Sunday, March 21, 2010

saya dah boleh gelak=saya dah sihat ^_^

2-3 hari sebelum ni nak gelak pun tak dak feel sebab sakit kepala. tapi pagi tadi, bangun tidur pukul 6.30am, breakfast sikit, lepas tu dalam pukul 7.30am fini keluar berjalan kat Spenser Road sampai Kenilworth Road, jalan slow2 dalam taman2 kat situ dengan angin yang sangat sejuk beserta kabus selama 2 jam.. alhamdulillah!! sangat best.. for the whole day hari ni, fini cuma sakit kepala sekali ja, tu pun lepas dok ngadap laptop buat kerja lama. yang lain, I'M BACK TO NORMAL!!!

dah boleh gelak macam biasa, muka dah tak pucat, badan tak rasa miserable dah.. syukur2.. thanks for the doa.. bila dah boleh gelak, rasa macam sangat cheer.. even tengok bunga tak kembang pun rasa nak senyum! (ntah apa2..) boleh senyum kat makcik2 yang bejogging (alia sebut boging, hehehe) dengan anjing pun jadilah..

apapun, best taman tu time sunyi dan berkabus.. serene and peaceful~

Spenser Park yang sunyi dan berkabus jam 7.40am.. tu nabila aka mek.fini keluar ngan mek je.. orang lain semua tidur lagi..

ni dalam War Memorial Park, Kenilworth Road.. nampak berkabus dan sunyi kan? jadi relax je..

tak tau la nama apa.. ^_^

ni la bunga snow drop..

cantik kan?

ni english daffodils..

time dah nak balik, 9.30am, kabus dah hilang, tapi bunga ni tak kembang lagi.. bila kembang nampak sangat cantik!!

close up bunga kat atas. namanya crocus..

crocus versi kuning..

nampak dak muka fini dah ceria?? saya dah sihat =)

bagus tengok pokok2 ni, rasa segar je mata.. so sapa2 yang rasa tak sihat lepas ni, sila keluar jalan2 dan hirup udara segar disamping melihat alam yang cantik... insyaAllah, u will get better!



Saturday, March 20, 2010

coobaaaannn...

masih lagi sakit kepala hari ni.. tak boleh concentrate dengan satu benda dalam waktu yang lama, sure mata jadi kelam.. so, sat2 bangun jalan2 tawaf bilik, lepas tu, pi dok atas katil, pastu, menung tepi tingkap tengok hujan turun, lepas tu mai dok depan laptop, dok sat, try baca novel, lepas tu letak balik, pi jalan2 tawaf bilik lagi.. dalam pukul 1pm macam tu, try tidoq.. bergolek hampir setengah jam, baru boleh tidoq, adala dalam sejam kot.. alhamdulillah..

tapi kan, satu benda pelik jadi.. pernah dak rasa sangat2 teringinkan sesuatu??? bangun je tidoq pagi tadi, dalam pukul 6.45am macam tu, terus teringin nak minum teh tarik!! apa kes ni?? bukannya favourite pun.. kat rumah dulu, setakat tolong bancuh teh tarik aka teh susu kat baan je pagi2, tu pun kadang2.. selalunya mak yang buat..

tapi memang la, serius teringin nak minum teh tarik.. tak dapat teh tarik, teh susu pun jadi la.. teringin sampai tahap terasa-rasa ni! siap boleh menangis lagi punya teringin.. ntah apa2... so last sekali, dalam pukul 11 macam tu, fini mintak intan pi tolong beli teh dengan susu pekat! tak kisah la, jadi ke tak..

teh uncang dan susu pekat.. tak dak brand teh boh ngan susu f&n pun tak pa la..

alhamdulillah, tercapai jugak impian nak minum teh susu ni.. serius rasa sebak bila dah teguk air tu dengan penuh nikmatnya... terima kasih Ya Allah.. ni la, namanya nikmat tak terkata =) [macam poyo, tapi realiti nih!]


bfifi, u ingat tak time kita jumpa kawan2 paksu kat Legend malam tu? that guy suruh i order teh tarik dan ayat dia macam ni, "nak pi uk kan ni?hah, minum teh tarik, kat sana tak dapat dah ni!" i dok ingat ayat tu je sampai sekarang.. pandai pak cik tu eh!!

type entri ni dalam keadaan stop-stop.. tapi nak buat jugak! lagi satu, my friends (mek ngan ashley) cakap, maybe i should go for a walk.. so, insyaAllah tomorrow morning, i'm going for a walk, boleh dapt fresh air pagi2.. hope to get better! penat la badan macam ni, rasa miserable..
btw, thanks cik kak for the email ^_^

Friday, March 19, 2010

sakit di uk =(

sejak hari rabu, i'm having a bad headache!! seriously sebelum ni, fini tak pernah headache yang frequent macam ni. sampai sekarang pun sakit lagi.. memang tough la kali ni. i almost fainted in my bathroom that Wednesday morning! terribly sad when it happens here.. T__T

so i'm thinking of why? this headache, and pitam2 ni semua, kalau angkat kepala je sure gelap.. then, baru ingat, dulu pernah jadik macam ni dan mak bawak pi buat medical check up, the result was, low blood pressure.. tapi time tu kat rumah, so semua mak yang jaga. mak masak hati la, bayam la, suruh ayah beli kerang la.. sakit pun rasa heaven! now, here!!! its really awful to be alone laa.. kawan2 memang ada, tapi memang tak sama dengan kat rumah.. =(

until now, my body feels tired, my head is aches and i'm feeling like going to sleep all the time.. tapi takkan nak tidur je kan? melampau nih! so bangun jugak..

pagi tadi sebelum pi kelas, makan panadol, alhamdulillah tahan sikit.. so balik kelas, terus singgah pharmacy. kat sini, pharmacy ada dalam Boots; multipurpose shop la lebih kurang. tapi nak buat bp test pun, banyak songeh!! since fini tak larat, so i just wait and ask the pharmacist nicely.. tapi pun, dia hanya ambik bp, lepas tu kena refer ke National Health Service (NHS) for further treatment and medicine.. mak aihh! dia siap kata, "I'm afraid we can do nothing to help you, and you need to refer to NHS", padahal just nak tanya if i need to take supplement or vitamin ke.. semua kena refer NHS ni! NHS ni standard GH laa, kena buat appointment, check doctor free ke tak, dan sangat take time laa.. hello, i'm not asking it for free ok! ingat muka pakai tudung ni sengkek eh?? dah bengang dah kat situ, nasib baik dia cakap elok2.. memang kat sini cerewet pasai health service. depa tak boleh senang2 bagi prescription kalau sakit, semua kena refer NHS atau kena ada pengesahan doctor..

keluar dari Boots, kena pi pulak NHS. naik bus pi uni, sebab NHS for students dalam kawasan uni (tempat yang fini ambik injection dulu tu..). syukur, orang tak ramai, terus ke reception nak buat appointment. tapi, appointment hari ni semua full. my appointment is scheduled on Tuesday at 12.15.. fine laa!! nama pun free kan? tapi kalau macam ni la, demam pun sempat kebah dulu baru boleh jumpa doctor.. hmm awat fini tak pi private clinic? sebab kat sini, as an international sponsored student, you are entitled to use NHS services. kalau pi private pun, memang dia akan suruh refer NHS jugak..

sedih dan letih kan hari ni? tak pa la, experience.. walaupun headache and rasa macam nak muntah ni, tapi still jugak nak berleter kat sini! takkan nak mengadu kat makayah, nanti depa bimbang..
may this pain is the kifarah for my sins.. and luckily, cuti dah start, boleh rest sepuas-puasnya.. =)

Wednesday, March 17, 2010

musim bersantai ^_^

disamping musim bunga, sekarang jugak ialah musim bersantai-santai! hehehe ya la, cuaca dah tak sejuk sangat, dah tak payah pakai baju tebal2, 2 lapis dah cukup.. lagi satu, matahari selalu cerah.. sunny je hari2.. suka2!!

so, orang putih sekarang sangat suka meniarap atau baring sambil study atau buat discussion. pantang jumpa tempat lapang sikit, bukak buku dan meniarap.. kira maca sun-bathing la!cuma tak dak laut kat depan. pakaian, biasa lagi. tak la seksi sangat, sebab kadang2 walaupun sunny, tetap windy.. angin kat sini memang sejuk..

sebelah prayer hall pun depa tak kisah..

ni sebelah warwick art centre..

pasai bercuti, i'm thinking of going to Amsterdam and Wales.. kalau tak jadik, mungkin tour dalam uk je kot.. tengok la dulu macam mana.

Tuesday, March 16, 2010

i'm happy!! =)


happy!! sebab ayah call fini hari2!! ahad, 2 kali, kemarin, pun 2 kali ayah kol, sekali fini kol.. hahahaha best kan? dah la rate still sama macam malaysia, 5pence per min! lepas tu, pagi tadi, pukul 5.40 ayah call jugak.. seronok la!! so satgi, fini call pulak =)

ayah update bagitau tempat2 yang depa pi. contohnya ahad, pi makam salahuddin al-ayubi, piramid etc. , isnin pi iskandariah, laut Mediterranean, dan pagi tadi nak bertolak pi tasik qarun! best kan??

dan minggu ni pun best jugak, sebab ni minggu last sebelum cuti easter atau spring break 5 minggu! kerap kan kami cuti? memang best belajar kat sini, cuti je.. hahaha so ada sapa2 nak bagi cadangan nak suruh fini pi mana2??

Friday, March 12, 2010

entri untuk makayah =)

untuk ayah dan mak yang sangat disayangi, selamat menunaikan umrah dan bermusafir juga berihlah di mesir dengan sempurna, gembira dan dilimpahi keberkatan Allah subhanu wata'ala..

semoga mendapat ketenangan dan kebahagiaan dalam melakukan semua ibadat..
semoga segala amalan dan kebajikan diterima Allah dan dibalas dengan ganjaran yang secukupnya..
semoga diberi kesihatan yang sempurna oleh Allah..
semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah..
semoga dapat menikmati keindahan alam dengan penuh kesyukuran..
semoga dapat berdoa dengan sepuas-puasnya dan semoga dimakbulkan Allah..
semoga diberi keselamatan dan perlindungan oleh Allah di setiap masa dan tempat..
semoga sentiasa di bawah naungan rahmat, maghfirah dan keberkatan Allah..

walaupun sekali lagi adik tak dapat nak hantar makayah kat airport, tapi doa adik sentiasa mengiringi setiap langkah makayah..
insyaAllah, adik will take a very good care of myself..
semoga keberkatan, kegembiraan, kesihatan dan ketenangan sentiasa bersama makayah..

insyaAllah, i will make a phone call everyday as usual ^_^

*note: uk - makkah = + 3 jam
uk - cairo = + 2 jam
lagi sikit beza dengan malaysia (uk - malaysia = + 8 jam)

me + bunga ^_^

seperti yang dijanjikan, ni la gamabr2 sebahagian bunga2 yang dah mula tumbuh. kebayakan yang lain baru start tumbuh pokok macam dalam entri sebelum ni..
tapi jangan tanya fini, apa nama bunga2 ni.. maaf, saya hanya tahu bergambar dengan bunga sahaja!! =)

baru belajar2 nak tumbuh.. tak banyak lagi laa. tapi cara taburan bunga2 ni seolah-olah macam ditanam, walaupun hakikatnya semua tumbuh sendiri.. subhanallah..

close up bunga tadi..

kaler putih pulak..

ni jenis yang sama dengan kaler kuning tadi..

jenis ni tak banyak lagi yang kembang..

ni pun tak tau nama jugak..

saja je letak gambar ni.. nampak macam unik!! hehehe

by the way, baen tanya pasai All England kan? seperti yang diketahui, all england ni buat kat birmingham. heheh dekat je kalau nak pi pun.. masalahnya fini tak minat la sukan2 ni.. bosan laa nak bayar 15pound semata-mata nak pi tengok depa lawan! hehehe..
lagi satu kemarin, Lee Chong Wei, eh silap, Datuk Chong Wei ni mai uni fini.. saja je malaysian students association jemput. tapi fini tak pi jugak, sebab buat malam, dan juagk fini tak minat.. lagipun, malam2 fini ada online date!! hahaha sila tanya makayah eh!