Sunday, May 16, 2010

pagi sampai petang..

hari jumaat sangat penat ok! straight dari pagi sampai ke petang stay kat uni!
malas tulis panjang2, jom tengok gambar ye..

jumaat tu kan ada test sociolinguistic. so ni la muka2 ceria sebelum test. time ni baru dalam 8.45am.

dah habis test pukul 10.45am, lepak dulu sebelum next class..
11.00am sambil minum sparkle smoothie, beli kat humanities cafe, sangat sedap ok!! rasa masam2 manis... lepas tu kelas lepas tu from 11.10-1.00pm..

lunch kat prayer hall. beli nasi ayam je..

tak kaw macam selalu sebab ni nasi ayam stle arab, ada yoghurt sekali..

petang tu, habis kelas pukul 4, ada bbq party kat Tocil Wood, anjuran malaysian students association dan umno coventry. normal la bbq kan, bakar2 semua.. ok la, have fun! tapi sangat penat la. gambar ni pun ambik dari fb je..

tapi muka tetap ceria ok! dapat makanan, harusla ceria kan??

don't worry, itu sausage halal ye..

sampai bilik dah dekat pukul 8pm.. penat tapi kenyang la hari tu! apapun happy je.. alhamdulillah ^_^

jiran ^_^

maaf, semalam tak jadi update blog.. letih weih class straight dari pagi sampai petang sambung dengan bbq lagi! next entry fini cerita..

so ini cerita hari selasa lepas! waah lama gila kan?? =(

ingat lagi jiran sebelah fini yang berkeroncong hari tu?? hahaha hari selasa tu boleh ke dia pi main bola dalam bilik??? aiyokkk ni boleh mendatangkan amarah nih! siap boleh pulak bergelak ketawa bagai.. fini ketuk2 dinding, tapi tak berjaya.. buntu dan bengang! hoih!!!

so masuk je asar, terus sembahyang dan ambik quran. baca bagi kuat sikit.. hehehe selalu baca quran lepas maghrib, tapi hari tu lepas asar pun dah baca.. syukur, bola yang melantun di dinding bilik berhenti bersama gelak ketawa yang menyepi... aman terasa dunia.. ^_^

dalam setengah jam macam tu, tiba2 fini dapat sesuatu! rasa macam lawak pun ada.. hahaha tau fini dapat apa??

jeng jeng, dapat croissant panas2 lagi! siap bagi butter ngan notes..

notes mintak maaf.. "Afini, sorry for being such a bad neighbour :'( -Ag&Rinn-"
macam comel pulak cara mintak maaf!

so jumpa je depa dua ni lepas tu, masing2 nak malu2 pulak especially Rinn la.. adoii macam2 la.. hehehe

Thursday, May 13, 2010

test!!

masih tak sempat update secara proper.. not nice la blog macam ni! T_______T

hari ni sibuk buat essay revision untuk SLA.. sangat complicated! huh..

esok ada sociolinguistics test, course paling mereben setakat nih.. tolong doakan semuanya ok, insyaAllah..

malam esok, kalau diizinkan Allah, fini update betul2 eh..

::hoh?? tak dak motif tiba2 letak gambar sendiri kat entry macam ni! hahaha..::

Tuesday, May 11, 2010

teacher yana~

masuk term ni, nak update blog pun tak menyempat. busy cap apa ntah! ngan keja banyak, assignment la, essay la, revision class la, portfolio entries bla bla bla.. penat weih... mungkin sebab nak exam kot bulan jun ni, so kerja kena kasi banyak! hoih.. very the not nice!

kemarin my best fren, yana kena jadi cekgu! fini dah kena bulan 3 dulu, so sekrang trun yana pulak. dia ni jeni pemalu yang tahap gadis2 pengitan nuh! stock yang kalau apa2 sikit memang blushing tak mau2. kalau malu skit je, sure merah la pipi dia.. so cute!! cana la ang jadi cekgu betul2 nanti yana? hahaha *gelak kat orang tak pa!*

jom tengok gambar yang sempat dicapture oleh students (i.e. fini dan intan) sewaktu teacher yana mengajar!

pose gembira sebelum micro-teaching session bermula.

wah sempat lagi kan nak pose for the camera time2 mengajar pun!

nampak ciri2 student yang baik macam mana? kusyuk je time cekgu mengajar kat depan. ^_^

peter pun kena jadi student jugak!

saja je.. bosan2 time gap tu, rasa macam nak tulis nama sendiri! [dulu kalau terer buat tulisan camni, kira habis seni la! ye la, nak tulis muka depan folio.. ;p]

Saturday, May 8, 2010

~entri untuk mak~

untuk mak adik yang tersayang,

Selamat Hari Ibu
tahun ni,
first time adik tak buat kad sendiri
dulu tiap2 tahun mak dapat hand-made card kan?
walaupun tak cantik mana,
tapi mak cakap mak suka
dan mak simpan semua kad2 yang adik bagi dalam buku tu
tahun ni mak simpan kad kecik yang terselit dalam bunga tu eh?

mak
semoga mak terus dilimpahi kebahagiaan
dirahmati Allah
dikurniakan kesihatan
diberi kekuatan
dan kita semua diberikan kegembiraan

tak sabar nak balik kumpul ramai2
peluk2 mak
kiss2 pipi mak
dan mintak mak suap!

mak
adik sayang sangat kat mak
dan adik jugak rindu sangat nak balik jumpa mak!

mak,
~SELAMAT HARI IBU~
p/s: antara banyak2 gambar mak, adik paling suka yang ni sebab mak nampak sangat happy!!! lagi satu, mak nampak cute pakai topi tu! =)

hepi besday frens!

to nurul farahana (arah) dan aadila faten(kayla), happy 21st birthday!
(depa ni share the same birth date, nice! sekali harung je celebrate..)

so ni adalah gambar2 yang diambil waktu celebrate birthday kat rumah. lecturer korea tu, seongsook mai bawak 3 bijik kek; cheese, choc n choc moist! yummy... intan pun buat kek gak! surprise eh??her butter cake memang nice tau, so soft and beautiful.. intan dah maju sekarang!! fini tolong dia je.. hahaha

feeling2 ngan cake butter intan! focus ialah assistant cake-maker dan kek yg baru diterbalikkan dari loyang, gambar lain dah diblurkan..

mek-yana-seongsook

birthday girl 1- arah

birthday girl 2- kayla (with her mr syafiq)

see?? kek2 yang ada malam tu! aiyokk pengsan la makan malam2.. hahaha farahin and the geng siap buat macaroni bakar lagi.. hoih, yang tu memang sedap tak terkata!! mesti belajar, so that balik rumah boleh buat, makayah mesti kagum nih.. ^_^

kami yang seronok makan di malam hari!! from left: wazap, ika, charlene, mek, AFINI MD AKIB, fizah, shoba, airin.. (nah, nama sendiri bagi caps gitu!) hahaha.. intan tak dak, sebab dia yang tolong ambik gambar.

Friday, May 7, 2010

entri tertunggak 3 - STRADFORD-UPON-AVON

kan hari tu fini cakap ada trip ke stradford untuk pi tengok play Romeo & Juliet? trip ni semua terlibat, so lecturers pun join..
dah pi kan stradford ni dulu, so basically tempat2 dah tau. then, lepak kat coffe house je la sementara nak tunggu masuk theatre.

tiket. mahal gila, 15 pound!! nasib baik free je..

ni dalam studio tu. gambar ni google je. tak boleh ambik gambar dalam tu. fini dok barisan depan yang kat bawah tu. so memang clear la pelakon2 semua. cakap bersembur pun boleh nampak!tapi props memang cool la..

before theatre. ni Mr Peter Brown, lecturer Oracy. dia memang asal dari Stradford pun..

yes! ni la kawan2 baik saya sejak dari ipoh..

dalam coffee house tu. try Cream Tea, super nice!! sangat2 sedap.. *terus teringin nak lagi..*

Cream Tea ni ialah set tea dengan scone (roti tu). makan dengan strawberry jem dan that cream. sedap sangat2!! tak tau nak cerita.. hoih, memang nice la!!

ni cream tu. kat mana boleh dapat eh??

tamat entry tertunggak. lepas ni sambung cerita biasa =)