Saturday, November 13, 2010

alhamdulillah =)

hati saya gembira
alhamdulillah
semoga semuanya berjalan lancar

dah lama plan
tapi baru confirm hari ni..

walaupun bang fifi ngan baan tak ikut
bfifi is tooooooooooooooo busy with his work :(
baan kena kumpul duit dah dari sekarang
so dah tak boleh nak splurge ye cik an!
tapi makayah pun ok!!!
dah besar rahmat dah ni
tak sabar nak bawak jalan :)))

ok, dah boleh start plan sekarang!!
hehehe

ya Allah mudahkan segalanya, amiiinn..

Thursday, November 11, 2010

makan lagi dan lagi!

blog ni tak dak cerita lain kan?
makan je selalu..
nasib la, dah memang suka makan!

ni hari isnin lepas. farahin and the gang buat makan2 untuk kami 6 orang. mungkin meraikan kejayaan penjualan cendol yang laris!!! depa masak gulai ayam, sambal tumis udang, sayur bayam, ikan tilapia goreng, air asam ngan papadom. sejuk2 macam ni, memang syorga la boleh makan hebat2 macam ni :) kalau nak masak sendiri, macam malas kot nak buat banyak2 mata macam ni..

dah habis makan nasi, ada pulak dessert. makan brownies ni ngan ice cream! help help, memang mustahil la nak kurus kan?? sobs...

haa yang ni pagi kemarin. ada usrah kat rumah, yana masak nasi lemak. perghh memang sedap menangis la! sambal ayam tu kick habis, pedas!! tiba2 rindu nasi lemak sambal sotong macam mak selalu buat.. (sorry, malas nak rotate gambar)

petang tu, mek buat kek coklat kukus.. ni pinjam pengukus arah, dia bawak dari malaysia. pengukus rumah kami kecik je. tolong la, dok sini tak da makna nak kurus ok!! makanan memang heaven habis la.. ada lagi kek ni dalam fridge, sejuk2 lagi sedap :)

dah siap buat kek, kayla pulak rajin nak buat roti kirai/jala.. see? rajin gila la housemates ni. makan ngan gulai ayam, kayla buat jugak! hebat kan, roti jala di uk?? hahahah

kayla yang rajin!! sanggup pakai hood nak ambik gambar.. hahahaha thanks kayla! sedap roti kirai ang. kat rumah selalu makan roti kirai ngan kuah durian. omg, teringin pulekkk...

sekian sahaja laporan makanan. hahaha suka la boleh tunjuk food macam ni! membangkitkan semangat untuk makan :)))


Sunday, November 7, 2010

untuk ayah sayang


8 November 2010

Selamat Hari Lahir yang ke 58 untuk ayah tersayang, Haji Md Akib bin Hashim

semoga ayah sentiasa dirahmati Allah
semoga ayah sentiasa dilimpahi kebahagiaan
semoga ayah sentiasa dikurniakan ketenangan
semoga ayah sentiasa diberikan kesihatan
semoga ayah terus dipanjangkan usia dalam melakukan ketaatan
dan semoga ayah terus dimurahkan rezeki (boleh kita bersuka ria sama2 lagi kan??hehehe)


adik sayaaaaaangggg ayah, mmmmuuuaaahhhsss
terima kasih ayah!!!

i don't know whether you are the best father in the world, but i certainly know that you are the BEST FATHER in my whole world...



cendoi cendoi!!!

keluar dari rumah awal pagi sabtu, around 6am. naik train 6.15 am. rumah fini ngan train station dekat je, dalam 5 minutes walking. nottingham (notts) sebenarnya dekat je, tapi sebab naik train, change 2 kali kat nuneaton ngan leicester. so termasuk dengan time tunggu kat dua tempat tu, dalam 2 jam jugak la baru sampai notts. ambik bus, pi rumah kak fatin (senior kat notts yang kerap mai warwick and active ngan islamic punya activity ni!). kat sana jumpa geng warwick yang dah pi since petang jumaat. sumpah rajin la depa ni!

so kat situ, tolong depa sikit2. omg, susah ok nak buat cendol ni! menangis la nak tekan2 bagi jadi kecik2 macam kita dok makan tu. so my kerja adalah merasa hasil bancuhan cendol yang dah siap bercampur santan, gula merah dan ais. the taste was MARVELLOUS!!!! lalala

then bawak cendoi yang dah siap bancuh pi uni. notts uni ni besar jugak, dok atas bukit. help, mengah la panjat bukit pagi2 :( tak dak stamina langsung! uni ni jenis warwick jugak, campus uni, tak scattered macam kebanyakan uni lain kat uk ni.

dlm bangunan ni la kami menjual. tak sempat pun nak explore notts ni, busy berniaga la katakan!

sebenarnya kan time mula2 setuju nak tolong jual ni,fini macam cuak, sebab i'm not that type of person yang suka jual2 or ada otak bisnes2 ni. one more, i tend to kesian or sedih lebih kalau orang tak beli. hahaha pelik2..

tapi alhamdulillah, sangat laku ok!!!! banyak gila dapat (fini la rasa banyak!) setakat iphone4 pay as you go senang2 je beb!!cuba teka dapat berapa?????

.
.
.
.
.
.

£ 800 pound lebih!!!!
oh yeahhhhhh rasa macam nak menari tarian cendol je depan tu! hahaha ada ke tarian cendol? nasib ah..

ramai gila kat situ! Notts Game ni untuk semua malaysian yang belajar kat uk ni. ada banyak la games macam bola sepak, netball, badminton, congkak, batu seremban etc. best la jumpa ramai malaysians =) lagi best sebab banyak malaysian food! laksa, kueyteow goreng, nasi ayam, murtabak, nasi lemak, nasi paprik, nasi campur bla bla bla. sangat la happy makan2 kat situ. sedih ke susah hati ke, memang hilang terus boleh makan macam tu!! suka2!!!!

ni time tak ramai. sempat la snap. memang sekeping pun fini tak amik gambar sebenarnya. kalut sungguh! gambar dalam ni semua ambik dari fon mek,tq mek! nasib la dia pakai nfon canggih, campera 8mp tu!!

cendol yang lazat.. tiba2 teringin lagi :(

mek tengah buat kerja, yana tolong snap dan saya adalah penyibuk nak masuk jugak!

time jual tu, fini jaga bahagian duit. yang paling penting, tugas yang paling best ialah jerit 'CENDOI! CENDOI!' hahahah semangat gila sorang2! yana, intan, mek, kayla, wazap macam malu2 nak jerit. last2 tu la baru depa jerit sikit2.. tak pa orang tak kenal kan?

macam2 perangai ada. lawak2..
siap ada satu indian ni mai tanya resepi macam mana buat the cendol itself. kagum kot tengok dok sini pun ada cendol.
ada jugak yang bajet2 comel nak mintak discount. sori la abang, kami pun orang bawahan ;p
ada yang kecewa gila bila cendoi dah habis
banyak yang ulang 2 kali la mai beli cendoi ni!
satu sebab memang la sedap (of course la, sapa tukang rasa??), lagi satu mungkin sebab suara memanggil yang sangat memukau, 'CENDOI! CENDOI!' hahahaha memukau la sangat kan?!

duit untung ni semua bagi untuk satu islamic program kat sini. ni memang voluntary work la.. rasa sangat meaningful la boleh tolong orang kan?

see?? sold out!!!!!!!!!!!!!!!!!!
tak silap fini, 5 tank cendol kot yang kami jual. oh yeah, very the bangga ok!

kesimpulannya, adalah sangat happy dan berpuas hati walaupun tak sempat nak explore notts. tak pa la, nanti pi lagi. lagipun sekarang notts sejuk sangat la..

p/s: ayah, adik pakai baju yang kita beli kat bandung tu. baju yang sama adik pakai pi tangkuban perahu =) mak, adik pakai tudung tu. suka kan?

pp/s: actually ada satu cerita yang tak best time on the way balik dari notts ke coventry. nanti la fini cerita eh. penat da type ni..

Friday, November 5, 2010

internet, notts & sepi

alhamdulillah
rumah dah masuk internet semalam
ok la, quite slow kalau nak compare dengan liberty park dulu
LP dulu ialah perghhh!!!
memang heaven la
tak payah nak tunggu2
tapi ok la, slow pun at least ada jugak connection
slow pun, tetap lagi laju dari streamyx rasanya ;p

sejak mai sini 28 sept lepas
tak pi jalan mana lagi except ke birm last week
so esok nak pi nottingham (university kak farah dulu)
pi balik hari
train pagi 6.15, balik mungkin malam
kat sana ada Notts Game
tahun lepas tak pi
so pi la tahun ni
try tengok apa yang ada =)
nanti fini kasi update okeh!

oh lagi satu,
pi ni sebab nak tolong farahin, arah and the gang jual2
depa jual cendol!
tempting kan cendol kat uk??
omg i wish the cendol will be like Joe Cendol Pulut kat changloon
sedap menangis ooo!!!
eh ke dah tenggelam jugak???



eh tiba2 rasa cool pulak update blog sorang2 dalam bilik kat tingkat 3 dalam rumah yang sunyi sepi lepas semua housemates (kecuali wazap) keluar pi shopping
yes, depa keluar p shopping pukul 6pm
kalau kat malaysia rasa ok kan
tapi kat sini 6pm is like 9pm ok!
gelap and sejuk!!!
tapi tak la sunyi sangat pun
jiran sebelah ni dok main mercun pulak
deyyy, sambut deepavali kah?
tapi mercun depa ni tak kick la!
gaya macam mercun roket
tapi dah naik atas, meletup bunyi alaaaaaaa
like 'puttt'
hahaha
mungkin lepas ni boleh bawak mercun bola ke bagi depa try
tu baru la kuat sikit kan!

p/s: yeah, its a bit lonely here.but i guess i can manage it, i love being alone anyway..

Thursday, November 4, 2010

baru

last weekend, pi birm.
lappy rosak :(
sayang la my lappy tu, dah berapa tahun dah guna.
now dah kena beli baru..

welcome to my life

ubat sesema baru. dah 4 hari makan. alhamdulillah, dengan izin Allah, dan usaha makan ubat, sesema dah baik :)

elok turun train sampai kat birm my kasut kesayangan ni pulak putus. dah tak dapat nak diselamatkan. lama dah pakai kasut ni. bang fifi hadiah sebelum dia pi india dulu. dah banyak tempat kasut ni ikut fini, dari sabah, singapore, indon, uk, scotland, paris... sedih2...
tali je putus, bahagian lain elok lagi.. sayang je!

so kena beli kasut baru.. boleh la, ni je yang berkenan sikit.

Tuesday, November 2, 2010

ini abang saya :)))

AFIFI BIN MD AKIB
SUCCESSFULLY COMPLETED HIS MASTERS IN SCIENCE ELECTRIC AND ELECTRONIC MAJORING IN INSTRUMENTAL AND CONTROL
FINISH IT IN JUST A SHORT OF TIME
AT THIS MOMENT, DOING HIS PHD

very proud of him!!!



happy kan muka makayah? comel je rasa!!!


ni yang dia dapat! i bet he must be really happy on that day.. wish i were there :(

really proud and happy for you, bro!!!!
LOVE YOU!!!!!