Sunday, April 18, 2010

london & malaysian hall =)

perjalanan kelima: London (last sebelum balik Coventry)

kalau dulu mai london, fini tumpang hostel kawan, kali ni dengan berdikarinya kami bertiga; fini, intan dan yana, check in kat Malaysian Hall yang beralamat di Queensborough Terrace, London. affordable dan selesa serta layanan yang best! memang mesra, rasa macam kat malaysia! tak dak la nak speaking2, semua cakap Melayu.. bahagia je rasa ^_^

pintu masuk.

bangunan Malaysian Hall. pandai tau kami cari tempat ni sendiri. dari Victoria Coach Station, ambik tube Victoria line ke Oxford Circus. lepas tu tukar naik tube Central line ke Queensway. sampai Queensway, keluar dari tube station belok kiri, jalan terus, jumpa simpang kedua, belok kiri. lepas tu nampak la bendera malaysia yang berkibar ini!!
sebelum check out hari isnin tu, posing dulu kat lobi ni.

cantik jugak kan?

ni la bilik yang fini share dengan intan.ada toilet, heater, kira ok la walaupun sempit sikit. tapi bersyukur la, semalam 7 pound je!
the best part is the canteen!! memang truly malaysian.. nak makan apa semua ada. harga ikut standard malaysia (tapi jangan convert, kalau convert mahal la!). tapi tak pa, sedap!!!

ni kakak kantin yang ramah tamah. semua yang kerja kat sini baik2. yang lagi best depa orang kedah! apa lagi, memang sembang best la! siap hari last, fini dapat free teh ais lagi sebab tiap2 kali pi makan mesti fini order teh ais! sedap tak terkata..

hari first, lepas shopping, untuk lunch (tak la lunch sangat, dah pukul 4 pun), terus order teh ais (1.20 pound) dan nasi lemak. ada sambal, rendang daging, telur, timun, bilis dan kacang goreng; 4 pound.. dari sebelum pi portsmouth lagi fini dok habaq kat makayah teringin nasi lemak. so sampai je malaysian hall, terus order nasi lemak.. heaven ok!! syukur2..

supper: roti canai dan teh tarik. walaupun ni roti canai segera, tapi tak kisah la! janji sedap..

breakfast hari kedua lupa ambik gambar. makan onde2, karipap dengan teh ais.

lunch sebelum balik, ayam masak merah, sambal sotong kering dan sayur kubis. yang ni mahal sikit sebab ada sotong kering, so 5.20 pound.. apa2 pun semua sangat berbaloi dan sedap!!

ni la tube map yang fini dok guna sepanjang dok pi berjalan kat london ni. sampai lunyai la.. siap bertanda kalau nak pi chelsea, arsenal nak turun kat mana..

mai london kali ni sebab nak beli barang untuk bawak balik. semua orang dapat ye, don't worry! fini shopping kat oxford street, tapi kali ni tak ramai orang macam boxing day dulu. so relax la sikit!

banyak jenis souvenirs yang fini beli untuk semua orang. tapi yang paling best ialah dua t-shirt ni! for my cayang aiman afiq and alia atiqah. nampak je t-shirt ni terus rasa tak sabar nak bagi depa pakai. cuba baca ayat tu "SOMEONE WHO REALLY LOVES ME GOT ME THIS T-SHIRT FROM LONDON", cute kan? colour putih untuk aiman, merah untuk alia..

so ni lah entry last pasai trip hari tu. lepas ni cerita pasai benda lain pulak.. =)

2 comments:

afifi said...

murah gila malaysian hall.. 7pounds je smlm..
mmg murah sgt2 la..
n tempat pun nampak cantik..

afiniakib said...

kan? murah n best! jom!!