internet kat rumah adalah super slow 2-3 hari ni
macam hapa!
ni pun update sebelah router
so gambar boleh upload
start compose dari hari isnin
tapi sebab slow tahap gigil ni
malam rabu baru boleh publish
haih...
so last weekend pi host tu
silap, bukan kat Mayfield
tapi Mansfield, Nottingham
pekan kecik je
tapi nice la :)
makcik ni pun baik
sangat baik!!!
dia dok sorang, her husband died 21 years ago
dia ada 2 orang anak, Helen ngan John
semua duduk asing, tapi area2 tu jugak
macam rumah kita ngan rumah b.caq ngan baen la
so anak2 dia akan kerap mai jumpa dia
dua-dua orang tu tak kawen lagi
makcik ni dulu nurse (macam cik Siah la ni)
dia suka travel
banyak tempat dah dia pi
singapore pun dah pi
tapi malaysia dak lagi
dia dok rumah ni ngan kucing dia, Marty
ohooo comel macam garfield!
tapi as usual, saya takoooootttt :(
tengok je, pegang jangan hokeyh!
mendiang Mr Tetley. neurologist, meninggal sebab cancer hati.
Jean ngan intan. kat depan rumah dia. dia drive toyota yaris ni. nampak je tua, tapi drive laju gila! cekap beb!!!
Miss Marty yang eksen
comel rumah dia. yang cat putih tu master bedroom, yang kaler brown ada Marty tercogok kat cermin tu living room.
bilik kami
en-suite ok!
living room
dining area with piano. dia suka main, as a therapy dia kata.
living room
sofa tu ngadap tingkap ni. tempat Marty berteggek tadi. ada satu sofa macam rumah mak lang tu, yang jenis boleh angkat kaki tu, yang tu memang yang Jean. tempat fevret dia. pagi2 memang dia dok situ sambil baca Bible sejam, sambil ngadap tingkap ni. boleh nampak wind farm dari sini.
little irises kat garden Jean.
hari Sabtu, Jean bawak jalan2 kat pekan Mansfield, rumah anak2 dia, church lama ngan taman.
market Mansfield
Church of St Peter and St Paul. dibina pada 10th century.
yang cushion penuh atas kerusi tu bukan untuk duduk, tapi untuk kneeling macam fini buat tu. setiap ahli church ni buat la sorang satu bagi.
tempat baptism. letak air untuk nak baptist baby dalam ni.
kids corner. bila makbapak mai untuk Sunday service, anak2 main kat sini.
lunch kat rumah Helen. pastu mai jalan2 kat park ni pulak.
snow drops.
yellow and purple crocuses. burung suka makan yang kaler kuning. mungkin kaler purple tak berapa sedap.
macam carpet kalau tengok dari jauh!
daffodils baru mula nak tumbuh.
Jean, me, Helen, Intan
malam tu Jean panggil jiran dia dinner sama2
Mrs Amrit ni orang Punjab dari Malaysia
tapi dok sini dah bepuluh tahun
kawen ngan orang putih dah, Alex laki dia
sangat la penyayang, ramah tamah dan baik hati!!
memang orang putih sayng bini eh??
tiap2 tahun dia balik malaysia ngan amrit ni (lebih dari 30 kali dah)
dia suka gila makan durian
semua makanan, buah, tempat kat malaysia dia suka
tapi kesian la
amrit ni ada leukaemia
nampak la muka letih je
rambut pun nampak nipis T__T
Jean-Amrit-Alex-Intan-Helen-me
table for dinner
jean masak vegetable curry untuk kami. kat depa, dia masak chicken curry. tak dan ambik gambar food time tu sebab ralit dok sembang.
jean masak vegetable curry untuk kami. kat depa, dia masak chicken curry. tak dan ambik gambar food time tu sebab ralit dok sembang.
hari ahad, jean bawak pi Sunday service kat church dia. ahli pun sikit je, orang tua je semua. dah tua baru alim eh??? hahahha tapi baik je depa ni. typical orang tua British, mesra, jenis nak peluk2 semua!
Intan-Gordan-David-tak ingat-Mary-Sam (tapi dia suruh panggil David Beckham!! kahkahkah!)-Jean-Keith-tak ingat jugak-me
lunch on Sunday. Jean kata hari ahad, lunch kena besar sikit. kalau selalu sandwich je. hari sabtu kami malan sandwich je. hahaha tahan pulak perut! time tu Helen buat 3 jenis sandwiches: mackerel, tuna ngan telur. makan dengan tomato and cheese. desert ada tart.
salmon with Hollandaise sauce. hohoho droolinggggg...
desert: rhubarb and banana fool
lepas lunch, Jean hantar kat train station
train balik coventry pukul 2
happy la
banyak benda kami sembang
dan dia seronok bila tau makayah nak mai
siap ajak mai rumah
dia kata kalau susah nak pi rumah dia (ye la, tukaq train 3 kali kot!!)
dia yang mai jumpa makayah kat sini
baik kan?
p/s: lagi 16 hari, insyaAllah makayah sampai sini! hik hik hik excited beli barang untuk bilik mayakah nih!! tu la, orang lain, fini ajak tak mau mai...