Friday, January 1, 2010

scotland lagi!!

sambungan mengenai Scotland.. entri ni fini banyak letak pemandangan. tapi tetap la, gambar fini akan terselit jugak ye!!
ni pemandangan sebaik menjejak kaki di Edinburgh.. baru pukul 5pm, tapi dah macam malam. cantik kan?
Ferris wheel kat funfair tu.. besar jugak la!
pemandangan dari atas ferris wheel.. ada tempat ice-skating, tapi tak sempat nak pi main sebab beratur panjang sangat!
yang ni dalam perjalanan balik rumah, lalu depan George Heriot's School. ni sekolah untuk anak2 orang kaya je.. kira elite school la!
kalau kat Malaysia, tempat ni kita panggil dewan bandarayaya..
Victoria Street yang suatu ketika dulu terkenal sebagai tempat pembunuh bersiri menyimpan mayat2 mangsa yang dibunuh untuk dijual.. konon2 kat sini macam berhantu la.. =(
dalam masjid kat Edinburgh.. ni pandangan atas, sebab tempat solat wanita kat atas.
banyak senibina lama yang masih dikekalkan termasuklah jam ni yang masih lagi berfungsi!
dinding bangunan Parliament.. kotak2 kat dinding tu penuh dengan kata2 bekas pemimpin atau aristokrat dulu2..
The Queens's Gallery depan Palace of Hollyrood House..
namapak tak chapel yang fini ambil gambar dalam entri sebelum ni? tinggi jugak kan bukit ni??
ni kat puncak batu, gaya ala2 phoenix bangkit!! hahahaha
ni pandangan Edinburgh dari atas bukit..
kat tengah2 gambar ni, kecil je, ada satu monumen yang dibina di Calton Hill..
ok ni gambar monumen di Calton Hill selepas zoom.. sebenarnya zaman dulu, depa nak buat monumen ni sama macam yang kat Rome, tapi tak jadi sebab ramai sangat yang mati time pembinaannya! so dipercayai ni pun salah satu kawasan berhantu jugak.. memang Edinburgh ni dikenali sebagai 'haunted city' selain daripada 'historical city'..
tasik yang fini ambil gambar dalam entri sebelum ni.. gambar ni diambil bila dah turun bawah..
ni la Hollyrood Park, semua kawasan bukit bukau dan termasuk Palace of Hollyrood House pun dalam kawasan ni jugak. Arthur's Seat dan Crags Cliff yang fini panjat pun dalam kawasan ni..
dalam pekan.. ada kedai makanan Malaysia! oh yeahh!! nama cina, tapi halal sebab tukang masak Melayu.. tapi fini tak makan kat situ, sebab pi makan kat kedai Turki.. esok fini cerita pasai makanan pulak!
ni time salji mula turun.. lebat kan??
dalam Ocean Terminal. The Royal Yacht Britannia ni antara tempat kegemaran Prince Charles, William dan Harry dulu. tapi fini tak minat la nak masuk.. dah la kena bayar, lepas tu setakat nak tengok pasai kapal dan laut, adeeeiii mintak maaf la.. tapi untuk yang minat atau teringin nak jadi sailor, silakan la..
ni coffee house dalam ocean terminal yang sangat besar!
ni puncak Arthur's Seat yang bersalji. gambar ni dari Ocean Terminal. nasib baik sempat pi sebelum diliputi salji..
pekan2 lama..
ni pintu masuk Mary King's Close. disebabkan persekitaran yang lembap, gelap, kotor dan sempit zaman dulu (ye la ramai kan orang miskin yang kena hidup bawah tanah ni), ramai jugak yang mati.. so ni pun dikira kawasan yang paling banyak hantu! depa kat sini sangat percaya la.. adeeiii T_T
ni pose terakhir sebelum naik bas nak pi train station..

ok esok fini sambung last past pasai Scotland!

sebelum tu lupa nak ucap dalam entri sebelum ni, Selamat menyambut tahun baru 2010. semoga keimanan dan ketakwaandapat ditingkatkan! semoga sentiasa mendapat kebahagiaan disamping keluarga dan semoga terus berada di dalam rahmat dan maghfirah Allah S.W.T. insyaAllah..

Thursday, December 31, 2009

scotland

walaupun dah lama balik dari scotland, tapi ni la baru sempat nak update gambar dan cerita secar detail.. mintak maaf semua! so jemput la melihat sedikit sebanyak ya!!ni time mula2 sampai kat edinburgh (cara sebut ialah 'edinbere').. sampai je kat sana, pi letak beg kat rumah terus keluar jalan2 kat town! time tu pulak ada christmas and new year festival! tu yang ada segala macam funfair tu! cantik dan best..
lepas penat jalan, sebelum balik rumah dalam pukul 11pm, singgah minum kat Chocolate Soup.. memang sedap dapat minum Hot Double Premium Chocolate time letih dan sejuk macam tu.. nanti fini letak gambar air tu.. kat sebelah fini tu, Kak Iffa Rashidah, study pasai visual kat edin ni.. kami tumpang rumah dia la..
on the way balik rumah.. atas bukit kat belakang tu ialah Edinburgh Castle. memang besar dan cantik!! kedudukan yang strategik untuk pemerintah zaman dulu.. bahagian hadapan ialah laut, dan belakang ialah gaung! untuk pengetahuan, Edinburgh ni ialah sebeuah bandar dekat dengan laut.. sebelah kiri tu Kak Alia, dia yang bawak kami mai Scotland ni!
esoknya, berjalan keliling bandar yang bersejarah ni dengan sorang tour guide. kami menumpang je sebenarnya.. hehehe dia ada bawak group pelancong yang lain! sebelah kanan tu Kak Fateah, study pasai audio kat edin, dok satu rumah dengan Kak Iffah..
ni kat depan hall University of Edinburgh (tempat Amalina belajar la ni).. hall ni digunakan time graduation day.. universiti ni scatter, tak berpusat macam kebanyakan universiti lain..
depan Queens Gallery. belakang gallery ni ialah Palace of Hollyroodhouse, istana yang digunakan oleh Queen Elizabeth kalau dia mai Scotland ni..
depan Parliament House..
depan Palace of Hollyroodhouse..
pintu pagar Palace of Hollyroodhouse.
time nak mulakan pendakian di Hollyrood Park nak ke Crag's Cliff.. tinggi jugak Arthur's Seat ni! kalau kat Malaysia mau berpeluh jugak! tapi kat sini memang sejuk yang amat, so tak berpeluh langsung..
separuh perjalanan ke Crag's Cliff.. cantik tasik kat bawah ni..
ni kat puncak dah, cantik dan sejuk sangat!!!! tiba2 rasa macam dalam cerita Hindustan pulak ambik2 gambar kat puncak2 bukit.. hehehe gayat jugak sebenarnya.. ^_^
kat sebuah chapel yang pembinaannya terpaksa dihentikan zaman dulu.. ni pun kat puncak bukit jugak la! rasa macam romantik pun ada jugak! =)
ok yang ni kat Ocean Terminal.. ada Royal Yacht Brittania dan shopping mall dalam ni.
ni dalam Ocean Terminal.
berlatarkan laut kat Ocean Terminal.. sebelah kanan fini ialah Munirah (study medic kat edin) dan Kak Nurul (study biologi kat edin).
lepak minum coffee kat coffee house Ocean Terminal..
halaman belakang masjid, singgah nak sembahyang. ni first time salji mula turun untuk tahun ni kat edin.. nampak tak bijik2 putih tu??
pintu masuk ke Mary King's Close, sebuah penempatan bawah tanah untuk rakyat zaman dulu.memang ada rumah2 macam biasa, tapi gelap dan lembap la.. zaman dulu, orang2 miskin tak dibenarkan tinggal kat bandar edin ni, depa kena dok bawah tanah je, ni la tempat depa, Mary King's Close..sekarang tempat ni jadi tarikan pelancong je..
ni baru turun dari bas nak balik ke rumah Kak Nurul (malam ke 2 dan ke 3 tidur rumah Kak Nurul pulak).. salji dah penuh atas jalan!

okey nanti sambung lagi cerita pasai Scotland ni!

Tuesday, December 29, 2009

london part 3; Boxing Day!!

26hb dec, hari pertama Boxing Day, memang betul2 boxing la! kat London ni kalau shopping selalu kat Oxford Street. kat sini memang heaven la untuk shopping. sebut je nak butik apa, semua ada! memang syok sangat2, tapi lagi syok kalau duit penuh dalam poket! hehehe

fini sampai kat Oxford Street hari tu pukul 9.30am, memang dikira agak awal la. tapi orang dah penuh! macam semut je.. memang sangat2 ramai! ye la bukan senang nak sale murah2 macam tu. semua sale at least 50%.. memang gempak la! nasib baik tak bawak kamera, kalau tak, memang terkepit macam tu je! kalau boleh hari tu pakai yang ringkas2 je, beg pun janagn bawak sebab time ni la jugak pickpocket akan bekerja! so gambar oxfor street ni fini Google je..
Oxford Street yang best!! tapi dalam gambar ni orang tak ramai. time Boxing Day tu memang nak gerak pun susah.. orang pakai langgar je! kalau nak beli barang, ambik dan pi bayar. tak payah nak try, sebab tak sempat. lagi satu nak beratur punya la panjang!! adeii..
Selfridge & Co, ni butik yang paling hebat rasanya kat Oxford Street ni! besar kan?? dalam ni semua jenama yang perghhh!! macam LV, prada, chanel, gucci, cartier, juicy couture, guess, armani, burberry, lacoste dan macam2 la.. tapi security memang sangat ketat!! contohnya macam LV dan gucci, dalam satu2 masa hanya 10 orang je boleh ada dalam tu, dan maximum masa untuk setiap orang ialah 30 minit. lepas tu kena keluar.. memang orang beratur panjang gila nak masuk situ!
ni butik Nike Town! baen, bfifi ngan baan mest best kalau masuk sini! banyak murah.. tapi sori la time adik sampai tu banyak jugak yang dah habis.. lagipun susah la nak pilih barang untuk orang laki ni.. sori eh!
ok malam tu fini ke Harrods; the World's Most Famous Luxury Department Store. nampak tak orang yang ramai dan kereta yang jam depan ni? malam ni fini sempat bawak kamera. tapi boleh ambik satu gambar ni je.. Harrods, yang kaler hijau tu,memang sangat2 mewah.. nak beli barang pun takut! security dia jangan cakap la.. adeii.. tapi fini beli jugak satu handbag kat sini (untuk penjaga Alia yang dah ada fb!!) dan tshirt Burberry kat ayah.. dalam Harrods ni ada bahagian2 yang tersendiri, macam The Egyptian Room (ceiling dihias dengan gaya mesir, ada pyramid, patung mumia dan macam2 lagi), The Luxury Room (memang mewah la yang ni).. lepas tu ada jugak memorial untuk Princess Diana dan Dodi Al-Fayed..

dan ini ialah sedikit sebanyak hasil Boxing Day:
Handbag Guess (untuk mak), Esprit dan Harrods.
Tshirt Burberry untuk ayah.
seluar Spongebob, kemeja dan tshirt untuk Aiman Afiq..
Gown hitam, skirt dan tshirt Barbie untuk Alia Atiqah..
jersey Nike untuk baen dan baan.. sebenarnya tak tau depa nak jersey apa. nanti hampa bagitau lain, adik pi london nanti adik beli lagi!
hahaha perfumes!!! bfifi mesti dah senyum2 tengok gambar ni.. ^_^