Tuesday, May 11, 2010

teacher yana~

masuk term ni, nak update blog pun tak menyempat. busy cap apa ntah! ngan keja banyak, assignment la, essay la, revision class la, portfolio entries bla bla bla.. penat weih... mungkin sebab nak exam kot bulan jun ni, so kerja kena kasi banyak! hoih.. very the not nice!

kemarin my best fren, yana kena jadi cekgu! fini dah kena bulan 3 dulu, so sekrang trun yana pulak. dia ni jeni pemalu yang tahap gadis2 pengitan nuh! stock yang kalau apa2 sikit memang blushing tak mau2. kalau malu skit je, sure merah la pipi dia.. so cute!! cana la ang jadi cekgu betul2 nanti yana? hahaha *gelak kat orang tak pa!*

jom tengok gambar yang sempat dicapture oleh students (i.e. fini dan intan) sewaktu teacher yana mengajar!

pose gembira sebelum micro-teaching session bermula.

wah sempat lagi kan nak pose for the camera time2 mengajar pun!

nampak ciri2 student yang baik macam mana? kusyuk je time cekgu mengajar kat depan. ^_^

peter pun kena jadi student jugak!

saja je.. bosan2 time gap tu, rasa macam nak tulis nama sendiri! [dulu kalau terer buat tulisan camni, kira habis seni la! ye la, nak tulis muka depan folio.. ;p]

Saturday, May 8, 2010

~entri untuk mak~

untuk mak adik yang tersayang,

Selamat Hari Ibu
tahun ni,
first time adik tak buat kad sendiri
dulu tiap2 tahun mak dapat hand-made card kan?
walaupun tak cantik mana,
tapi mak cakap mak suka
dan mak simpan semua kad2 yang adik bagi dalam buku tu
tahun ni mak simpan kad kecik yang terselit dalam bunga tu eh?

mak
semoga mak terus dilimpahi kebahagiaan
dirahmati Allah
dikurniakan kesihatan
diberi kekuatan
dan kita semua diberikan kegembiraan

tak sabar nak balik kumpul ramai2
peluk2 mak
kiss2 pipi mak
dan mintak mak suap!

mak
adik sayang sangat kat mak
dan adik jugak rindu sangat nak balik jumpa mak!

mak,
~SELAMAT HARI IBU~
p/s: antara banyak2 gambar mak, adik paling suka yang ni sebab mak nampak sangat happy!!! lagi satu, mak nampak cute pakai topi tu! =)

hepi besday frens!

to nurul farahana (arah) dan aadila faten(kayla), happy 21st birthday!
(depa ni share the same birth date, nice! sekali harung je celebrate..)

so ni adalah gambar2 yang diambil waktu celebrate birthday kat rumah. lecturer korea tu, seongsook mai bawak 3 bijik kek; cheese, choc n choc moist! yummy... intan pun buat kek gak! surprise eh??her butter cake memang nice tau, so soft and beautiful.. intan dah maju sekarang!! fini tolong dia je.. hahaha

feeling2 ngan cake butter intan! focus ialah assistant cake-maker dan kek yg baru diterbalikkan dari loyang, gambar lain dah diblurkan..

mek-yana-seongsook

birthday girl 1- arah

birthday girl 2- kayla (with her mr syafiq)

see?? kek2 yang ada malam tu! aiyokk pengsan la makan malam2.. hahaha farahin and the geng siap buat macaroni bakar lagi.. hoih, yang tu memang sedap tak terkata!! mesti belajar, so that balik rumah boleh buat, makayah mesti kagum nih.. ^_^

kami yang seronok makan di malam hari!! from left: wazap, ika, charlene, mek, AFINI MD AKIB, fizah, shoba, airin.. (nah, nama sendiri bagi caps gitu!) hahaha.. intan tak dak, sebab dia yang tolong ambik gambar.

Friday, May 7, 2010

entri tertunggak 3 - STRADFORD-UPON-AVON

kan hari tu fini cakap ada trip ke stradford untuk pi tengok play Romeo & Juliet? trip ni semua terlibat, so lecturers pun join..
dah pi kan stradford ni dulu, so basically tempat2 dah tau. then, lepak kat coffe house je la sementara nak tunggu masuk theatre.

tiket. mahal gila, 15 pound!! nasib baik free je..

ni dalam studio tu. gambar ni google je. tak boleh ambik gambar dalam tu. fini dok barisan depan yang kat bawah tu. so memang clear la pelakon2 semua. cakap bersembur pun boleh nampak!tapi props memang cool la..

before theatre. ni Mr Peter Brown, lecturer Oracy. dia memang asal dari Stradford pun..

yes! ni la kawan2 baik saya sejak dari ipoh..

dalam coffee house tu. try Cream Tea, super nice!! sangat2 sedap.. *terus teringin nak lagi..*

Cream Tea ni ialah set tea dengan scone (roti tu). makan dengan strawberry jem dan that cream. sedap sangat2!! tak tau nak cerita.. hoih, memang nice la!!

ni cream tu. kat mana boleh dapat eh??

tamat entry tertunggak. lepas ni sambung cerita biasa =)

Thursday, May 6, 2010

entri tertunggak 2- KURSUS KAHWINN!!!


ecece.. bukan kursus kawen sebenarnya, tapi kursus pra-perkahwinan, anjuran Malaysian Student Department (MSD). kursus ni 2 hari, sabtu dan ahad dari pagi sampai petang, siap ada sijil lagi! tapi i'm not really sure sijil ni diterima majlis agama islam negeri kalau nak kawen nanti, kalau terima bagusla, nanti dah tak payah pi kan? tapi kalau tak terima kena pi lagi la.. hahaha macam nak kawen bulan depan! hoih.... takpa la, pi ni for the sake of knowledge kan?

kursus ni bukan ajar pasai kawen semata-mata, tapi sebenarnya mengenai institusi perkahwinan dan kekeluargaan berdasarkan al-quran dan as-sunnah. ye la, hari2 dok belek ilmu dunia je, so tak salah la kalau 2 hari ni belajaq pulak ilmu2 macam ni.. semoga bermanfaat untuk kita semua! =) [mode ustazah masih ada.. hehehe]

ramai jugak yang pi, 54 orang.. bagus la! best kursus ni, ustaz yang bagi ceramah ni ialah Attache Bahagian Agam Islam MSD, Ustaz Mohd Erfino Johari ni sangat cool, sporting dan lawak! tak ngantuk pun.. sebelum ni, time raya celebration yang fini pi dulu, anjuran malaysian student association yang buat kat uni tu, ustaz ni mai rasmi. dan fini makan semeja dengan family dia..

terkejut gila, bila time kursus ni, waktu buat check-in, dia ingat fini lagi ok!!! omg la.. gila ah, siap boleh ingat lagi fini orang kedah! hahaha lagi satu, uztaz ni time belajar kat jordan dulu, kawan dengan ustaz yusof ahmad, ustaz kat maahad dulu. benda tu pun dia sebut!! dan lepas kursus ti fini add la dia kat facebook, siap dia hantar message 'steady orang kedah!!' hahaha lawak2..
first day kursus: ustaz ngah bagi ceramah. ni fini, yang tudung biru ni.. ^_^ (cilok gambar dari fb faiez! tq faiez!!)

gambar beramai-ramai time hari last kursus. time ni tak semua ada sebab ada ajk kursus yang pi tolong siapkan luch.. yum yum (nampak tak fini yang mana??)

yang
depan sekali ustaz erfino. fini yang pakai tudung pi
nk line ketiga..

apapun, kursus ni memang best, walaupun antara geng2 fini, cuma fini ngan kayla je pi. ye la time ni semua orang sibuk, kena buat assignment. fini pun buat keputusan nak pi time last minute ni.. tapi sangat gembira dan bersyukur la!! banyak benda yang dapat.. =)

Tuesday, May 4, 2010

entri tertunggak 1 - SWEET NOTHINGS

huh, dah basi la cerita ni..tapi tak pa, cerita jugak!!

hari khamis lepas, 29 april 2010, fini and the gang pi tengok play kat Warwick Art Centre. untuk setiap student, setiap term akan dapat 4 tiket free untuk tengok play kat situ. so pilih2 cerita, kami pun ambik la cerita ni, 'Sweet Nothings'.. tajuk macam sedap. ye la, bajet ni cintan-cintun romantik2 ala sweet-sedih-frust la.. sekali hmppphhssss... =(

tiket. '18sx' tu mek yang tulis..

yes, hero adalah agak kacak, mungkin sebab dia cuba membuat gaya seperti robbert pattison.. *pengsan sejanak*
itu credit untuk cerita ni. jalan cerita ok la.. tapi yang bosan nya, sebab pelakon2 ni sangat OVER ok!!! over sungguh2 ni.. (hero pun over jugak sikit) hoih, kalau jalaluddin hassan tengok pun nangis! kalau part yang romance tu, alahai... pitam!!

dah la belakon betul2 live depan2 nih! ada part depa dok lambung2 anggur, sekali toink melantun sebelah fini, cehh...
tapi ada satu scene bila hero termenung tepi tingkap, mata dia terus straight to me ok!!! lama jugak.. hahahaha apa lagi, terus feeling2 macam robbert pattison merenung ku.. *pengsan sekali lagi* ;p

ni google dari website warwick art centre je. dalam hall mana boleh ambik gambar..

google jugak..

p/s: dalam gambar ni hero nampak tak kacak, tapi kalau real depan2, adalah sedap untuk dipandang.. hehehe

cerita ni tak best pun untuk dicadangkan kat orang lain. nasib baik free..

Monday, May 3, 2010

to-be-continued-entry..

rasa bersalah bila dah banyak hari tak update blog..

tapi memang lately, fini sangat sibuk.

tengok play kat warwick art centre, buat assignment, pi kursus hari sabtu ngan ahad dari pagi sampai petang dan hari ni ada trip ke stradford untuk theatre romeo n juliet. semoga tak boring..

banyak benda nak cerita, mungkin malam ni atau esok..
mintak maaf eh!! nak kena siap dah, satgi bus nak mai amik.. =)