Thursday, February 4, 2010

food, again??

tadi sembang ngan makayah, soalan wajib, "ni dah makan nasik dak lagi?" dan dengan bangganya hari ni fini bagitau, "oh hari ni malas la nak masak nasik. nak makan pasta. " chewah macam bagus sangat kan, padahal instant pasta je! hehehe

saja je sebenarnya malas nak masak nasi hari ni.. instant pasta ni kira megi versi orang putih la. megi pun ada je kat sini, cuma pasta ni lagi berkhasiat dan mengeyangkan, dan juga lagi murah kalau banding dengan harga megi cap Maggi!

so mak cakap nak tengok buat macam mana. memang simple dan mudah je.. nanti adik bawak balik jitra eh, bagi rasa sorang sebungkus, sebab benda ni ringan je! ^_^ (saya memang baik kan??)


ok ni la bungkusan pasta tu.. ada banyak perasa dan jenis2 pasta.pilih je la mana yang kita nak makan.. sekarang siap promosi, buy 1 get 1 free gitu!

ni selepas dibuka dari bungkusan. tuang je masuk dalam mangkuk. pasta dan serbuk ni dalam keadaan kering..
cara nak masak sangat senang! guna air panas (ni kira masak air la..) dalam setengah gelas,

lepas tu susu secawan kecil. campur je dalam bekas pasta tadi sekali dengan air panas..

kalau nak, letak butter sikit dalam campuran tu. sikit je, dalam satu sudu kecik.. tapi kalau tak mau pun tak pa, suka hati la butter ni.. lepas tu, masuk terus dalam microwave, 8 minit. kena tutup bekas tu, kalau tak nanti terpercik, kena lap pulak microwave kan!

jeng jeng!! dah siap!!! pasta bersama sos yang pekat dan sedap... yum yum! senang je kan?? tak payah bersusah nak rebus la, buat kuah la... hahaha
ok nanti balik jitra kita makan sama2 eh! =)






6 comments:

na.ni said...

nak!
*baju kelawar + kain batik..
oh. excited2..
:)

afifi said...

haha..
mesti nak kena letak benda2 yg mengemukkan gak kan.. eg. butter n milk.. hehe..

pasta = megi yg menggemukkan.. :p

maggi = megi yg membotakkan kepala.. :p

skoga said...

baguih pini teruskan dengan diet pemakanan anda pasti menambah lemak dibadan n meningkatkan paras kolestrol anda

afiniakib said...

adeeiiii silap wat entri daa..ye la, ni i wat sbb memenuhi pemintaan makayah..

start bulan 4 ni, i diet ok!! smpai bulan 7 ye, perghhh tebeliak bijik mata mpa! hahahaha (sambil imagine siap2 ;p)

ye, marila kita excited besama =)

lynn said...

hahaah..sisss...
npe start bln 4??
hmmm.nk join ah cmni..
jum sm2 tebeliakkk..hahhaahaha

afiniakib said...

hehe bulan 4 sbb i bajet2 utk diet for 3 months la.. so tak la teruk sangat nak kontrol diet tu!!
u geng ngan bfifi, baen n baan; GENG TEBELIAK!! hehehe tp klu plan xmnjadi u xleh gelak eh! ^_^