Wednesday, December 23, 2009

edinburgh part 2


so sambung lagi cerita pasai edin ni.. bandar yang besar dan terkenal dan ada ramai muslim jugak. jadi banyak la kedai makan yang halal.. tak macam kat coventry, sikit sangat kedai yang halal! tu yang kena masak sendiri selalu..

kat edin jugak ada masjid yang agak besar! bestnya.. rasa lama dah tak masuk masjid! kat covenrty pun ada sebuah masjid kat Sloney Slanton Road, tapi masalahnya perempuan tak dibenarkan masuk! ntah apa2 ja.. frust jugak la! tapi boleh merasa masuk dalam Edinburgh Central Mosque ni rasa syukur je ^_^ cantik masjid ni. fini sempat sembahyang 2 kali kat situ. kebayakan yang muslim kat sini bangsa Arab dan Pakistan la. dan Melayu ni kalau ramai ialah student! tapi orang putih pun ada jugak, walaupun fini hanya jumpa 2 orang..

oh ya, sebelum terlupa, fini dengan happy nya ucap TAHNIAH to my beloved cousin, annisa qabila aka nini sebab dapat 8A dalam PMR!! tahniah, tahniah dan tahniah! semoga terus cemerlang~

dan lagi satu, esok fini akan ke London kan, insyaAllah 4 hari.. dan selama itu jugak blog ni tak boleh nak di update kan.. mintak maaf la ye.. tapi kalau ada iphone boleh la nak update selalu, kan bfifi?? insyaAllah, lepas balik nanti kalau dah dapat semua gambar fini akan letak dalam blog. so jangan ada yang mogok tau =)


Tuesday, December 22, 2009

jeng jeng jeng!

sekian lama berdiam diri, akhirnya fini muncul juga atas permintaan ramai! cewaah!!!! hahaha sebenarnya kalau boleh cepat2 nak upload blog ni dengan macam2 cerita, tapi masalahnya gambar2 fini kat scotland tu tak dak ngan fini sekarang.. ada dalam laptop kak alia. fini pi dengan dia, dan memory card camera tak cukup, so tiap hari lepas ambik gambar simpan la dalam laptop dia. bila dah balik mai sini, dia pulak sibuk tak berhenti sampai nak pi umah dia ambik gambar pun tak sempat. kononnya dia nak letak dalam pendrive dan fini pi ambik hari ni, malangnya dia terbawak pendrive tu skali dengan dia ke Sheffield dan 27hb ni baru dia balik.. huhuhu so terpaksa la fini update gambar yang mana ada dulu.. mintak maaf semua =(

ok la apapun, bandar Edinburgh,Scotland memang sangat best dan cantik!! keseluruhannya edin ni sebuah bandar yang penuh nilai sejarah, nature yang cantik dan masih mengekalkan bangunan2 lama. walaupun depa nak buat bangunan baru, tapi masih dibina dengan design yang klasik supaya nampak seolah2 bangunan lama jugak! rajin je..

kalau ke Scotland atau spesifiknya edinburgh ni, mereka sangat terkenal dengan kilts (corak kain yang kotak2 tu), bagpipes (macam hero dalam cita hindustan Sanggam main time scene kat tepi sungai lagu nahi kabhi nahi), whiski, sejarah zaman dulu2 dan bandar edin sendiri yang kononya berhantu!

best sangat sebab fini sempat melawat hampir keseluruhan tempat kat sini. antara tempat yang fini pi ialah Leith, New Town, Old Town, Holyrood Park, Grassmarket, Victoria Street, Mary King Close dan Ocean Terminal.. banyak gambar fini ambik kat semua tempat ni, insyaAllah fini akan upload nanti! buat sementara ni tengok la yang mana ada dulu eh..

yang best jugak, hari kamis tu turun salji kat sana! memang perak jugak la mula2 tengok.. tapi memang sangat2 sejuk! sakit je badan, jari2 pun macam pelik ^_^
yang ni time mula2 salji turun, tapi time ni tak panggil snow lagi, tapi sleet sebab ais tu turun dengan air! gambar fini yang tengah tu.. dari kiri tu Munirah (budak medic study kat edin uni), Fatiah (study kat edin jugak, audio), fini, intan dan kak alia (yang bawak kami ni..)

yang ni fini kat atas puncak bukit kat Holyrood Park. time ni angin sangat kuat dan sejuk.. esoknya, bukit ni semua bersalji, nasib baik sempat pi.. (cik kak, "rama-rama" tu nanti la i letak.. hehehe)
yang ni kat padang depan rumah yang fini tumpang tu.. ni time pagi lepas subuh, terus lari ke bawah nak pi main salji! balik rumah je, menggigil cari heater ^_^

Monday, December 14, 2009

my holiday!

sambil type untuk entry ni, fini sebenarnya tengah mengemas beg! yahooo!!! my journey continues ^_^

so plan fini untuk cuti ni ialah 15-18 dec (esok la kan), fini akan ke Edinburgh, Scotland! kami pi 3 orang ja tapi kat sana ada kawan, so tumpang la.. jimat dah accommodation kan??insyaAllah fini pi naik train (5 jam) dan ada kat sana 4 hari.. untuk pengetahuan semua kat sana sekarang dah salji! hmm tak tau lagi la nak cerita macam mana salji tu sekarang, dah heavy atau baru sikit.. dan kat sana jugak ada tempat untuk ski! teringin jugak nak try, tengok la kalau berkesempatan mungkin fini akan snow skiing =)

lepas tu kalau ikut plan 20-24dec fini akan ke Portsmouth, England. tak jauh sangat, 2 jam je dari sini.. tempat ni cantik, tepi laut dan ada beberapa pulau yang boleh dilawati. tapi malangnya terpaksa dibatalkan pada saat2 akhir T_T .. sebab cuaca sekrang tak mengizinkan. musim sejuk tak digalakkan ke situ, so mungkin time spring atau summer nanti la baru ke sana pulak.. huhuhu

ok dan yang ni semua dah tau, fini akan ke London 24-27dec insyaAllah.. yang ni pun jimat jugak sebab tumpang rumah kawan2..

doakan semoga semua plan ni akan berjalan lancar dan gembira.. kita hanya merancang, dan sebaik-baik perancang hanyalah Allah.. esok fini bertolak dari sini pukul 10pagi, dan dalam 4 hari ni tak dak la apa2 entry baru ye.. ^_^

Saturday, December 12, 2009

cuti bermula!!

hari ni dah start cuti! bestnya... hahaha ^_^ so mari kita bertukar ke mood percutian ok??

hari ni kami dapat tetamu2 dari london. kawan2 jugak la.. depa mai coventry tumpang kami, nanti kami pi london tumpang depa pulak! yesss!! depa ni pun mai sebab nak bercuti la, sambil ziarah kawan2. kat sini, bila dah jauh dari family, kawan yang tak berapa rapat pun jadi rapat! masing2 rasa happy bila boleh jumpa.. dan yang fini tak sangka jugak, antara kawan2 yang mai dari london tu, salah sorangnya kawan fini time sekolah rendah dulu! bukan time dok darulaman, tapi time sekolah ahmad tajuddin dulu. pergghh memang lama sangat dah, tapi still dia boleh cam! nur ilham ainaa nama dia, dan kami pernah lawan pidato sama2 dulu! memang seronok dapat cheerish memory, hahaha...

pasai holiday lagi, house-mate fini, saiful dah mulakan trip dia hari ni! express betul kan?? so hari ni dia pi new castle (england) pi jumpa kawan dia, dan esok dia akan ke PARIS!! best,5 hari dia kat paris.. mesti syok boleh pi Eiffel Tower, butik2 yang memang superb macam LV, prada, channel dan macam2 la!

dan esok jugak ada yang akan bertolak ke spain! yang ni lagi best, depa pi sana seminggu! spain ni yang best sebab ada sejarah tentang berkembangnya Islam ke Eropah.. boleh melawat Masjid Cordoba (antara masjd tercantik dan terbesar), Istana Alhambra dan kesan tamadun Islam pada zaman khalifah..



lepas tu ada jugak yang akan ke Ireland.. yang ni pi ireland sebab ada program motivasi! kira sambil berprogram sambil jalan2 la kalau sempat..

fini punya plan?? relax dulu, nanti fini tulis! fini pun ada plan jugak tau.. baeeek punya!
p/s: bfifi u jangan bagitau sapa2 tau my plan tu! nanti i tulis dalam next entry.. hehehe ^_^

Thursday, December 10, 2009

last week!!

minggu ke-10 dalam penggal! memang best sebab ni minggu last.. start minggu depan kami akan cuti sebulan! ni dipanggil winter break.. masing2 seronok plan trip untuk cuti ni! maklumlah, first time. hehehe..
musim cuti ni jugak sempena Christmas..dari apa yang fini tau dari lecturer, time christmas nanti,25hb, semua kedai akan ditutup dan tiada perkhidmatan bas! memang raya habis la depa.. pekan akan jadi sunyi, dan semua orang akan dok dalam rumah masing2 berkumpul dengan family.. ^_^

tapi yang bestnya, 26hb ialah Boxing Day! boxing day ni ialah time semua kedai akan dibuka dan akan dijalankan lelong habis-habisan! best kan??? mengikut plan, time ni fini mungkin akan ada kat London, insyaAllah.. nanti fini cerita secara detail plan fini time cuti..

tapi, bila nak cuti sebulan ni, banyak la pulak assignment yang dapat.. adeeii nak bercuti dan bersuka ria pun sikit2 je la! tapi ok jugak, kalau tak dak kerja langsung nanti masuk second term rasa blur sangat pulak kan? =)

Wednesday, December 9, 2009

Birmingham - Frankfurt Christmas Market~ Part 2

disebabkan masalah bulanan seperti biasa, fini tak dapat nak update blog la semalam.. mintak maaf semua! so sambung hari ni.. ni ada lagi gambar fini kat birm..

birm ni sesuai sangat untuk orang yang suka makan dan membeli belah!! hahaha memang heaven la ^_^ shopping mall memang saaangat besar, tak semapt nak explore habis! dan kat sini jugak ada china town, tempat jual makanan asia yang besar dan best!


ni fini naik Marry-goes-round! best tau naik kuda ni, rasa macam budak2 pulak..








birm memang best! tak puas pi sehari je.. tak pa, nanti fini pi lagi..

Monday, December 7, 2009

Birmingham - Frankfurt Christmas Market~

hari ni fini cerita pasai pi jalan2 kat Birmingham pulak! sebenarnya tujuan pi birm ni semata-mata nak ke Frankfurt Christmas Market.. market ni besar jugak, dibuka dari pukul 9am-10pm dan hanya ada time winter(ye la, untuk christmas..) kenapa namaFrankfurt padahal ni kat UK, bukan kat Germany?? kononya sebab semua barang2 kat situ
(contoh: handcrafts, foods, beers, clothes, chocs etc) dibawak dari Germany..

fini pi pukul 2,naik train dari coventry dan sampai dalam pukul 3, dah gelap! memang tujuan ke sana time gelap, sebab market ni sangat happening dan cantik time tu!
ok ada lagi gambar2 yang best! esok pulak fini sambung eh...