Wednesday, April 21, 2010

Alton Towers!!! Part 1

fuhhh! pi Alton Towers Theme Park ni memang betul2 best la! walaupun kena lawan rasa takut, gerun, pening dan kecut perut untuk nak naik semua benda yang ada dalam tu, tapi memang fini rasa sangat berbaloi! thanks to incik afifi. insyaAllah, kalau ada rezki nanti kita pi sama2 kat sini eh? kalau aiman ngan alia ada pun best sebab ada tempat untuk budak2.. tiket nak masuk sini boleh bid kat ebay, so dapat la 2 tickets for 1 price..

kali ni fini pi ngan mek, wazap, shoba, kamal, chip dan anuar. intan, yana ngan kayla tak pi.. tak pa, mungkin next time depa pulak pi =) naik train dari coventry jam 7am, tukar train kat birm. train dari birm sejam untuk sampai ke Stoke-on-Trent. kat situ, naik bus pulak sejam untuk sampai kat Alton Towers(AT). jauh kan?

AT ni terletak di Stoke-on-Trent, bahagian utara UK. so mesti la sejuk kan? rasa macam winter lagi bila sampai kat situ. dah tu pulak, AT ni dok atas bukit, jadi lagi la sejuk.. tapi kawasan dalam AT ni memang besar dan cantik. masih kekalkan hutan2 dan tasik2 dalam tu. dan memang ada satu castle lama atau The Towers..

peta AT. ada beberapa bahagian dalam ni. yang paling mencabar fizikal dan mental ialah yang colour oren, Thrill Rides. yang kaler purple, Laughs & Rides pun nampak je macam relax, tapi still begoncang jugak perut! (klik kat peta ni kalau nak tengok dengan lebih besar dan jelas)

sebaik melangkah masuk ke kawasan AT.

posing dulu kat frog pond ni.

ni sementara nak tunggu pukul 10am. boleh nampak dak castle or the towers kat belakang tu?

elok pukul 10 je, semua orang terus serbu. kami pun naik heran awat la yang semua orang pakat meluru lari ni? rupa2 nya sebab nak beratur kat depan.. orang memang ramai!! tapi tak rasa lama sangat time beratur, sebab cepat dan sangat efficient.

okeh, bahagian first yang kami masuk. X-Sector.

ni namanya OBLIVION. dah la benda yang mula2 naik, dan terus yang thrill pulak! tengok litar tu, terus jatuh 90 darjah kot!! boleh bayang macam mana fini jerit???

tapi bila dah turun, perghh! rasa macam nak kata, 'jom naik lagi!'

yang belakang tu litar oblivion, tapi yang depan tu ialah SUBMISSION.

perjalanan diteruskan melalui The Towers.

bahagian kedua, Dark Forest. dalam ni ada THIRTEEN, (benda paling latest dan paling ramai orang) dan RITA, queen of speed.

sebelum masuk THIRTEEN. muka kena konfiden beb!!

sori gambar ni google je. tak dapat nak ambik yang real. thirteen ni litar dia dalam hutan tau, laju mesti la kan. pusing2 kat dalam hutan yang agak scary, lepas tu terus masuk dalam bangunan yang gelap and tiba2 roller coaster tu stop. dan lepas tu ada bunyi crack dan roller coaster tu begegar dan tiba2 terus jatuh ke bawah! macam dalam gambar ni la. bila dah jatuh, ada cahaya samar2 dan nampak la hantu2 tu, dan sekali lagi tekejut bila unexpectedly, roller coaster tu reverse pulak! bila pikiaq sekarang memang la boleh gelak, tapi cuba time tu, jerit tak ingat dunia ok!! tapi macam tak puas sebab, rasa cepat sangat. kalau lama lagi, mungkin lagi best! cewaah, macam berani kan?? (most of the time, fini tutup mata!! hehehe takut laa..)

ni dah kat luar thirteen. mek dengan geng hantu2 tak guna!!! fini dah memang tak berani nak pi dekat sebab sebelum keluar thirteen ni, fini jalan depan satu hantu tu. ingatkan patung sebab keras tak bergerak. tiba2 elok fini sampai dekat je, terus tangan dia terjulur and dia jalan mai dekat! shit la!!! lembut lutut kot.. =(

entrance ke RITA, queen of speed.

litar rita. yang ni pun jerit tak cukup suara jugak! sangat2 laju.. dok depan lagi thrill la, especially bila part corner senget2 tu!

RITA jugak. tudung kena masuk dalam baju, kalau tak berkemungkinan besar untuk tercabut dan terlempar ke dalam hutan.

penat dah pening2 dan takut2, masuk pulak ke dunia riang ria kanak2, Cloud Cuckoo Land. tempat ni untuk aiman ngan alia, tapi achu kena mai test dulu ok! =)
ingat movie Charlie and The Chocolate Factory?? so here i am!!

ada bot yang bawak masuk dalam tu. memang bau chocolate tempat ni! lapaq2.. memang sebijik macam dalam movie tu!

keluar dari situ, naik pulak cendawan terbang ni, Twirling Toadstool. fini tak sempat tengok camera la.. mek yang ambik gambar ni. dia tak mau naik, sebab pening dia kata. pening jugak la, sebab buai ni dok hayun tinggi2 dan bepusing2.. tapi best! rasa macam dok nyanyi lagu bawang putih bawang merah ^_^

comel kan theatre ni? ada toy shop dalam ni.. fini pun harusla beraksi comel kan??

ni mainan kanak2 je, Frog Hopper.

tapi, saja suka2 nak try jugak! hahahaha

kanak2 la sangat2! berkocak perut jugak bila katak ni dok naik turun macam spring.. geli perut la yang ni! hehehe

wajib la naik benda ni bila mai tempat budak2, Gallopers Carousel! yang ni fini jadi Cinderella..

dalam Wobble World. tapi tak spend lama sangat dalam ni sebab pening dah hilang, so kena sambung naik benda2 thrill yang lain..

the best part tak masuk lagi! sambung next entry eh.. rasa macam pening lagi pulak! so kena tidur la..hahaha

Tuesday, April 20, 2010

makan lagi~

okeh, siang tadi try buffet kat satu restaurant ni. not bad jugak la.. murah dari blue orchid, 5 pound je. kali ni betul2 buffet, tapi choice tak banyak sangat, tak boleh la nak compare dengan legend. tapi ok la, lengkap semua ada..

nama restaurant ni, MYO.

dalam restaurant.

so ni la wazap. (cool je dia ni ;p)

gambar afini md akib mestila kena ada kan! nama pun blog afini akib =)

ini la kawan2 saya ^_^ kami sangat suka makan! oh yeahhh!!!

sebelum balik, pose dulu. kami pi ramai2 ni.. untung kedai tu hari ni!

p/s: esok, insyaAllah fini pi Alton Towers Theme Park, percutian terakhir sebelum kembali ke mode belajar dengan serius. doakan semuanya selamat dan gembira, amiin..

Monday, April 19, 2010

jom makan!!


semalam, for dinner, fini, intan, yana, mek dan kayla keluar makan kat satu thai-indian restaurant ni, Blue Orchid. dekat sangat2 dengan liberty park, tapi baru sekarang teringin nak pi. dont' worry kedai ni halal ^_^

so kami ambik buffet, sorang 7.95 pound. buffet kat sini bukan macam selalu kita makan. bukan ambik sendiri, tapi depa mai hidang. kalau habis, mintak tambah la. tapi lauk tak grand sangat pun. honestly, tak sesedap sri thai or the authentic thai restaurants at danok or hatyai.. dan sebelum pi, fini sangat mengharapkan ada butter prawn, tapi malangnya tak dak pun.. =( tapi tak pa, sebab restaurant tu cantik!

okeh, muka sebelum nasi sampai..

kali ni mai fini tunjuk muka kawan2 yang sangat rapat ngan fini kat sini. ni kira geng la.. depa sangat baik dan best!! sayangnya, lagi sorang geng, iaitu wazap tak mai.. nanti eh upload gambar wazap.

siti nabila = mek (sangat pandai masak!!)

yana. (paling baik dan sopan)

kayla. (pose manja2 gitu. macam tau2 je fini nak masuk dalam blog! tapi memang dia manja dan cantik pun.. heheh)

yang ni semua dah kenal, stick dari kat ipoh lagi. tan tin tun!!

orait, time to makan =)

starter. sedap jugak la, especially yang macam fillet tu. tiba2 fini ingat, starter ni macam kat black canyon, jj ipoh.

ni bila nasi dan lauk2 sampai. lepastu terus makan. the next lauk yang sampai dah lupa nak mbik gambar..

okeh, hari ni nak pi try lunch buffet kat lagi satu restaurant! next entry fini cerita pasai tu pulak ^_^

Sunday, April 18, 2010

london & malaysian hall =)

perjalanan kelima: London (last sebelum balik Coventry)

kalau dulu mai london, fini tumpang hostel kawan, kali ni dengan berdikarinya kami bertiga; fini, intan dan yana, check in kat Malaysian Hall yang beralamat di Queensborough Terrace, London. affordable dan selesa serta layanan yang best! memang mesra, rasa macam kat malaysia! tak dak la nak speaking2, semua cakap Melayu.. bahagia je rasa ^_^

pintu masuk.

bangunan Malaysian Hall. pandai tau kami cari tempat ni sendiri. dari Victoria Coach Station, ambik tube Victoria line ke Oxford Circus. lepas tu tukar naik tube Central line ke Queensway. sampai Queensway, keluar dari tube station belok kiri, jalan terus, jumpa simpang kedua, belok kiri. lepas tu nampak la bendera malaysia yang berkibar ini!!
sebelum check out hari isnin tu, posing dulu kat lobi ni.

cantik jugak kan?

ni la bilik yang fini share dengan intan.ada toilet, heater, kira ok la walaupun sempit sikit. tapi bersyukur la, semalam 7 pound je!
the best part is the canteen!! memang truly malaysian.. nak makan apa semua ada. harga ikut standard malaysia (tapi jangan convert, kalau convert mahal la!). tapi tak pa, sedap!!!

ni kakak kantin yang ramah tamah. semua yang kerja kat sini baik2. yang lagi best depa orang kedah! apa lagi, memang sembang best la! siap hari last, fini dapat free teh ais lagi sebab tiap2 kali pi makan mesti fini order teh ais! sedap tak terkata..

hari first, lepas shopping, untuk lunch (tak la lunch sangat, dah pukul 4 pun), terus order teh ais (1.20 pound) dan nasi lemak. ada sambal, rendang daging, telur, timun, bilis dan kacang goreng; 4 pound.. dari sebelum pi portsmouth lagi fini dok habaq kat makayah teringin nasi lemak. so sampai je malaysian hall, terus order nasi lemak.. heaven ok!! syukur2..

supper: roti canai dan teh tarik. walaupun ni roti canai segera, tapi tak kisah la! janji sedap..

breakfast hari kedua lupa ambik gambar. makan onde2, karipap dengan teh ais.

lunch sebelum balik, ayam masak merah, sambal sotong kering dan sayur kubis. yang ni mahal sikit sebab ada sotong kering, so 5.20 pound.. apa2 pun semua sangat berbaloi dan sedap!!

ni la tube map yang fini dok guna sepanjang dok pi berjalan kat london ni. sampai lunyai la.. siap bertanda kalau nak pi chelsea, arsenal nak turun kat mana..

mai london kali ni sebab nak beli barang untuk bawak balik. semua orang dapat ye, don't worry! fini shopping kat oxford street, tapi kali ni tak ramai orang macam boxing day dulu. so relax la sikit!

banyak jenis souvenirs yang fini beli untuk semua orang. tapi yang paling best ialah dua t-shirt ni! for my cayang aiman afiq and alia atiqah. nampak je t-shirt ni terus rasa tak sabar nak bagi depa pakai. cuba baca ayat tu "SOMEONE WHO REALLY LOVES ME GOT ME THIS T-SHIRT FROM LONDON", cute kan? colour putih untuk aiman, merah untuk alia..

so ni lah entry last pasai trip hari tu. lepas ni cerita pasai benda lain pulak.. =)