Wednesday, February 16, 2011

apom balik

apom balik ke apam balik?
fini sebut apom balik rasanya
mungkin kl sebut apam balik kot
tak kira ah
janji benda yang sama :)

kayla (again??) try buat last week
jadi weih!!!!!!!!!
tenkiu kayla
kagum melampau nih
senang je sebenarnya
tak pa
balik nanti adik buat eh?
baan dah tak payah singgah beli kat kedai depan dah
baik kan adik ni??? :)))

nah resepi kalau ada yang teringin:

untuk 5 org: (eh depend sebenarnya. kalau suka tebal, dapat sikit. kalau suka nipis, dapat banyak)

2 cawan self raising flour
1/4 cwn gula
1 tspn soda bikarbonat
1 tspn baking powder
1 bijik telur
1 1/2 cwn susu segar
Pewarna kuning

ayak tepung ngan soda bikarbonat n baking powder
pukul gula ngan telur smpai kembang
pastu masuk tepung ngan susu
letak la pewarna kuning sikit
kalau tak nanti pucat je, tak menarik pulak
then biarkan sejam

Filling:
Blend / kisar / mesin kacang
Blend jagung ngan gula satu sudu (kalau suka jagung hancur, mesin lama. kalau suka jagung tu tak hancur sangat, mesin sat ja)
Masak jagung yg diblend ngan susu segar (1/2 cwn) dan 2 tblspn tepung castard
*alaaa, kalau nak senang, beli je corn in cream dalam tin tu. tak payah nak blend masak bagai. ni sebab kami ni anak dara rajin. kih kih kih*

Masak:
panaskan kuali / belanga / pan
senduk bancuhan tepung yang dah dibiarkan sejam tu
ratakan atas pan
kalau suka tebal, buat la tebal
kami suka tak tebal sangat, tak nipis sangat
*jangan letak minyak kat pan,nanti apom balik jadi buruk*
dah separuh masak,baru ltak kacang, jagung, gula (ikut ah nak banyak mana. lagi banyak lagi mencengkam jiwa kan??)
suka hati nak garing macam mana
lepas tu lipat and voila!!!

satu lagi hasil terbitan anak2 dara 13 westminster!! hahaha

dulu

semalam ada ceramah/tazkirah maulidur rasul kat prayer hall uni
ok2 jom selawat banyak2
"Allahumma solli 'ala muhammad, wa'ala ali muhammad"
tapi jangan la selawat banyak sebab maulidur rasul je
hari2 kena selawat kan?
baru la berkat...

eh tapi kan
semalam time kat prayer hall tu
sebelum start ceramah
ada la dok try selawat ngan intan, yana n kayla
kan selawat ada banyak lagu kan?
pastu kan tiba2 ingat time kecik..

ok, tak la kecik sangat time tu
tapi kira umur skolah rendah ngan skolah menengah la
kalau masuk bulan maulud (rabiul awal)
tiap2 minggu balik merbok tu
fini mesti ikut tok pi 'berdah'
tau dak 'berdah' tu apa?
bahasa betulnya 'burdah'
alaaa jenis2 qasidah, berzanji semua tu la..

time tu jenis pi berdah kat rumah geng2 tok (geng pompuan je ni)
kadang2 rumah tok (time ni fini selalu kena gelak dengan makhluk 4 orang tu)
pastu rumah tu buat la makan2
selalu buat hi-tea la
banyak cucur nih!
oh sedaaaaapppp....

berdah ni baca tengok buku la
memang pitam ah kalau nak hafal
panjang tu!
selalu sebulan lebih baru boleh habis satu buku tu
cerita pasai nabi
dari nabi kecik, peristiwa yang jadi, makayah nabi semua la
sirah dalam bentuk lagu dan selawat
phrase yang paling kerap diulang ialah "yang melia"
kalau pikiaq2 balik
ada la sikit yang fini ingat, contoh macam
"ya rabbi solli 'ala rasulikal mustofa,
wa alihi saliman wasohbihi shurofa"
yang lain dah lupa :(

tapi best la kalau ingat balik
berdah sikit punya elok dah
pastu kalau silap masuk lagu
boleh pulak stop gelak dulu
hahahahaha
comel tau kalau orang tua buat silap
depa macam "eh, tak kena ni. sekali lagi sekali lagi"
hehehe

fini je budak kat situ
yang lain semua kawan2 tok
antara geng tok:
mak ngah siah, tok ndak yam, tok su mah, mak teh hindun, mak ngah piah, mak lang timah, tok teh yah (Allahyarhamah - al fatihah) etc
ni semua sebaya tok ni (65 dan keatas)
best kawan ngan depa ni, dimanjai tau!!

bila ingat balik
rasa best laa
tak pa2, lepas ni berdah ngan mak pulak ah!

semalam.lepas ceramah, ada makan2!

Wednesday, February 9, 2011

sorga!!

since ada laksa dalam kotak yang dapat dari malaysia hari tu
terus la si kayla ni masak
Ya Allah
sedap menangis nih!!!

kalau mak masak = 10/10 <-- terbaekkkkkk!!! sorga idaman lah!
boleh kata satu family suka laksa
kecuali baen
baen dia suka mee (macam alia)..

laksa ni standard kegemaran adalah sama macam masak lemak rebung
terbaekkkk!!!
kalau wentmorth miller ngan gong yoo mai duduk kat sebelah pun mungkin akan suruh depa tunggu sat
perabis laksa bermangkuk-mangkuk dulu
baru boleh "oh, hi sexy!" <--- mulut bau ikan! wakakaka

kalau mak buat laksa
i think half of the periuk would be in my stomach je
memang berulang 4-5 kali ah
sedap tak tau nak habaq nih!!
kesedapan tu like bila makan
sampai pejam2 mata, sambil kepala geleng2
ha, boleh imagine dak?

cara makan terbaik:
laksa
kuah kena banyak (tok suka kuah sikit)
telur rebus (yolk kasi penyet ngan kuah)
nenas
salad
bawang
kicap (core!!!)
timun (optional - tapi baan suka)
cabai melaka

fine la!
memang gemuk la kan
asyik makan je kerja
tapi memang cannot resist the temptation la
so harus makan sampai boncitttt!!!
hahahaha

dan2 rasa lapaq, haih...

oh kayla
percayalah yang laksa mu ini sedaaap
even tengok gambar ni pun terus rasa meleleh balik
*wink, nanti buat lagi eh??*

Tuesday, February 8, 2011

change



sekarang dah getting warmer
no more minus 0
lalalala suka!!
jari dah tak bengkak2 macam sosej
winter kalau lapaq sangat
tokak jari je
sebab dah bulat2 macam sosej
merah2 lagi!
macam half-cooked dah ni!
ok.tipu. tak dak la sampai nak makan jari sendiri kan?
tapi betul la
macam sosej ok!!

pre-spring
bunga baru nak bertunas or dah ada kudup
insyaAllah by the time makayah sampai
it will get warmer, sunnier and lots and lots of blooming flowers!!!!
heaven kan??
insyaAllah, semoga semuanya lancar
40 hari lagi :)))
over kan? nak kira2 hari
hahahaha

tapi still sejuk jugak sekarang
cuma dah tak payah nak pakai tebal melampau
shirt ngan jacket or sweater should be ok
nice la, i like!!

tunggu bus ngan fizah ^_^

Monday, February 7, 2011

annyeonghaseyo!!

sapa tengok cita korea
should know the title la kan?
maksud 'hello' je pun
last week besday intan
so decide nak masak korean dishes
sebab budak tu fanatic ngan korea!
everything pasai korea
semua best la kat dia
so masak2 dan makan2 la
tapi fini tolong sikit2 je
mek ngan yana in charge pasai main course
i just baked the birthday cake
carrot cake with cheese filling
nice!!

the lauk untuk nak gaul ngan nasi so that nanti jadi bibimbap.

japchae (cellophane noodle)

seaweed soup. tradition korea, time birthday kena makan sup ni.

jajangmyun (black bean noodle)

bibimbap (nasi campur)

compare to this.
yang ni makan dengan abang zaidi kat orchard road singapore tahun 2008 dulu. yang ni authentic lagi la (of course) sebab memang korean cuisine restaurant. dalam ni ada semua yang dalam previous pic, tapi ni ada kimchi ngan taugeh. plus, the rice is more sticky. btw, fail makan dengan chopsticks! so harus guna fork n spoon je. abang zaidi harus la pantas je guna chopsticks kan..


my carrot cake :)

siap buat layer cheese dalam tu. dah pandai kan afini sekarang??


happy birthday intan
(ok dah lama lepas pun!)
semoga sentiasa dirahmati Allah
semoga berbahagia selalu
semoga diringankan jodoh (ang suka part ni kan tan??)
amiiinnn...

Thursday, February 3, 2011

you..

you have seen ...
you have heard ...
you have smelt ...
you have touched ...
and yet ...

motif bagi ayat macam ni??
ok fine, teacher kan!
harus la pandai lagi bijak bestari buat poem ni semua kan? nice!

haipppp mood puitis, sila meresap sekarang!!!

but i think this one is really nice (for me):
'an empty house is not a home
i don't want to be cold and feel afraid'
[Atlantic by Keane, 2006]

Wednesday, February 2, 2011

rumah incik attache

ok lambat
pi london hari sabtu
hari rabu baru nak cerita
ni pun sebab tak dak kelas
so boleh update :)

attache ni baru sampai dalam 3 bulan la
ganti ustaz erfino yang dah tamat bertugas 31.12.2010 hari tu
baik n lawak encik ni
sangat welcoming!
siap suruh tidur rumah dia kalau mai london (courtesy je kot)
rumah dia dekat je la ngan malaysian hall
his wife, kat ratna pun sangat baik!
muda lagi, cantik, lembut je :)

rumah 2 tingkat. kat bawah (under ground) ada 3 bilik.

ground floor. ruang makan

ground floor. ruang tamu.

attache malaysian students department london, encik shahrul nizam. minat betul dia ngan Top Gear. pi kawan ngan bfifi nuh! (lucky me, sebab tau this show and have a fanatic Top Gear + The Stig bro. so boleh la sembang sikit2 ngan encik ni ngan anuar)

2 little girls in this beautiful house, izzah (7 tahun) and laila (2 tahun). laila baru belajar cakap sikit2. so cute!!! sobs, terubat sikit rindu kat alia bila peluk laila ni T__T

me with Izzah. best kan kecik2 dah sekolah kat sini.
baru sekolah sebulan, cara dia cakap pun dah ada accent british dah. betul la theory budak2 pick up new language lagi cepat dari orang tua (after puberty usually) :(

from left: kayla, mak ngah (mak sedara encik attache), kak ratna, me with laila
depan: intan, izzah.
dalam cermin: anuar
time ni encik attache tu keluar pi airport ambik sapa ntah mai london.
[over gemuk pulak dalam gambar ni, pffftttt.. ]

hati adalah gembira
sebab dapat banyak food dari malaysia
tapi tak dak la belacan or rojak mak bee segala
cukup la cabai kering, kicap, sardin, bihun dan laksa
oh yeah!!! nak buat kenduri laaa!!

eh, macam pantun kan??