Friday, February 12, 2010

reading week!!!

cepat je masa berjalan, hari ni dah jumaat, hari terakhir dalam minggu ke-5 sebelum masuk reading week (minggu ke-6).. macam biasa, dalam reading week ni tak dak kelas. time ni la kena catch up balik apa yang dah belajar dalam term ni, dan dalam minggu ni jugak banyak la asignment yang kena buat!

tapi yang lagi best, esok fini nak pi Cambridge, insyaAllah.. tak plan pun nak pi sebenarnya. tiba2 semalam pukul 11 baru teringin nak join dan baru hantar confirmation email. trip ni anjuran International Office universiti, bayar 11pound melalui akaun uni. pi pagi balik petang.. jarak Cambridge dari sini dalam 130km je. dekat sikit je dari london, tapi masih boleh buat jama'.. insyaAllah nanti fini upload gambar..doakan semuanya selamat dan tak hujan atau salji esok eh!

Thursday, February 11, 2010

layang2 dan angin~

sekarang ni walaupun masih dalam winter, tapi salji dah jarang turun. kadang2 seminggu sekali je.. tapi takpa, fini ok je!! tapi cuaca masih sangat sejuk sebab sekarang musim berangin rasanya. angin tak la kuat sangat tapi sentiasa bertiup dan sangat2 menggeletarkan gigi sebab sejuk!

dan macam kat malaysia jugak, bila musim berangin orang akan mula beli wau dan layang2. kat sini, tak dak la wau, cuma ada layang2. petang2 dalam pukul 3 ke,boleh la nampak depa kat padang Hearsall Common ni main layang2. kadang2 main sorang2, tak pun main ngan anjing! kat sini memang anjing ada di setiap tempat.. adeeeiii memang kena jalan baik2! mana dengan seriau sebab anjing tu besar, seriau sebab takut terpijak taik plak kan!

cerita pasai layang2, kat sini tali nak tarik layang2 untuk terbang tu ada dua. kira pegang pakai dua belah tangan laa.. nampak macam ok, tapi macam bosan pun ada jugak! ye la dok langut je tengok benda tu terbang, kalau kita boleh terbang sekali mungkin best!!!hehehe tapi fini nak pi dok sekali kat padang tu sambil tengok depa main, macam tak kot! tak tahan sejuk laa.. ^_^

macam ni la orang kat sini main, boleh je pakai seluar pendek! dah immune dengan sejuk kot!
ewa bule, ewa bule.. ewa bule teraju tigo!! ni versi yang ada kat malaysia je.. kat sini bentuk biasa2 je..
macam ni la contoh layang2 yang depa main.. bentuk biasa je kan?kat jitra pun boleh dapat nih!! =)


Tuesday, February 9, 2010

jogging!!

sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan ketembaman, so hari sabtu lepas fini ngan kawan2 pun keluar la berjoging.. dari hari sabtu, tapi hari ni baru nak buat entri pasai ni kan? hehehe lupa la nak cerita.. antara yang join aktiviti sihat ni ialah suhaizura, adila, farahana, nabila, yana dan kamal. masing2 semangat nih!!

kami keluar pukul 9am, tapi dengan kabusnya, sejuk lagi (suhu 1'c)! adeeiii... fini pakai baju 3 lapis (inner aka long john+ thsirt + sweat shirt) tu pun sejuk lagi! bila start joging la baru rasa badan panas sikit, tu pun peluh tak keluar.. cana ni??

antara jalan2 yang dilalui.. jauh tau kami jogging! dekat 2km gak.. dalam gambar tu kamal, adila ngan nabila tengah tunggu yana..
ni padang tempat orang putih selalu main ngan anjing depa.. nampak tak cuaca berkabus?
tu nampak tak larian bersemangat fini yang depan sekali?? hahaha yang kaler merah tu suhaizura dan budak laki tu kamal..dia je budak laki yang dok tak dok nak join!
ni dah nak sampai ke hujung larian dah..orang putih pun hebat jugak bab2 vandalism ni! sepanjang dinding ni penuh je dengan lukisan2 macam ni.. tapi nampak macam cantik pulak..
jeng jeng!! ultimate goal dari jogging ni ialah nak pi playground.. teringin la nak main benda2 ni semua.. dah sampai sini, teringat pulak time suap nasik aiman ngan alia kat taman petang2 dulu. alia kan selalu cakap "nak pi taman"..
ni taman yang sunyi dan sejuk. orang putih pun tak keluar main pagi2, so kami je la yang bersuka ria kat sini!
tu fini dengan suhaizura semangat berhayun buaian.. kalau bawak aiman ngan alia pi taman, fini hayun depa je! ^_^
ni pose sebelum balik liberty park..yang depan ni nabila dan fini dengan muka excited sambil berdiri angkat tangan kat belakang!

kesimpulannya, insyaAllah balik nanti saya jadi kurus sikit ok!!! =)

snowflake~

sekarang dah tak berapa sejuk macam dulu. mungkin sebab dah hujung winter dan salji pun dah jarang2 turun, seminggu sekali je kadang2.. tapi tiba2 hari ni sejuk balik! sejuk dan berangin! dan dalam pukul 1 tengahari macam tu, salji turun semula.. kali ni bukan salji yang macam biasa, tapi jenis yang halus dan cantik atau 'snowflake'..

subhanallah, cantik sungguh! first time fini boleh tengok rupa bentuk salji tu bila turun! sangat2 cantik.. bayangkan macam ais yang ada ukiran tapi dalam saiz yang sangat kecik! fini try jugak ambik gambar, tapi sebab sangat kecik dan cepat cair, so gambar tu tak jadi! apapun, memang sangat cantik la snowflake ni.. lagipun memang snowflake ni dikenali sebagai crystal of snow! syukur, boleh jugak tengok dan rasa sendiri macam mana rupanya salji ni..

[percaya tak, ni la rupa snowflake tu! subhanallah... memang sangat cantik dan mengagumkan!! bila molekul ni jatuh atas baju atau tudung memang sangat2 nampak bentuk dia macam dalam gambar atas ni.. cantik kan??]

Friday, February 5, 2010

bakatku =)

mak selalu cakap yang fini pandai tiru (atau mimik) orang cakap, ye ke? entah la, memang fini suka belakon macam orang atau character yang fini rasa lawak atau best untuk ditiru, tapi tak sure la pulak jadi ke tak peniruan tu! kalau kat rumah dulu, fini paling suka buat Pak Bedah (ingat lagi tak drama lawak tu??Pah Bedah yo!) atau iklan Bio Aura (ada mak cik tua cakap, "apa tu bio aura?") atau iklan Kit Kat (yang nyanyi dalam TV kat karaoke tu! aiman pun suka iklan tu ok!).. =)

tadi kat kelas Culture & Citizenship ngan Dr Mukul, entah macam mana hari ni time discuss pasai Funds of Knowledge, dia tunjuk fini suruh explain! dah la subjek ni pagi2 buta, tiba2 fini pulak kena! tapi tak pa, layan dulu.. sebenarnya Mukul ni Indian tau, so cara dia cakap tu lain sikit la dari pure British English. tapi jangan, accent memang ada! accent Coventry + India kot!! hehehe

time fini elok je terang (siap habis-habisan punya terang ni, campur pasai 'glocal' la, linguistic capital la, citizenship semua la) cara dia tengok baekkk punya, senyum sambil angguk2 lagi.. lepas habis fini punya penerangan panjang berjela tu, dia siap puji "Good, good! I like the way u think. Keep on thinking like that!" Huh apa lagi, terkembang sat ni! hahaha

lepas tu dia pun sambung la lecture dia, tiba2 fini dapat notes dari orang sebelah (depa boleh main pass notes!!). dalam notes tu tulis "Fini speaks like Mukul!!!" ooo patut la depa tadi dok gelak2, rupa2nya elok je depa kata kat belakang! so fini fikir balik, 'Mukul ni puji sebab pandai ke, sebab tengok aku ni cakap macam dia??' adeeiii... intan ngan yana siap cakap, "ang tadi explain beria dah gaya macam Mukul dah ni!"
ingatkan benda tiru2 ni sampai Malaysia je, rupanya dah terjebak ke sini.. tapi ni memang tanpa sedar ok! walaupun sebenarnya tak best pun gaya Mukul ni.. T____T

[saja je letak gambar kat singapore ni.. hari ni tak dak ambik gambar pulak! lagipun macam rindu pulak tengok gambar pakai baju tak tebal2 ^_^]

Thursday, February 4, 2010

food, again??

tadi sembang ngan makayah, soalan wajib, "ni dah makan nasik dak lagi?" dan dengan bangganya hari ni fini bagitau, "oh hari ni malas la nak masak nasik. nak makan pasta. " chewah macam bagus sangat kan, padahal instant pasta je! hehehe

saja je sebenarnya malas nak masak nasi hari ni.. instant pasta ni kira megi versi orang putih la. megi pun ada je kat sini, cuma pasta ni lagi berkhasiat dan mengeyangkan, dan juga lagi murah kalau banding dengan harga megi cap Maggi!

so mak cakap nak tengok buat macam mana. memang simple dan mudah je.. nanti adik bawak balik jitra eh, bagi rasa sorang sebungkus, sebab benda ni ringan je! ^_^ (saya memang baik kan??)


ok ni la bungkusan pasta tu.. ada banyak perasa dan jenis2 pasta.pilih je la mana yang kita nak makan.. sekarang siap promosi, buy 1 get 1 free gitu!

ni selepas dibuka dari bungkusan. tuang je masuk dalam mangkuk. pasta dan serbuk ni dalam keadaan kering..
cara nak masak sangat senang! guna air panas (ni kira masak air la..) dalam setengah gelas,

lepas tu susu secawan kecil. campur je dalam bekas pasta tadi sekali dengan air panas..

kalau nak, letak butter sikit dalam campuran tu. sikit je, dalam satu sudu kecik.. tapi kalau tak mau pun tak pa, suka hati la butter ni.. lepas tu, masuk terus dalam microwave, 8 minit. kena tutup bekas tu, kalau tak nanti terpercik, kena lap pulak microwave kan!

jeng jeng!! dah siap!!! pasta bersama sos yang pekat dan sedap... yum yum! senang je kan?? tak payah bersusah nak rebus la, buat kuah la... hahaha
ok nanti balik jitra kita makan sama2 eh! =)






Wednesday, February 3, 2010

oh mimpi~

pernah tak mimpi yang rasa macam betul2 jadi?? perghh semalam fini tidur pukul 3, sebab study ok! bukan sebab layan movie ke apa.. ni memang sebab study! (padahal awal tu dah tido 4 jam! hehehe) bangun pukul 9 pun tak pa, sebab kelas pukul 11 hari ni.. eh fini nak cerita pasai mimpi ni sebenarnya, tersasar bagi intro pulak..

ok dah tidur lewat, mata dah keras pulak.. pusing sana, golek sini, rasanya pukul 3.30 kot baru tidur! elok tidur je terus fini mimpi baekkkk punya! mimpi drive kereta! dan kereta itu ialah Mazda RX8 colour putih! serius smart kottt!!!! memang real la.. dalam mimpi tu siap ada orang ambik gambar fini tengah drive lagi! serius best kalau jadi real... mimpi tu memang sangat melekat dalam otak, sampai bangun tidur pun fini dok rasa kaki fini tekan clutch sambil tangan change gear! memang macam terer sangat je!! ni fini rasa sebab lama tak drive kot, tu yang sampai mimpi2 tu..

bangun tidur pi kelas pun muka ceria semacam je.. memang best ah! kalau la dapat beli RX 8 ni, perghh! drive pakai kain batik pun orang ngorat!! hahahaha


ni selingan je.. dalam kelas, lunch muffin apple! sedaaap, ada rasa cheese sikit2~ muka nikmat tu!!