Sunday, November 8, 2009

HAPPY BIRTHDAY AYAH!!!


To my lovely ayah, HAPPY 57th BIRTHDAY!

ni ayah anggap macam adik nyanyi depan ayah la macam tahun2 lepas..

happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to ayah,
happy birthday to you..

ok yang ni versi korea. lecturer adik yang orang korea tu yang ajar, sebab hari tu kami tanya dia!

sengil chuka hamnida
sengil chuka hamnida
sarang hanyul wuli 'ayah'
sengil chuka hamnida..

semoga terus dipanjangkan umur dalam melakukan ketaatan kepada Allah,
semoga terus dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah,
semoga terus dimurahkan rezeki,
semoga terus mendapat kebahagiaan dan ketenangan..

pagi2 dah boleh video call dengan ayah, mak, bfifi, baen, kak shila dan alia! memang sangat best dan happy!
alia semakin banyak cakap dan sekali lagi dia tanya 'achu nak balik bila?'..huhuhu
bila tanya 'alia rindu achu dak?' dia jawab 'alia rindu achu ni..' huhuhu alia, achu pun rindu sangat kat semua orang, tambah2 lagi kat alia tau!!

Friday, November 6, 2009

khutbah jumaat


tiap2 jumaat, kat prayer hall semua orang solat jumaat sama2 dan dengar khutbah sama2.. kat sini, khutbah dalam English dan selalunya pelajar yang jadi imam dan khatib. pelajar perempuan, nak ikut sekali pun tak pa, nak solat zohor pun tak pa (ikut kelas, kalau free boleh join, tapi kalau tak sempat, solat zohor je la)..khatib hanya berdiri kat depan, dan terus berkhutbah tanpa tengok teks! lancar dan menarik.. khutbah selalu pendek dan ringkas je, tapi best gak..minggu lepas student bangsa Arab yang bagi khutbah, hari ni budak Malaysia pulak.. so ada la style Malaysia sikit2..

dan minggu depan ialah minggu ke-6 bagi term ni (satu term ada sepuluh minggu). minggu ke-6 bagi setiap term untuk semua course kat universiti ni ialah Reading Week. so, tak dak kelas la sepanjang minggu! tapi, kena siapkan assignment, habiskan bacaan dalam reading list dan kena jumpa personal tutor! so tak boleh la nak anggap cuti terus..study masih terus berjalan!huhu..

Thursday, November 5, 2009

bonfire night


kat UK, setiap 5 Nov akan dibuat satu sambutan iaitu Bonfire Night. kira malam ni, akan ada banyak sangat bunga api ditembak.. cantik, mula dari pukul 8.30pm tadi, sekarang pukul 9.30pm, masih tak berhenti lagi..

bornfire night ni disambut sempena memperingati sejarah la.. ada kisah perang zaman dulu! so tak payah cerita laa..kat coventry ni, sambutan rasmi untuk tahun ni buat hari sabtu ni, 7 Nov kat Kennilworth.. dalam 30 minit dari sini. tapi susah la sikit nak pi, sebab malam.. so tengok dari bilik dah la sekarang, nampak jugak depa tembak bunga api tu dari padang kat Pool Meadow walaupun tak clear sangat!

Wednesday, November 4, 2009

warwick castle~

hari ni ada trip dengan lecturers dan kawan2 ke Warwick Castle..20 minit je dari sini! tempat ni sangat cantik!!! dibina waktu pemerintahan King William I aka William The Conqueror, dalam 1000 tahun dah la.. tapi dalam ni banyak patung lilin tau, memang real!! sebab sekarang istana ni kepunyaan Madame Tussauds (yang ada muzium patung lilin kat London tu..)..


gambar ni kat main entrance, dengan intan dan tika!
ni pulak antara patung2 lilin dan orang yang memang ada kat situ..kadang2 susah nak beza antara orang dengan patung! sebab patung2 tu memang sangat real!!!

yang ni, Queen Anne..
'makcik' penjaga library..
kuda kat ballroom..istana ni memang sangat mewah! lengkap dengan semua bilik..
yang ni kat 'Princess Tower'.menara terawal di bina dalam istana ni..cantik pemandangan dari atas ni, ada Avon River kat belakang istana ni.
yang ni pun kat Princess Tower gak..
yang ni pulak kat 'Guy Tower'..menara tertinggi dalam istana! penat betul panjat tangga pusing dalam menara ni..
dua gambar ni kat 'Peacock Garden'..banyak merak dalam tu, tapi takut nak pi dekat laa..
apapun, istana ni sangat cantik dan menarik! terlalu banyak benda nak cerita.. lagi best kalau boleh pi ramai2 dengan family! nanti kalau makyah mai sini, adik bawak pi naa..hehehe

Tuesday, November 3, 2009

miss pinky

hari ni, lepas habis kelas pukul 2, singgah la pekan sat.. nak beli barang sikit. beli barang waktu macam ni ok, sebab orang tak ramai, beratur pun tak panjang! kalau pi hujung minggu, memang pekan sangat sesak..

dalam perjalanan nak pi ke Iceland (nak beli barang kat situ),lalu la kat satu kedai ni, 'House of Gadgets'. tiba2 jumpa pulak dengan Jack Sparrow!! teringat Pirates of the Carribean.. walaupun setakat patung, tapi tetap menarik ramai orang masuk ke kedai tu.. tapi fini tak masuk pun, setakat ambil gambar dengan 'dia' ni je! hehehe

ok kenalkan semua, gambar kat sebelah ni 'miss pinky'.. miss pinky ni pun selalu teman fini kat sini.. kira dia kawan dengan Luvy laa.. lynn yang bagi pinky ni! sebelum fly hari tu, tiba2 dia hulur miss pinky+kad+book mark+key chain yang sangat sweet! terima kasih banyak2 tau.. daripada dulu, lynn ni sangat suka bagi hadiah!! hahaha best betol!

Monday, November 2, 2009

sebulan~

pejam celik, pejam celik dah 30 hari kat sini.. bermaksud dah sebulan tak jumpa makayah! huhuhu rindu nya..walaupun telefon tiap2 hari, buat video call selalu, tapi tetap tak sama dengan cakap dan jumpa face-to-face! tapi nak buat macam mana, jalan sudah dipih, so teruskan je! insyaAllah, semoga semuanya berjalan lancar di Malaysia dan di sini..

ok hari ni jugak merupakan hari paling sejuk sepanjang sebulan kat sini..walaupun matahari cerah dan terang, tapi udara sangat2 sejuuuuk! kawan2 pun rasa macam tu.. suhu kat sini hari ni 9'c tau! bayangkan la sejuk macam mana.. ni kira tak masuk winter betul2 lagi.. menggigil je hari ni,bibir pun rasa dah beku!


bila suhu semakin sejuk, nampaknya study pun dah semakin rumit! banyak benda untuk dibaca dan banyak essay perlu dibuat! penat, tapi kena buat jugak..malam2 nak study, dugaan punya la kuat! mana dengan letih pi kelas sampai pukul 5, sejuk pulak tu dalam bilik, dah tu cepat lapar lagi.. huhuhu macam mana la nak setelkan masalah ni??

Sunday, November 1, 2009

halloween :(

semalam 31oct, kat sini sambut Halloween.. tak dak apa yang menarik pun, kecuali tengok orang pakai macam2 costume (captain crook, snow white, dracula, cat woman dan macam2 la..) baby pun dipakaikan dengan costume2 yang comel (jumpa kat town, tapi tak sempat nak ambil gambar).. tapi, bukan setakat budak2 je yang sambut, student uni yang dah besar panjang pun sambut lagi!

bila hari dah nak gelap je, depa mula ketuk pintu bilik setiap orang, ajak join sekali! hahaha bersungguh betul! tapi time tu depa tak pakai costume dan make up lagi.. kalau tak, boleh ambil gambar!

tapi depa tak la paksa, cuma ajak join pakai costume dan pi ketuk pintu rumah orang je! nanti boleh dapat sweet dengan candy depa kata.. macam2 la, dah besar pun nak pi mintak sweet kat rumah orang. bila awang (jiran fini) kata dia tak dak costume apa nak pakai (padahal dia gurau je, memang tak mau join pun :p), depa kata tak pa, ambil je cadar pastu balut, konon jadi hantu! boleh pulak macam tu!! dalam pukul 9pm, dah start bising la..lepas pi ketuk pintu rumah orang, depa akan buat party! so bising la sikit.. tapi sat je, dalam pukul 11 dah sunyi seperti biasa..

tapi ok la, dapat jugak tengok macam mana halloween disambut! mungkin depa ada kepercayaan sendiri pasai halloween, kita yang tak dak kena mengena ni tak payah join la.. dok dalam bilik buat kerja lagi bagus.. ^_^