Thursday, December 31, 2009

scotland

walaupun dah lama balik dari scotland, tapi ni la baru sempat nak update gambar dan cerita secar detail.. mintak maaf semua! so jemput la melihat sedikit sebanyak ya!!ni time mula2 sampai kat edinburgh (cara sebut ialah 'edinbere').. sampai je kat sana, pi letak beg kat rumah terus keluar jalan2 kat town! time tu pulak ada christmas and new year festival! tu yang ada segala macam funfair tu! cantik dan best..
lepas penat jalan, sebelum balik rumah dalam pukul 11pm, singgah minum kat Chocolate Soup.. memang sedap dapat minum Hot Double Premium Chocolate time letih dan sejuk macam tu.. nanti fini letak gambar air tu.. kat sebelah fini tu, Kak Iffa Rashidah, study pasai visual kat edin ni.. kami tumpang rumah dia la..
on the way balik rumah.. atas bukit kat belakang tu ialah Edinburgh Castle. memang besar dan cantik!! kedudukan yang strategik untuk pemerintah zaman dulu.. bahagian hadapan ialah laut, dan belakang ialah gaung! untuk pengetahuan, Edinburgh ni ialah sebeuah bandar dekat dengan laut.. sebelah kiri tu Kak Alia, dia yang bawak kami mai Scotland ni!
esoknya, berjalan keliling bandar yang bersejarah ni dengan sorang tour guide. kami menumpang je sebenarnya.. hehehe dia ada bawak group pelancong yang lain! sebelah kanan tu Kak Fateah, study pasai audio kat edin, dok satu rumah dengan Kak Iffah..
ni kat depan hall University of Edinburgh (tempat Amalina belajar la ni).. hall ni digunakan time graduation day.. universiti ni scatter, tak berpusat macam kebanyakan universiti lain..
depan Queens Gallery. belakang gallery ni ialah Palace of Hollyroodhouse, istana yang digunakan oleh Queen Elizabeth kalau dia mai Scotland ni..
depan Parliament House..
depan Palace of Hollyroodhouse..
pintu pagar Palace of Hollyroodhouse.
time nak mulakan pendakian di Hollyrood Park nak ke Crag's Cliff.. tinggi jugak Arthur's Seat ni! kalau kat Malaysia mau berpeluh jugak! tapi kat sini memang sejuk yang amat, so tak berpeluh langsung..
separuh perjalanan ke Crag's Cliff.. cantik tasik kat bawah ni..
ni kat puncak dah, cantik dan sejuk sangat!!!! tiba2 rasa macam dalam cerita Hindustan pulak ambik2 gambar kat puncak2 bukit.. hehehe gayat jugak sebenarnya.. ^_^
kat sebuah chapel yang pembinaannya terpaksa dihentikan zaman dulu.. ni pun kat puncak bukit jugak la! rasa macam romantik pun ada jugak! =)
ok yang ni kat Ocean Terminal.. ada Royal Yacht Brittania dan shopping mall dalam ni.
ni dalam Ocean Terminal.
berlatarkan laut kat Ocean Terminal.. sebelah kanan fini ialah Munirah (study medic kat edin) dan Kak Nurul (study biologi kat edin).
lepak minum coffee kat coffee house Ocean Terminal..
halaman belakang masjid, singgah nak sembahyang. ni first time salji mula turun untuk tahun ni kat edin.. nampak tak bijik2 putih tu??
pintu masuk ke Mary King's Close, sebuah penempatan bawah tanah untuk rakyat zaman dulu.memang ada rumah2 macam biasa, tapi gelap dan lembap la.. zaman dulu, orang2 miskin tak dibenarkan tinggal kat bandar edin ni, depa kena dok bawah tanah je, ni la tempat depa, Mary King's Close..sekarang tempat ni jadi tarikan pelancong je..
ni baru turun dari bas nak balik ke rumah Kak Nurul (malam ke 2 dan ke 3 tidur rumah Kak Nurul pulak).. salji dah penuh atas jalan!

okey nanti sambung lagi cerita pasai Scotland ni!

Tuesday, December 29, 2009

london part 3; Boxing Day!!

26hb dec, hari pertama Boxing Day, memang betul2 boxing la! kat London ni kalau shopping selalu kat Oxford Street. kat sini memang heaven la untuk shopping. sebut je nak butik apa, semua ada! memang syok sangat2, tapi lagi syok kalau duit penuh dalam poket! hehehe

fini sampai kat Oxford Street hari tu pukul 9.30am, memang dikira agak awal la. tapi orang dah penuh! macam semut je.. memang sangat2 ramai! ye la bukan senang nak sale murah2 macam tu. semua sale at least 50%.. memang gempak la! nasib baik tak bawak kamera, kalau tak, memang terkepit macam tu je! kalau boleh hari tu pakai yang ringkas2 je, beg pun janagn bawak sebab time ni la jugak pickpocket akan bekerja! so gambar oxfor street ni fini Google je..
Oxford Street yang best!! tapi dalam gambar ni orang tak ramai. time Boxing Day tu memang nak gerak pun susah.. orang pakai langgar je! kalau nak beli barang, ambik dan pi bayar. tak payah nak try, sebab tak sempat. lagi satu nak beratur punya la panjang!! adeii..
Selfridge & Co, ni butik yang paling hebat rasanya kat Oxford Street ni! besar kan?? dalam ni semua jenama yang perghhh!! macam LV, prada, chanel, gucci, cartier, juicy couture, guess, armani, burberry, lacoste dan macam2 la.. tapi security memang sangat ketat!! contohnya macam LV dan gucci, dalam satu2 masa hanya 10 orang je boleh ada dalam tu, dan maximum masa untuk setiap orang ialah 30 minit. lepas tu kena keluar.. memang orang beratur panjang gila nak masuk situ!
ni butik Nike Town! baen, bfifi ngan baan mest best kalau masuk sini! banyak murah.. tapi sori la time adik sampai tu banyak jugak yang dah habis.. lagipun susah la nak pilih barang untuk orang laki ni.. sori eh!
ok malam tu fini ke Harrods; the World's Most Famous Luxury Department Store. nampak tak orang yang ramai dan kereta yang jam depan ni? malam ni fini sempat bawak kamera. tapi boleh ambik satu gambar ni je.. Harrods, yang kaler hijau tu,memang sangat2 mewah.. nak beli barang pun takut! security dia jangan cakap la.. adeii.. tapi fini beli jugak satu handbag kat sini (untuk penjaga Alia yang dah ada fb!!) dan tshirt Burberry kat ayah.. dalam Harrods ni ada bahagian2 yang tersendiri, macam The Egyptian Room (ceiling dihias dengan gaya mesir, ada pyramid, patung mumia dan macam2 lagi), The Luxury Room (memang mewah la yang ni).. lepas tu ada jugak memorial untuk Princess Diana dan Dodi Al-Fayed..

dan ini ialah sedikit sebanyak hasil Boxing Day:
Handbag Guess (untuk mak), Esprit dan Harrods.
Tshirt Burberry untuk ayah.
seluar Spongebob, kemeja dan tshirt untuk Aiman Afiq..
Gown hitam, skirt dan tshirt Barbie untuk Alia Atiqah..
jersey Nike untuk baen dan baan.. sebenarnya tak tau depa nak jersey apa. nanti hampa bagitau lain, adik pi london nanti adik beli lagi!
hahaha perfumes!!! bfifi mesti dah senyum2 tengok gambar ni.. ^_^

Monday, December 28, 2009

london part 2 =)

kali ni fini letak gambar2 umum pulak.. ada sikit2 je gambar fini. pi london kali ni tujuan utama ialah untuk bershopping sempena Boxing Day (nanti next enry fini cerita pasai Boxing Day), so tak banyak la tempat yang fini pi jalan..
sepanjang 4 hari kat london ni, fini dok kat rumah Ili Dayana, budak tajaan Bank Negara, study Economy kat London School of Economic (LSE). baik betu dia ni.. rumah dia memang betu2 tengah pekan, dalam Zone 1 (London ada 6 zone).. dan depan rumah dia adalah Trafalgar Square!
yang ni malam time sampai sebelum masuk dalam rumah. kat sini pun boleh nampak Big Ben.
pengawal berkuda di Horse Guard Parade.. takut la dok dekat dengan kuda tu!berdiri jauh je.. dalam sehari, pengawal2 ni akan bertukat shift. memang penuh protokol.. hehehe
yang ni kat St. James Park.. kat london ni banyak park atau taman tempat orang jalan2.. canti jugak park ni! besar tau.. ni memorial yang dibuat untuk Princess Diana sebab jalan dalam taman ni menuju ke Buckingham Palace.
ni pun kat St James Park jugak..
ni bahagian sungai kat St James Park yang dah beku. tapi tak betul2 keras lagi sampai boleh main ice-skating. setakat burung jalan2 atas tu boleh la.. yang ni pengawal dalam Buckingham Palace.. besar kan topi dia?? sampai tertutup bijik mata!
Big Ben dari jarak dekat. Big Ben ni ialah menara jam terbesar dan nombor 3 tertinggi di dunia..
Eye of London, Parliament, Westminster Palace dan Big Ben.
Thames River, Big Ben dan Parliament
ni la tempat yang fini dok selama 4 hari.. lebih kurang macam apartment la hostel depa ni! security memang ketat.. adeii..
ni sementara nak tunggu bas kat depan rumah..
bas 2 tingkat yang popular kat london.. tapi fini tak sempat naik. lagipun time winter ni kalau naik, memang gigil la kot! tak sanggup la...

sebenarnya banayk lagi tempat yang fini tak sempat pi. insyaAllah nanti fini mail London lagi!

london!!! =)

okeh! kembali mengupdate blog.. sekarang pukul 5.47am (lepas skype ngan makayah, bfifi ngan aiman pukul 5 tadi). ni rasanya entry terpanjang kot!! kira cover untuk yang lepas2 la.. tapi kali ni fini letak gmabar2 fini kat london dulu. nanti fini sambung lagi.. keseluruhan, london memang bandar yang sangat besar, cantik dan best!!
ni time mula2 sampai kat Victoria Station, sementara tunggu kawan mai ambik, lepak minum dulu kat Costa.
depan Trafalgar Square.. yang kat atas tu la la Encik Trafalgar =)
ni pun dalam kawasan Trafalgar Square jugak..
depan National Gallery..
Trafalgar Square lagi..
kat Trafalgar Square berlatarkan National Gallery.
dalam halaman The Horse Guard Parade.. belakang ni Commonwealth Administrative Building.
pintu masuk Commonwealth Administrative Building.. time ni Christmas, so memang sunyi! hanya ada pelancong macam kami je.. ^_^
halaman The Horse Guard Parade.. nampak Eye of London kan kat belakang tu??
depan Buckingham Palace!! tempat yang Princess Diana pernah duduk dan time dia mati kat luar ni penuh dengan bunga..
halaman Buckingham Palace. nampak tak Big Ben kat belakang? kecik je!
Victoria Memorial depan Buckingham Palace..
Victoria Memorial berlatarkan Eye of London..
pagar Buckingham Palace.. tapi tak boleh masuk pun istana ni walaupun Queen tak dak.. nampak tak guard kat belakang? nanti fini letak gambar guard tu pulak.. kesian dia, berdiri je kat situ macam patung!!hehe
halaman Buckingham Palace lagi..
town yang sunyi di hari Christmas..
ni Westminster Abbey.. antara yang paling bersejarah kat London. banyak raja yang ditabalkan kat dalam ni dan jalan kat Westminster Abbey ni la di mana mayat Princess Diana diarak. .
depan Parliament. yang sebelah fini pakai tudung colour kelabu dan rendah sikit tu, Ili Dayana. dia study kat London School of Economic.. budak pandai ni! dan yang tinggi pakai mafla belang2 tu Lina, tengah buat medic kat Republic Czech! dia pun mai bercuti kat London jugak.. yang lain2 tu semua budak Warwick dengan fini.. ^_^
atas Hungerford Bridge berlatarkan Big Ben dan Eye of London..
depan Eye of London.. tapi ni time Christmas, semua kedai tutup termasuklah Eye of London ni..
ni gaya ala2 ayu gitu! depan Eye of London sambil menghadap Thames River dan Big Ben! =)
ni kat London Tower.. antara bangunan yang awal di London.
ok yang ni bukan London Bridge ya... ramai yang cakap ni London Bridge tapi ni sebenarnya Tower Bridge. jambatan ni akan dibuka kalau ada kargo nak lalu..

ok nanti fini sambung lagi.. puas hati tak banyak gamabr macam ni??