Monday, October 31, 2011

nasik lemak bebeh!

menyambut sebulan tiba di warwick untuk tahun ketiga
so we cooked nasik lemak on saturday, 29th October 2011
sedaaaaaappppp!!!

fini buat sambal <-- yana kata, i'm very good at sambal thing! hehehe
yana masak nasik
mek goreng ayam celup tepung
kayla goreng mushroom celup tepung <-- oh, i like it!!!!

so nice la everything
yummylicious!!!

 but unfortunately, afini memang careless kan! dok goreng ikan bilis sambil buat sambal, minyak ikan bilis meletup kena tangan pulak. ooooo so sakit!! melecup beb :(

 nice kan? time ni ayam ngan mushroom tengah goreng.

 habis wei nasik. well done yana!

najah kata, colour sambal ni cantik. yeay!!! hahaha 
tapi tengok sekarang rasa lapaq balik pulak, haih..

eh lupa nak habaq
since yesterday, kena tambah lagi sejam different time Malaysia-UK
dari 7 jam jadi 8 jam
sebab dah masuk daylight saving time
kami kat sini kena tolak sejam 
so jangan confuse na
now 9.30 am so kat Msia is 5.30pm :)

Firday treat

jumaat habis class at 1pm
teman yana pi tesco uni
yana ni kan bendahari rumah
so selalu dia yang beli barang dapur
mek pun selalu jugak
sebab mek ketua dapur
fini teman je sebab nanti barang berat kan nak bawak

the best thing about yana is
she has the same interest with me tau
which is, MAKAN
hahaha sangat la senang kalau nak ajak dia makan
as usual, makan kat cafe yang tak pernah try
beli barang setengah jam
makan je lebih, nice :)

 memilih barang.

 then, lepak kat Jin's Cafe. hahaha jin! lunch fish n chips :)

 murah food kat kedai ni. fish n chips baru £3.95. portion pun besar :)

 oh sekarang kan, sangat pleasure minum teh. teh yang banyak flavour macam ni. soooo nice wei!
tapi jangan letak gula, guna madu. murah jugak, satu kotak (20 tea bags) £1.75 je.

then malam tu we had a night out
jarang gila nak keluar malam kan
tak la malam pun, at 6.30 la
tapi kat sini dah gelap time tu
kira malam ah..

pi tengok movie kat student cinema
dalam uni jugak
tiket £3.50 sorang (kalau kat ODEON cinema, tikat £6)
tengok Harry Potter: The Death Hallows Part 2
cerita lama la sikit kan
tapi ok, best.

habis tengok movie lepak Xanana for hot choc
yang join sekali night out ni
kami 6 orang pastu kamal, chip ngan mie.
lepak-lepak sampai 11pm
fini, yana ngan tan balik rumah dah
ngantukkkk
tapi yang lain pi lepak kat Charlene ngan Shoba pulak
pukul 2am kot baru depa balik..

lot of fun bila relax macam ni
banyak benda boleh gossip!!
happy!!!!

 teruja air sampai kah?

 chip tidoq ka?? hahaha

this is my kaki. nampak kasut tu? yang tu makayah beli time mai dulu. comel kan? :)

Wednesday, October 26, 2011

Doa untuk mu

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku 
tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia
aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
untuk satukan kami di syurga nanti..

Tuesday, October 25, 2011

bukit kecil


itu adalah bukit kecil di hadapan penthouse saya
setiap pagi sebelum pi class
adalah mejadi kegemaran bagi saya
untuk memanjat bukit ni
dan lepak atas tu sambil tengok burung, tupai, rabbit, helicopter dan daun2 yang luruh
kadang2 kalau hari yang tak skype ngan makayah
contoh kalau makayah kat KL ke, merbok ke, dalam kereta ke
i will make a phone call from here
seronok tau cakap telefon kat sini :)

nasib malang bagi saya pada hari isnin, 24 october 2011
sedang rancak berbual di talian bersama tok di atas bukit ini
intan sudah keluar dari pintu utama penthouse
maka, saya pun turun perlahan-lahan dari bukit seperti biasa
sebab dah nak bergerak ke class
malang tidak berbau,
tiba2 saya terjatuh dari bukit ini
bukan jatuh tergolek-golek la
tapi macam slide tu
alaa macam orang main ice skiing tu
bagi mengelakkan dari terus melungsur dan memalukan diri
saya bertahan pada sebatang pokok hampir di kaki bukit
malang lagi, pokok itu sungguh menggerutu
maka, luka lah sebelah tapak tangan saya
tapi saya masih cool!
sebab tangan lagi satu masih kukuh menggenggam handphone
ye la, tengah sembang ngan tok kot!
adoiiiii sakit sungguh kaki dan tangan
sengal sampai sekarang
walaupun malu sebab ada yang melihat
tapi saya tetap suka bukit ini
dan insyaAllah pagi ini sebelum ke class
saya akan mendaki lagi
semoga kali ini saya tak jatuh, amiiinnn..

mungkin ada dosa yang dikifarahkan Allah atas kesakitan yang saya rasa itu
berbaik sangkalah atas setiap yang berlaku dalam hidup
tak ada sehelai daun pun yang luruh di atas dunia ni tanpa pengetahuan Allah SWT
sesungguhnya Dia Maha Mengetahui atas apa yang kita tak mengerti :)

see? menggerutu kan pokok ni?

sekian luahan hati di pagi hari.

yours truly,
afini akib 

aqiqah bayi kecil :)

ini on saturday
ingat lagi tak last year
fini ada pi kenduri abang post grad yang kahwin kat sini
so now, alhamdulillah the couple dah dapat baby :)))
and depa buat small gathering for the aqiqah

kebetulan, ada timbalan mufti negeri Kedah kat UK ni
kira dia jadi macam visiting fellow kat Oxford University nuh
i dont know the details of whatsoever la
tapi kira dia ada kat sini for 9 months kalau tak silap
and dia ada kat Warwick time ni
so alang2 ada ulamak yang hebat
malaysian coventry society dan UMNO coventry
jemput la dia bagi talk sikit
kira tazkirah la.
best weiiiii!!!!
macam Sheikh Badaruddin sikit2 cara dia cakap
mungkin sebab orang kedah kan
lawak jugak 
rindu zaman sekolah dulu bila dengar dia bagi ceramah tu :(

oh by the way nama dia Sheikh Marwazi Dhiauddin
former student and teacher of Maktab Mahmud
againnnnn, so proud!!!!

 dia cakap benda simple je. tapi best :)))

like what he said
make sure paham dan boleh buat dulu basic fekah in daily life
jangat dok kalat bab2 besar lagi
ye, memang bagus hudud semua ni
tapi ambik tau dulu bab2 awal kitab fekah ni
bukak kitab sikit <-- sebijik cara ustaz2 MMAS dulu :)
kebersihan dah ok ke?
semayang dah perfect ke?
perhubungan dengan Allah, makayah, family, kawan2 dah cantik ke?
make sense kan?
^_^

lagi satu, dia cakap
kalau boleh cuba hidupkan balik sunnah2 Nabi Muhammad SAW
tak payah tengok jauh2 lagi
cuba buat sunnah yang dekat dengan kita
cara nak tidoq, cara makan, cara gelak
terasa kan?
benda macam tu pun kita tak boleh nak ambik tau :(
ada satu cerita zaman dulu
kaum muslimin menang perang sebab depa buat sunnah nabi yang kecik je
tau dak apa depa buat?
the soldiers cuma bersugi sebelum solat
sunnah tu!
surprise dak camna depa boleh menang?
tak tau cita detail?
pi google na :)
ke nak tulis?
next entry la..

hadis pasal sunnah yang sheikh ni baca hari tu
hebatnya kita kalau boleh hidupkan sunnah :)

Dari Ibnu Abbas ra. bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika umatku berada dalam keadaan rosak, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid" -Hadis riwayat Baihaqi


jom hidupkan balik sunnah nak?
boleh mati syahid tu!!

ok. habis tazkirah bersama ustajah afini :)

now sambung cerita
hari tu fini pakai baju kurung
baju ni Aiman Afiq hadiah as a baju raya
pandai dia pilih, padan je :)))
thanks sayang!

 pink rangers!

 the food. lembut kambing tu, nice! tak bau kambing :)))

 star of the day: Ayyash Mukhlis bin Ahmad Johari.
[dah ada baju melayu tuuuu!!! comel kan?]

 eh nak tunjuk kat mak ni. adik pakai brooch lady bird yang kita beli kat TAR sehri sebelum adik fly tu. comel kan?
bila pakai baju kurung kena ambik gambar lebih sikit. :)))
eh2, yang atas sekali tu sebab nak tunjuk cover iphone baru. cantik tak? 

Thursday, October 20, 2011

pelbagai

ok. randomness.

 tengah hari: jalan nak pi class kat westwood, lalu university house. what a beautiful day kan? tapi sejuk ya amat!
eh by the way, saya nampak tinggi kan? hikhikhik eh eh, lagi satu, pakai selendang baru tu. nanti ambik gambar depan, fini letak sekali lagi :)

 petang: mek masuk bilik sambil show off bear kesayangannya. dia kata nama Arif. hahaha comel gila nama bear Arif. 
*batuk bertubi-tubi*

malam: dapat hadiah Cadbury Roses ngan postcard sebab dapat jawab soalan quiz. pandai kan?

Tuesday, October 18, 2011

i feel good lalala!!

hahaha hello everybody
tuan puteri sudah cerdas dan ceria seperti sedia kala
nyah kau dari sini emo yang merepek-repek itu!
obat?
obatnya ciummmm! 
*hah, sapa tau dari movie apa??*
ok merepek, obatnya baca quran banyak2
pastu pi makan sedap2 :)))

to make thing better
i got a note pagi2 buta semalam
[ read the p/s ]

 muahahaha. biarkan beta kembang semangkuk sebentar!

 its from this 2 sweet ladies :)))

padahan sebelum pi class pagi tu
dah start hyper dah
sebab makan bbq chicken wings yang sedap
ni kira ayam ala-ala KFC la ni
nice!
dah tu between classes time lunch
makan cheese cake yang ya ampunnnnn lazatnya!
ye la, cheese cake mana pernah tak sedap kan
tambah2 kalau free, tak payah buat sendiri ke, beli ke
lagi la lazat tak terperi :)))

then habis class
terus zasss ke Xanana Cafe
ye rakan2, kalau rasa tak best dengan kehidupan sekeliling anda
maka pergi lah makan benda yang lazat
mahal sikit pun tak pa
janji hati anda gembira
dan perut anda bahagia :)

starter: butterfly prawn. cheesy n sweet. super nice!

main course: baked salmon with sweet chilli sauce in xanana salad.
salmon ni kan, masak la macam mana pun. tetap sedap meragut jiwa.. ohhhh...
and the portion pun besar, kenyang belahak kat situ :D 

 dah start sejuk sekarang, maka minumlah hot choc. walaupun kelihatan jongang di situ, abaikan lah ia.

sekian, pulang lah dengan gembira ke penthouse suite yang comel itu :)

eh terima kasih atas perhatian semua pihak *senyum manis*
antara punca2 emo melampau ialah sebab mengadap The Kite Runner
sangat la menggugah jiwa dan emosi
siapa tabah, sila baca. recommended T_T

eh lama tak tunjuk cik Luvy kat sini kan? beliau dah waraq sekarang, ada tasbih gitu. comel kan? kawan beliau cik Pinky yang selalu dok tenggek tepi tingkap dulu sekarang kat jitra, teman kakak Luvy :)

sekian. i'm ok shalala ^^

p/s: cik kak, lately ni kan, i keep on listening to this song la. sweet..