit nak pi, sebab malam.. so tengok dari bilik dah la sekarang, nampak jugak depa tembak bunga api tu dari padang kat Pool Meadow walaupun tak clear sangat!

Wednesday, November 4, 2009

warwick castle~

hari ni ada trip dengan lecturers dan kawan2 ke Warwick Castle..20 minit je dari sini! tempat ni sangat cantik!!! dibina waktu pemerintahan King William I aka William The Conqueror, dalam 1000 tahun dah la.. tapi dalam ni banyak patung lilin tau, memang real!! sebab sekarang istana ni kepunyaan Madame Tussauds (yang ada muzium patung lilin kat London tu..)..


gambar ni kat main entrance, dengan intan dan tika!
ni pulak antara patung2 lilin dan orang yang memang ada kat situ..kadang2 susah nak beza antara orang dengan patung! sebab patung2 tu memang sangat real!!!

yang ni, Queen Anne..
'makcik' penjaga library..
kuda kat ballroom..istana ni memang sangat mewah! lengkap dengan semua bilik..
yang ni kat 'Princess Tower'.menara terawal di bina dalam istana ni..cantik pemandangan dari atas ni, ada Avon River kat belakang istana ni.
yang ni pun kat Princess Tower gak..
yang ni pulak kat 'Guy Tower'..menara tertinggi dalam istana! penat betul panjat tangga pusing dalam menara ni..
dua gambar ni kat 'Peacock Garden'..banyak merak dalam tu, tapi takut nak pi dekat laa..
apapun, istana ni sangat cantik dan menarik! terlalu banyak benda nak cerita.. lagi best kalau boleh pi ramai2 dengan family! nanti kalau makyah mai sini, adik bawak pi naa..hehehe