Friday, January 1, 2010

scotland lagi!!

sambungan mengenai Scotland.. entri ni fini banyak letak pemandangan. tapi tetap la, gambar fini akan terselit jugak ye!!
ni pemandangan sebaik menjejak kaki di Edinburgh.. baru pukul 5pm, tapi dah macam malam. cantik kan?
Ferris wheel kat funfair tu.. besar jugak la!
pemandangan dari atas ferris wheel.. ada tempat ice-skating, tapi tak sempat nak pi main sebab beratur panjang sangat!
yang ni dalam perjalanan balik rumah, lalu depan George Heriot's School. ni sekolah untuk anak2 orang kaya je.. kira elite school la!
kalau kat Malaysia, tempat ni kita panggil dewan bandarayaya..
Victoria Street yang suatu ketika dulu terkenal sebagai tempat pembunuh bersiri menyimpan mayat2 mangsa yang dibunuh untuk dijual.. konon2 kat sini macam berhantu la.. =(
dalam masjid kat Edinburgh.. ni pandangan atas, sebab tempat solat wanita kat atas.
banyak senibina lama yang masih dikekalkan termasuklah jam ni yang masih lagi berfungsi!
dinding bangunan Parliament.. kotak2 kat dinding tu penuh dengan kata2 bekas pemimpin atau aristokrat dulu2..
The Queens's Gallery depan Palace of Hollyrood House..
namapak tak chapel yang fini ambil gambar dalam entri sebelum ni? tinggi jugak kan bukit ni??
ni kat puncak batu, gaya ala2 phoenix bangkit!! hahahaha
ni pandangan Edinburgh dari atas bukit..
kat tengah2 gambar ni, kecil je, ada satu monumen yang dibina di Calton Hill..
ok ni gambar monumen di Calton Hill selepas zoom.. sebenarnya zaman dulu, depa nak buat monumen ni sama macam yang kat Rome, tapi tak jadi sebab ramai sangat yang mati time pembinaannya! so dipercayai ni pun salah satu kawasan berhantu jugak.. memang Edinburgh ni dikenali sebagai 'haunted city' selain daripada 'historical city'..
tasik yang fini ambil gambar dalam entri sebelum ni.. gambar ni diambil bila dah turun bawah..
ni la Hollyrood Park, semua kawasan bukit bukau dan termasuk Palace of Hollyrood House pun dalam kawasan ni jugak. Arthur's Seat dan Crags Cliff yang fini panjat pun dalam kawasan ni..
dalam pekan.. ada kedai makanan Malaysia! oh yeahh!! nama cina, tapi halal sebab tukang masak Melayu.. tapi fini tak makan kat situ, sebab pi makan kat kedai Turki.. esok fini cerita pasai makanan pulak!
ni time salji mula turun.. lebat kan??
dalam Ocean Terminal. The Royal Yacht Britannia ni antara tempat kegemaran Prince Charles, William dan Harry dulu. tapi fini tak minat la nak masuk.. dah la kena bayar, lepas tu setakat nak tengok pasai kapal dan laut, adeeeiii mintak maaf la.. tapi untuk yang minat atau teringin nak jadi sailor, silakan la..
ni coffee house dalam ocean terminal yang sangat besar!
ni puncak Arthur's Seat yang bersalji. gambar ni dari Ocean Terminal. nasib baik sempat pi sebelum diliputi salji..
pekan2 lama..
ni pintu masuk Mary King's Close. disebabkan persekitaran yang lembap, gelap, kotor dan sempit zaman dulu (ye la ramai kan orang miskin yang kena hidup bawah tanah ni), ramai jugak yang mati.. so ni pun dikira kawasan yang paling banyak hantu! depa kat sini sangat percaya la.. adeeiii T_T
ni pose terakhir sebelum naik bas nak pi train station..

ok esok fini sambung last past pasai Scotland!

sebelum tu lupa nak ucap dalam entri sebelum ni, Selamat menyambut tahun baru 2010. semoga keimanan dan ketakwaandapat ditingkatkan! semoga sentiasa mendapat kebahagiaan disamping keluarga dan semoga terus berada di dalam rahmat dan maghfirah Allah S.W.T. insyaAllah..

7 comments:

S said...

salam,
coooop no 1. ngeh ngeh ngeh....

bestlah gambaq banyak2 ni.
teringat plak cerita draculla returned.

tapi hat macam burung terbang tu memang cantik.
teringat kat Langkawi.

amin!!! cik S mengaminkan doa pini.

afifi said...

Ala lewat seminit je.. cet.. Dia bgn awal la pulak pagi ni mak cik siah ni.. adei..

Selamat Menyambut Tahun Baru Semua!!

Jauh gila zoom camera tu.. kagum2..

na.ni said...

oh2..mary king's close tu ada hantu btoi ka?
cm best ja!
*sorry. saya suka citer hantu. maka akan jadi sedikit jakun disitu.. T_T

afiniakib said...

hehehe main rebut2 plak =)

cik siah: uiyooo cik siah layan cita dracula??
cita vampire yang hensem2 layan tak?
kalau kat sini, vampire popular lagi kot dari dracula.. (sbb hensem n hot!! oh yeahh)
trima kasih mengaminkan doa... amiiin..

bfifi: sbnrnya i saja letak pic tu nak bg u kagum! hehehe mmg best ah! thnx to u gak la kot ^_^

cik kak: hahaha jakun ngan cita hantu ya?? kena tgok jangan pandang belakang congkak nih!! ahaks~
bukan stakat mary king's close, tapi seluruh town edin ni berhantu kononnya.. ghost finders (macam seekers la! kena tanya baan nih ;p)selalu mai sini dan tempat utama ialah sebuah bilik kecil dlm mary king's close, tempat sorang budak pompuan mati..

na.ni said...

seekers dan baan mmg tak dapat dipisahkan..agagaa
adei~
oh2..serious best. serious kalau pegi sana, wajib gi mary king's ni. *in my dreams la kan..haha

nama.aku.lynn said...

sisss..victoriaa streetttt cm seramm jee..huhhu
agak2 ley jmpe EDWARD xkt ctu??hahhaa

hmm pheonix bangkit??
switt laa pic tuuu..style glerr..

n 1 more thing..coffee house itu sgt besarr yeee...kagumm~~

afiniakib said...

i selalu imagine nak jumpa edward tau.. huhuhu
klu jmpa, mmg xlepas kot! ;p
nti i wat gaya phoenix tidur plak.. hahaha