Wednesday, April 13, 2011

ehem, kembali bersiaran! "makayah di london"

ye la ye la..maaf la lambat kan
sila la marah
ni semua salah internet
ok fine, kadang2 sebab i malas jugak
syaitonnir rajim ni! haih...

so gambar2 ni time second day kat london
1st day sampai dah petang
check in kat Whiteleaf Hotel pun dah almost 6pm
rest, dinner, jalan2 kat Bayswater sikit terus balik bilik tido..
esok tu bawak jalan2 pusing London
pi tempat2 yang significant la
shopping, museum semua lepas balik Paris

kat sana semua gerak pakai tube je
tak pun jalan kaki
alhamdulillah kuat makayah jalan!
ayah memang suka bab2 jalan ni
surprisingly, mak pun hebat okay!!
minum sarang burung ye mak??
hehehe

i bagus tau
sambil jalan, sambil cerita sejarah semua
tunjuk semua benda
macam tourist guide bertauliah gitu
tak sesat langsung weih
hebat kan??
hehehe


first stop, Trafalgar Square. time ni burung tak banyak (selalu banyak gila burung kat sini) sebab depa tengah cuci fountain keliling tu. rugi la, kalau tak fountain tu cantik jugak.
then sambung jalan ke ke Jubilee Bridge untuk cross Thames River.

on the bridge

lepas dah cross. belakang mak tu London Eye

in front of the London Eye

jalan along the river untuk nak cross bridge belakang ayah tu nak pi ke sebelah sana pulak.

atas bridge tadi. belakang tu Big Ben ngan Parliament House.

lalu sebelah Westminster Abbey ni depa tak minat la. nak ambik gambar pun tak mau. eksen nih, hahaha

sambung jalan ke St James Park untuk tembus ke Buckingham Palace. kat park ni stop lepak minum2 sambil makan chocolate ngan keropok. best je tengok orang ngan burung2.

depan Buckingham Palace. dah banyak prepartion untuk royal wedding nanti. broadcast van pun banyak. mungkin William ngan Kate berarak dari sini kot. tapi nanti diorang dok Kensington Palace (lepas balik Paris baru pi situ pulak), tempat Princess Diana dulu. pak guard Kensington Palace tu siap bagitau William n Kate tu nanti dok kat apartment 8 dalam istana tu. ceh, macam boleh pi melawat je. ingat jiran ke?
walaupun gate kecik ni bukak, tetap la tak boleh masuk kan. but i dont think Queen ada time ni..

main gate

sambung jalan sampai tembus ke backyard Horse Guards Parade.

Old Admiralty Building, kembar ngan Horse Guards Parade.

muka kejung, badan tegak je guard ni. kesian, nak senyum pun tak boleh. makyah lepas tu suka, gelak2 je ;p

kuda ni pun kesian. nak pi mana2 pun tak boleh, berak pun kat situ je. mesti lenguh eh? hoho, 2 kali i mai sini tetap la tak berani jugak nak berdiri dekat2.

jalan sikit dari Horse Guards Parade entrance akan tembus balik ke Trafalgar Square. dari situ naik tube ke Hyde Park Corner. ye, sebab nak pi Hard Rock.

eh 2 orang ni.. kat sini beli tshirt bfifi (lagi?), baan, b.et ngan cik kak. tehn, naik tube balik nak pi Tower of London ngan Tower Bridge.
Tower of London, bangunan paling tua kat London. muka penat dah time ni, hehe

belakang Tower of London ni ada Tower Bridge. lalu kot tepi ni la untuk ke Tower Bridge tu.

tengah2 Tower Bridge.

Tower Brdige. dulu, harta2 n jewellery kerajaan British simpan dalam menara tu la. i baca dalam buku la. lepastu konon berhantu pulak menara ni sebab ada kerabat kena kurung la, bunuh la..

time tu dah petang
mak dah nak ajak balik dah
tapi ayah teringin nak pi Royal Albert Hall
alaa tempat siti buat konsert dulu tu
Allahyarham sudirman pun pernah dijemput buat performance kat sini
so kami pun naik tube turun kat nearest station, South Kensington
dari situ jauh jugak la jalan nak pi Royal Albert Hall ni
tak pa penat
janji hati gembira!
tapi serius la kuat gila depa jalan
i pulak yang sat2 nak minum la, ice-cream la ;p

entrance

dari tepi

then balik hotel
dinner pun kat hotel je
nasib baik ada halal indian restaurant kat hotel
so tak payah dah nak cari kedai makan lain
malam tu tido awal, letih kan..
esok pi Paris pulak
next entry okeh!

sekian saja laporan perjalanan percutian pertama Haji Akib dan Hajjah Majmin di kota London. sehingga bertemu lagi di entry akan datang. Afini Akib melaporkan dari 13 Westminster, Coventry. ^_^

p/s: i dont know apsal pictures while composing nampak blurry n tak sharp. tak tau la bila dah publish ok ke tak. tapi sebelum ni kat iPhoto terang, nice je! haih.. macam2..

4 comments:

ratna said...

muka ayah fini serius jer dlm gambar.. ngapa gambar fini satu jer.. ?

LynnAiza said...

like all pics..mak ayah sangat gagah bjalan ea..kagum2..

p/s:gojesss gilee reporter dr coventry tuu..krm slm peliss..hehehe~

afifi said...

finally.. thanks for the update but we want more.. we want more.. haha

afiniakib said...

k.ratna:
ayah dari dulu lagi ambik gmbar muka serius. bila suruh senyum, ayah kata habis senyum dah ni! hehe
oh abg fini suruh fini jadi camerawoman je, tak payah dah letak gmbr fini byk2 :(

lynn:
:)))
p/s: the gojes reporter tu kirim salam kat u jugak. hahaha (i rasa cam nak tampar diri sendiri ;p)

bfifi:
yeah, i dah bagi! ;p