ok laporan seterusnya!
naik Eurostar train dari St Pancreas International, London
nak pi Paris boleh pi naik flight, train or bus
bus memang la murah
tapi lama sangat, 10 jam weih!
time i pi dulu tak pa la
memang nak jimat kan
ni bawak makayah
bagi comfortable la kan..
nak naik flight harga lebih kurang je
so pilih naik train
saja nak try lalu tunnel dalam laut
cool weih!
mak syok gilaaa
even tak perasan pun kat mana laut, kat mana yang bawah tanah
tapi still la kagum kan
main tebuk2 laut pulak..
camni la train tu. laju! 2 jam setengah je p london-paris. tapi ni google je, tak sempat nak snap. busy tarik beg time ni.
mak yang happy naik train laju bedesuppp...
sampai Paris gare Du Nord International dah pukul 7.30pm
kalau london 6.30pm la
tapi paris kan cepat sejam..
so dah nak gelap
terus ke beli tiket train untuk 2 hari (esok and lusa)
naik metro ke hotel
makan pastu tidoq terus.
esok pagi baru pi jalan2
semua naik RER ngan metro je
ye, pi Eiffel Tower dulu
memang sebelum tu i dah pesan
jangan expect lebih2 Eiffel Tower ni
buruk :(
and yes! seperti yang dijangka
makayah macam "WHAT??"
hahahaha
ye la, kan dah bagitau
memang rangka macam pencawang letrik kat msia je
dah tu mak tak mau pulak naik atas, gayat
ayah pun dah tengok orang ramai beratur
dan2 je tak minat
sat je belek eiffel ni
sebab serabut dengan orang dok meniaga keliling tu jugak
rimas ok!
hoho saya telah menjadi garang sewaktu berhadapan dengan mereka
sebab haru depa ni,
tak paham bahasa..
bawah eiffel
bunga ni depa suka. time ni area cov ngan london tulip tak banyak lagi. once dah sampai paris, tulip dah banyak. so depa syok belek tulips je kat paris ni..
see? ayah pun suka..
macam malas layan je. i ajak jalan sampai hujung pun dah tak mau. hahaha
susah nak dapt view penuh la sebab dekat kan. kena cari dslr baru ah camni.
ni pun dari bawah
last. terus nak patah balik. serius depa tak minat. hahaha
then terus ke sight seeing cruise depan eiffel tu
dan2 muka ceria balik ;p
sunny dah. ayah dah boleh pakai shades :D
ish, masam je muka ayah. sebenarnya depa kena paksa dok atas ni. kalau dok bawah tak best weih. tak boleh feeling2 hindustan kena angin sambil berdiri jalan2 atas ni. so i pujuk jugak ajak dok atas. hahahaha sejuk la sikit. tak pa, bukan selalu kan???
mak dah siap pakai gloves. lama jugak cruise ni, almost an hour. sebab nak lalu all 27 bridges kat sungai ni. boleh nampak bangunan2 lama kat paris ni jugak. sebab memang tak sempat pi semua pun. so at least tengok pun ok la kan? :)
ha, muka semangat tu!
Notre Dame. depa tak mau pi jugak. depa minat shopping ja.. malas dah nak tengok sejarah2 dulu semua. ayah kata dia tengok banyak dah muda2 dulu, hahaha.
mak sejuk, so i tolong peluk laa..
ok time ni bot dah patah balik, boleh dah dok bawah. ni kat bawah dah..
see? kat bawah kena duduk dalam cermin macam tu. tak best sangat. tapi ok la, warm. pekena hot choc kat bawah ni, lagi rasa lega :)
dari eiffel tower naik RER
then tukar naik metro ke Richelieu Drouot
sebab? sebab nak pi hard rock cafe
dah macam wajib pulak..
hard rock cafe paris. ciss, mahal macam barcelona! dublin jugak murah. london ok la.. kat sini beli yang bfifi je la.
time ni masing2 dah lapaq
so nak cari kedai halal area ni macam susah
kedai halal banyak kat Les Halles
so terus ke Arc de Triomphe ngan Champs Elysees
sebab ada fast food kat situ..
Arc De Triomphe. mak tengah happy ni!
ni baru muka atak senyuuuummm!
sempat jugak menyinggah dalam sephora. and yes, i got what i want, hahaha!! dulu time mai dengan kawan2, haram depa tak layan pun. mai ngan makayah, amboihhh semua benda nak bagi kan. nak mekap la, tester la, tanya tu, tanya nih! cissss!
dah petang ni, kira lunch jugak ke? makan fillet burger kat Quick ni. nak carik nasik susah. tak pa la ayah na, sekali sekala :)
LV memang customer service superb kan. memang patut pun, sebab harga mahal nak mamposss! kalau i yang beli, memang kena posa sebulan :( shawl kosong setakat print LV keliling pun dah €375! gilo! (ye la, dah tak mampu kan, dan2 nak emo!)
time ni dah nak gerak balik. sebab dah nak hujan. sampai Les Halles hujan lebat. so balik la hotel..
esok pagi tu sempat jugak pi Les Halles
makan semua
then balik bilik
packing and gerak ke Gare Du Nord
sat je, tak puas sangat la makayah jalan
nanti mai lagi na..
kita pi Disneyland nak???
ni dalam RER. train jenis 2 tingkat.
france ni femes ngan cheese, pastry n choc. so bawak la try makan pastry kat kedai2 macam ni. belakang hotel je pun.
mak yang memang suka roti2 n kek2 ni.
Gare Du Nord International. dah nak masuk departure hall.
ok! dah gerak balik London. (p/s: kacak kan menantu sebelah ayah tu???muahahaha)
so kat London hari tu 2 malam
Paris ni 2 malam
then balik London ni lagi 4 malam sebelum balik Coventry
sambung nanti pulak okeh :)