Sunday, May 30, 2010

jam baru!!! wiwiwi~

much love to intan nur shuhada muhammad zainuddin!!!

kemarin ada surprise lagi!! hahaha dapat jam baru you!! sebelum ni memang la ada sembang2 ngan intan bagitau dia sebelum balik nanti nak beli jam baru la.. tiba2 dia bagi hadiah birthday pulak! hehehe of course la sangat suka =)

banyak intan tulis dalam card tu.. sobs sobs sangat terharu T__T

see?? cantik kan??

bila pakai, terus jadi lagi cantik!! hahaha i love u babe!!

terima kasih!!! semoga kamu dirahmati Allah dan dikurniakan kegembiraan yang berpanjangan.. ^_^

Thursday, May 27, 2010

bad day =(

banyak benda tak best jadi kat fini hari ni. ujian la kan, asyik happy je so ada la time yang sedih dan tak seronok pulak..

1st:
laptop rosak. screen jadi gelap,blank!! boleh bayang tak tengah dok taip assignmnet tiba2 terus jadi gelap?? sedih, gelabah semua ada..

see? ni dah bukak tau. tapi gelap je kan screen dia? fini buat kerja guna table lamp, sebijik macam zaman dahulu kala dalam drama melayu buat kerja sekolah guna pelita.. sedih2..

2nd:
time nak print assigment pagi tadi, printer kat library pulak buat hal. orang lain semua print elok je. mai turn fini, kena print berkali-kali, tu pun tak keluar2.pastu kena pulak ulang alik dari computer ke printer 4-5 kali, tension ok! last2 kena guna account yana.. thanks yana =)

3rd:
waktu maghrib malaysia, kat sini dalam tengahari la, yana dapat call yang tok wan dia baru meninggal. Al-fatihah..
sedih kan? takut pun ada..
yana, semoga hang tabah na..

4th:
bengang ngan pak cik jual kebab kat Blue Rooster! macam2 hal je dia.. cakap terbelit lidah2, lepas tu tak percaya orang cakap. then nak buat2 ramah la..

5th:
haa yang ni cuak dan takut! terkunci dalam toilet kat bilik mek ok!!!! time tu semua kat dapur, tengah masak. fini nak pi tumpang semayang kat bilik mek. walaupun just 5 minit dalam tu, tapi macam2 benda dah pikiaq. dah la puas jerit sapa pun tak dengar. nasib baik yana dok kat bilik sebelah time tu sebab dia pun nak semayang. dia la mai tolong.. syukur2...

pintu toilet mek yang menakutkan!!

ni la tombol pintu yang fini goncang sampai sakit tangan!

tak pa la, benda dah jadi.. semoga esok gembira macam biasa, amiin ^_^

[at this moment, fini tumpang lappy yana ni.. terima kasih yana]

Tuesday, May 25, 2010

terima kasih lagi dan lagi!!

surprisingly, hari ni pun dapat birthday gift lagi!!!

kali ni dari flat mate yang cantik dan rajin masak iaitu Ashley. siap mai ketuk bilik tengahari tadi sebab nak bagi ni,

apple crumble. sedap sangat2!! dalam apple crumble ni ada isi apple macam apple pie kat Mc Donald tu. tapi atas tu macam kerak yang rapuh, sweet dan creamy. sedap sungguh ni! time dia hantar tu panas2 lagi.. =)

ni la Ashley. cantik kan? pandai masak pulak.. thank you babe!! time dia bagi tadi, fini excited gila! hahaha

alhamdulillah. syukurr jugak sebab hari ni dah sejuk balik. sejuk yang angin2 dan sunny sikit2 je. so tak la berpeluh dah! suhu dah get back to normal 15-17'c.. ^_^

Monday, May 24, 2010

terima kasih lagi!!

malam my birthday tu, skype ngan mak, call ayah, so dah jadi excited + happy + sedih + over nak balik, semua ada la.. hahaha so very the gegeh ok!

then intan ajak turun bawah kat dapur sebab dia kata dia ada buat kek. so turun, pakai nightie je la. nama pun dah tengah malam kan. by the time lepas sembang ngan makayah pun dah 12 lebih. so turun bawah, waah!!! depa dah siap masak banyak semua, panggil kawan2 lain lagi. terima kasih untuk kawan2 ku yang baik hati.. =)

ni gambar yang sempat yana tolong ambik. fini busy kan malam tu, BIRTHDAY GIRL ok!!
p/s: gambar fini tak boleh la nak upload kat sini. tak pakai tudung time tu, semua perempuan kan..

butter cake from intan, rocky road cheese cake from yana, mek, wazap n kayla, kek gula hangus from airin.. semua sedapp!!! yum yum

siap masak spaghetti weih depa ni! rajin kan malam2 masak untuk nak celebrate my birthday?? sobs sobs, sangat terharu..

23 mei 2010, lunch hour: nurul farahana atau arah dengan rajinnya siapkan lunch. perfect semua ada! siap buat special dessert from kelantan, sebab dia memang pure kelantan.. sedaap sangat!

ada ayam goreng, masak kicap telur ngan sayur campur.

kek pisang arah buat. super soft and tasty!! kira ni celebrate sama2 antara intan (1 feb), arah (6 mei) dan fini. tapi lunch ni semua arah yang prepare.. baik betul dia! siap nak surprise2 hehehe..

dessert, Butir Nangka. pelik tak nama? serius tak pernah dengar dan rasa sebelum ni..

ni dalam dia. rasa ni macam buah melaka. kuah dia tu macam santan campur gula melaka.. yummy!!!

ni time dia kalut2 dok nak bakar kek. fini konon nak pi dapur dia sebab nak tolong. tapi dia siap halau2 suruh pi balik bilik. nak bagi surprise nih! hahaha

dan hari ni pun dapat hadiah lagi!!

tima kasih banyak wazap! (aku tau kadang2 ang baca blog aku kan?? hehehe)

wazap bagi lengkap blouse ngan slack. lembut gila kain blouse tu, cantik! padan2 je.. much love wazap!!

kesimpulannya, untuk birthday tahun ni fini ada 5 bijik kek!! [icing cake dlm entry lepas, butter cake, rocky road cheese cake, kek gula hangus dan kek pisang] superb!!!

so apa yang kurang kat entry ni?? yes!!! sebab tak dak gambar tuan blog.
so terima lah muka birthday girl yang keseronokan sebab dapat banyak kasih sayang!!!

gambar sehari sebelum birthday. so now, at this moment, my feeling macam bunga2 tu la.. berkembang cantik dan wangi!!

Sunday, May 23, 2010

terima kasih!!

sangat2 happy..
thanks for the LOVE!!!!

ni antara yang fini dapat,
[ada lagi gambar, tapi dok dalam henfon yana, dia tak sempat transfer lagi. next entry fini letak gambar lagi! ]

surprise from intan! siap masuk bilik senyap2 semata-mata nak bagi ni.. aiyoo terharu gila!

one of my favourite authors, freya north collection!!thanks tika =)

home-made cookies. sedap melampau weih!!! panas2 lagi time ika ngan sutinah bagi. te.nkiu naa..

trima kasih farahin! yum yum

card from tika..

card from aqilah..

terima kasih jugak untuk semua wish dan doa dalam facebook! banyak gila!!!!! sobs sobs terharu laa.. T__T

my birthday wishes...

I’m 21 today.

Thanks Allah for the life and all the happiness

Thanks Mak Ayah for being such great wonderful top-of-the-world parents for me!!

Thanks to my superb and handsomest brothers!!

Thanks to my cutest and loveliest nephews and niece!!

Thanks to all my sweetest funniest and amazing friends!!!

I wish,

Semoga kita semua dirahmati Allah selalu

Diberikan kesihatan dan kegembiraan dalam hidup

Diberikan hidayah untuk menjadi lebih baik..

I love you~

p/s: terima kasih untuk doa, ucapan, nyanyian, hadiah, makanan dan semua lah..

Saturday, May 22, 2010

seronok laa!!!

pagi ni keluar picnic kat park (next entry fini letak gambar). balik bilik tengok2 mak online!

so happy2 la video call.. best boleh cakap ngan aiman dan alia. depa dah siap wish happy birthday achu!!! sangat2 happy.. lagi happy bila alia nyanyi,

"achu, achu,
engkaulah ratu hati ku.."
*achu terus menari goyang2 sebab seronok sangat!!*

lepas tu dia sambung,

"happy birthday achu
happy birthday achu
happy birthday to achu
selamat hari jadi achu
selamat hari jadi achu.."
[nyanyi semua rentak yang sama, so cute!!]

ni mesti mak yang ajar kan?? sejak minggu lepas, tiap2 hari call, mak mesti nyanyi lagu happy birthday kat fini. hahahaha best gila!!

aiman pulak demam, baru makan ubat. rasa macam nak pi balik peluk2 dia bila dia cakap, "achu cepatla balik" huhuhuhu T___T

walaupun birthday esok, tapi selalu kat rumah, malam ni memang dah celebrate..nak balik la...

I LOVE YOU MY DARLINGS!!!! mmmmuuuuaaahhhsss!!!!

[ni update terus lepas cakap ngan depa. malam ni fini update properly eh]

Friday, May 21, 2010

panas!!

hari memang sangat panas, berkuap ok! memang pi kelas pakai baju selapis ngan sandal pun dah ok.. tadi kat city, jumpa ramai gila yang jalan2 tak pakai baju! hoh?? gilo la.. panas sangat kot! tshirt tu depa sangkut kat bahu je. jalan2 pakai shorts or jeans, sambil tshirt sepuk kat bahu. eh tapi laki je la, pompuan2 still pakai singlet or tube lagi..

tapi tak la hot pun depa yang topless ni! keding2, yang hitam2 pun nak topless jugak.. mungkin kalau hot macam wentworth miller, boleh dimaafkan! wah, berangan kan!!

see?? very the hot kan??

macam ni pun ok la kalau nak topless kan?? *pengsan la berangan Beckham kan!*

kat malaysia, panas macam mana pun orang tak bukak baju kan kalau jalan2 kat pekan? see? malaysia sangat bagus! terus tak sabar nak balik _^

[edited: to anon, jom pengsan sekali lagi.]

^_^

Thursday, May 20, 2010

naik dan turun~

[this is a quick update]

suhu semakin naik, secara mendadak pulak tu! hari ni suhu dah cecah 21'c! panas kan??? dah boleh feeling2 malaysia ku tercinta.. haih, tak sabarnya nak balik!!!

dan sekarang ni jugak semua mata wang euro termasuk la GREAT POUND BRITAIN dah jatuh merudum!!! aiyookkk =( few days ago, fini check 1 pound = RM 4.60 je!!! time fini nak fly dulu, dah dekat cecah RM 6 baru sama ngan 1 pound..
baru berangan-angan nak jadi orang kaya baru bila balik malaysia nanti huhuhu T__T
tapi the good thing is RINGGIT MALAYSIA dah naik.. bagus la, I'm happy for my country!

ok nak pi kelas dah! bye2~

p/s: so patut ke beli iphone kat sini??? jeng jeng jeng!! ;p

Tuesday, May 18, 2010

CAL gathering~

course TESL ni dok dalam Centre for Applied Linguistic (CAL) department. petang kemarin, CAL ni buat gathering untuk students dan lecturers. kat sini kalau buat jamuan selalunya jenis pot luck atau bring-a-dish party.. so masing2 kena bawak makanan dan nanti akan kongsi sama2..
so kali ni pun jamuan macam tu la. masing2 bawak makanan sorang satu bekas.. banyak jugak la international students yang join.

so here some of the pictures!

antara orang2 yang mai! see? pelbagai bangsa kan??

yang ni ngan geng2 selalu la.. plus seongsook.

konsep menghidang makanan. banyak gila, dan emua nampak sedap! tapi semua kena pilih la. check boleh tak untuk vegeterian.. *sighs*

antara yang boleh dimakan. yang ni korean dish! omg, sedap gila!!!! rasa macam young tau foo tiba2.. balik nanti sila bawak saya pi makan yong tau foo please!!!

Sophie yang comel!! dia ni macam malu2.. dok tengok budak2 ni, terus rindu kat aiman ngan alia.. *mengeluh lagi..* rasa nak balik pi peluk2 je depa dua!

shoba! perghhhh cool gila kot dia main piano ni. ni pun lepas kena paksa baru dia nak main, dia cakap dia nervous main depan orang ramai. tu pun dia lupa notes, tapi still sedap gila la. dia main Marriage d'amour.. sila dengar lagu ni kat youtube, best!!

ni pun kena request jugak. faiz ngan acan. sedap depa nyanyi..

jeng jeng!! hahaha ni bila dah habis jamuan tu, kami pi music room. so lepas gian la main piano! *clap clap* tapi fini dah tak cepat macam dulu. setakat baca notes boleh la, lagu pun semua dah lupa.. haihh....
p/s: tu lelaki besar kat belakang tu la Awang, jiran fini..

fini makan sikit2 je, sebab banyak makanan yang diragui.. tapi ok, happy je!

Sunday, May 16, 2010

HAPPY BIRTHDAY BANG CAQ~


Saya ada abang

Nama abang saya Azri

Tapi saya panggil Bang Caq

Saya sayang sangat kat Bang Caq

Dan saya tahu

Bang Caq juga sangat sayangkan saya..

Waktu kecik2 dulu

Bang Caq suka panggil saya Debok Ancaq

Bila dah besar sikit, dia mula panggil saya Adik

Bila Bang Caq cuti

Dia suka bawak saya naik motor petang2

Letak saya dalam raga dan biar saya tekan2 hon

Saya sangat happy time tu!!

Bang Caq kan,

Dia suka baca buku

Dan dia selalu suruh saya baca buku

Tak kira la buku apa pun..

Bang Caq pun pandai main gitar

Dulu bila dah habis UPSR

Malam2 saya selalu main keyboard dalam bilik

Satu malam tu

Bang Caq masuk bilik sambil bawak gitar dia

Lepas tu kami main sama2 lagu Menghitung Hari

Saya guna keyboard

Dan Bang Caq guna gitar

Time tu kami gelak sama2 bila dah habis

Happy nya bila ingat balik...

Bang Caq jugak selalu hadiahkan saya macam-macam,

Bang Caq selalu nasihat saya,

Saya selalu cium pipi Bang Caq,

Dan Bang Caq pejam mata, gelak sambil kerut-kerut dahi

Tapi hari tu..

Bang Caq diam atas katil

Kaku, walau saya rasa masih suam pipi Bang Caq

Bila saya cium pipi Bang Caq

Bang Caq tak kerut dahi dah

Bang Caq cuma tenang dan diam

Tapi saya tahu dia senyum dengan ciuman terakhir saya…

Bang Caq...

Adik rindu sangat..

Selamat Hari Lahir yang ke 33

Semoga Bang Caq gembira dan bahagia bersama Dik Dam di sisi Allah SWT..

...AL-FATIHAH...

[17 Mei 2010, happy 33rd birthday to my bang caq ]

::Azri-Afifi-Afini-Zaini-Zairin::
Ramadhan 2001, 2 hari sebelum raya. dah siap nak balik kampung dah.. ingat dak time ayah ambik gambar ni, first snap semua muka serius kecuali adik yang memang sengih ja! kali kedua, baru la masing2 nak sengih lebar2 bila mak kata "hampa ni letih posa sangat ka?" hehehe tapi Bang Caq still serius jugak! =)

bejalan-jalan di waktu petang

hoh??tajuk macam buat karangan sekolah rendah! tak kisah la..

petang tadi fini, yana, mek ngan kayla keluar jalan2 kat park. kira macam picnic la, siap beli ice cream, bawak cashew nuts, doritos, air semua. suhu tadi best, warm and sunny je.. kira fini pakai selipar je pun dah ok! best la.. banyak ambik gambar, so yang ditempek ni antara beberapa keping je la ye..

oh park adalah cantik sebab bunga2 dah gugur.. entah, fini nampak nice je! ala2 kat malaysia pun ada!
p/s: mana2 yang ada pic 4 orang tu, semua self-timer ye. harap maklum!

see?? ada hati lagi nak kurus! hoih... tak tahan la, ice cream makan time petang2 macam feel gila!

walaupun pakai selipar je, tapi fini rasa gambar ni sangat cantik! boleh ke puji gambar sendiri cantik?? hehehe i mean sebab latar la, bukan sebab fini pun.. *ayat poyo,huh!*

:: mek & me ::

posing sorang2.

meniarap bersama di atas kelopak bunga.

meniarap lagi ;p

saja gatai2 nak buat lompat2, tak dak orang time ni.. eh tinggi jugak fini lompat rupanya! hehehe

pose cover album macam biasa ;p

pout la kunun! pelik2..

dah tak tau nak posing apa dah..

time ni mek kata fini macam baru lepas main bola! kenapakah??

feeling2 dapat daun emas macam cerita indonesia pokok emas!

ok tu je la gambar dan cerita sikit2..