Tuesday, June 29, 2010

lupa daa..

sori2, kata nak update hari ni kan pasai disneyland? lupa nak bagi tau hari ni fini nak pi Manchester. mungkin sampai Coventry malam nanti dah lewat dan penat. mungkin tak update pasai disneyland hari ni. sori tau T__T

nanti kita pi disneyland sama2 na =)

doakan trip ke Manchester ni selamat dan happy ^_^

Monday, June 28, 2010

Paris~ Part 5 (Lawatan ke Tempat2 Bersejarah - 2)

bagusnya kat Paris ni, agak ramai muslim dan ramai jugak yang boleh cakap arab. omg!! one of the good things is, i still can communicate in arabic! macam tak percaya kan??? dah berapa tahun dah tinggal.. hari tu depan eiffel, kami nak cari kedai makan halal tau, pastu jumpa satu couple arab ni, then tanya la, tapi dia macam tak berapa fasih english, ntah macam mana terkeluar perkataan arab, suddenly we just proceed with the conversation in arabic! hahaha alhamdulillah, tak sia2 belajaq 5 tahun kat maktab mahmud eh? one more thing, time kat Les Halles tu, nak beli barang, kalau cakap arab boleh dapat murah ok! so sapa2 nak pi Paris pasni, kalau reti cakap arab kira cool la! hehehe

hoih, lari tajuk nih! sebenarnya nak bagitau, kat paris ni ramai muslim, dan ada masjid or Paris Grand Mosque yang cantik dan agak besar. susah jugak nak pi masjid ni sebab jauh sikit dari metro station. tapi sebab ada 3 orang tourist guides tu, senang je la kan!

The Grandee Mosquee de Paris or Great Mosque of Paris yang siap dibina pada tahun 1926. ni ialah masjid terbesar kat France dan no 3 terbesar kat Europe tau! dibina selepas World War I, sebagai tanda terima kasih France kepada pejuang2 Muslim yang tolong France berperang lawan Germany.

dalam kawasan masjid, lepas semayang. belakang tu tempat semayang laki dan pompuan. kat tengah2 tu ada fountain kecik. sori, fini lindung, so tak nampak la ;p

laluan ke garden dalam masjid. oh nak ambik gambar dalam masjid, gaya kena sopan =)

dalam taman.

gaya2 muslimah solehah ok!

ambik gambar ramai2 sebelum keluar masjid dan sambung berjalan. time ni sham tolong ambik gambar.

destinasi seterusnya ke Arc de Triomphe. salah satu monumen yang paling penting kat bandar Paris. terletak kat hujung jalan yang paling sibuk dalam Paris iaitu Champs Elysees. Champs Elysees ni jugak kawasan shopping mewah dan branded. ada la LV, cartier, mont blanc, sephora, versace bla bla kat situ. kami jalan2, tengok2 sudehhh. hoih, mahal lagi dari oxford street kat london nuh! tak pa, nanti sebelum pi heathrow, fini singgah london dulu semalam, kot2 la dan grab apa yang patut ^_^

ni ha, hari tu kan Portugal menang lawan ngan Korea 7-0, ya Rabbi, depa punya syok!! haru sungguh, jenis yang fanatik habis-habisan nih. masalahnya depa pi berjimba tu kat depan Arc De Triomphe ni! tak pasai2 polis mai jaga kawasan situ. so automatic area tu tutup, kami tak boleh la nak pi dekat! hek eleh, over je geng Portugal ni! baru menang yang tu, bukan final pun! haih...

this is the Arc de Triomphe. dibina sempena menghargai jasa askar2 yang berperang untuk France, specific nya time Napoleonic Wars. bawah tu jugak ada satu kubur askar. rugi la tak boleh pi dekat! nampak tu depa ramai, tak pasai2 kami pun kena tahan satgi kalau jadi apa2..

see? polis ready je belakang depa kalau dok tak dok depa nak buat gila ka apa ka.

kat sini pun jadi la.. =(

ok dah start jalan kat Champs Elysees. depan Arc de Triomphe je pun..

see? besar kan butik LV? tak payah la nak membazir duit beli kat sini, mahal nak mati! (muka fini nampak frust kan?? frust tak boleh beli apa2 T__T)

dalam FNAC, salah satu tempat shopping kat Champs Elysees ni.

sebagai jalan yang paling sibuk, harus la jam kan?

tempat shopping lagi.

haa ni rare! fini, yana ngan kayla je ada gambar macam ni hehehe(sham tak termasuk sebab dia memang dok France, anytime boleh mai!) tengah2 lepak, sham ajak ambik gambar tengah2 arc de triomphe tu. berani kan? lintas jalan dan dok tengah2 tu! macam cool, sebab nampak betul2 berdiri tengah arc de triomphe tu!!

yes, kasi zoom. walaupun tudung tak cantik, tak pa la! hahaha over ok!

time ni dah pukul 9pm dah. so daripada sini terus balik hotel, makan dan tidoq. esok kita nak pi mana?? pi disneyland!!!! oh yeah!!!

Sunday, June 27, 2010

Paris~ Part 4 (Lawatan ke Tempat2 Bersejarah)

tajuk tak dak feel eh? sebab, second day ni kami pi kat tempat2 yang penting kat Paris. kira kalau mai Paris macam kena pi la selain dari eiffel tower dan mona lisa tu. setiap tempat tu ada sejarah dan cerita masing2 and of course la menarik, kalau tak tak jadi tumpuan kan.. ^_^

gerak pagi tu pukul 9am, terus nak ke Chateau de Versailles, istana yang grand habis la! tapi elok dah sampai kat station RER nak pi sana, baru tau yang istana tu tutup hari isnin. so kami decide nak pi sana hari last. hari tu kami terus ke Basilique du Sacre-Coeur, Les Halles (sebut 'leha' as in 'zaleha' ye!! hehehe), sambung ke Notre Dame, Paris Grand Mosque dan Arc de Triomphe (sedap gila cara sebut nama ni!!susah nak tulis laa ;p) dan area shopping mewah kat Paris iaitu Champs Elysees (tengok sudehhh).

entry ni kita pi Basilique, Les Halles dengan Notre Dame dulu, esok kita sambung jalan2 kat masjid, Arc de Triomphe ngan Champs Elysees okeh!

this is the Basilique du Sacre-Coeur. terletak di bahagian utara Paris. nak sampai sini, kena naik bukit sikit. ni salah satu church yang popular dan cantik kat sini. siap dibina pada tahun 1914, bernilai 40 juta francs (time tu tak guna euro lagi kot!). church ni main peranan penting dalam ramon catholic. overal ok! tak dak la super cantik, plus bila masuk dalam tu (free je), rasa suram je. lemas ok! tak boleh ambik gamabr pulak! haih.. oh btw, ni 1st time masuk church tau. just nak tau macam mana keadaan dalam tu. at least kita kena amik tau kan? bukan pi saja2, ada benda yang kita boleh belajar. tak berdosa kan masuk church, as long as kita masih ada iman dan pegang pada yang satu, insyaAllah =)

bahagian depan

curi2 ambik gambar dalam tu! hahaha normal je.. kecuali banyak ukiran2 dan kat kiri kanan church ni ada bahagian2 tersendiri. kira boleh pilih la nak dok kat mana kot2 nak bertafakur dalam tu. ramai jugak la yang dok berteleku, berdiam diri, kaku kat situ.

dah keluar balik. dari atas tu, nampak la pemandangan Paris. dari sini pemandangan macam biasa je. nanti ada entry fini naik eiffel tower, time tu kita tengok sama2 kecantikan bandar Paris okeh?

oh ada jugak tangga nak ke bahagian bawah Basilique ni. depa buat macam museum, tapi kena bayar. so terus malas nak masuk..

dari tepi

nampak jugak eiffel tower dari sini.

ni bila dah turun dari bukit tu.

bawah Basilique ni ialah satu kawasan shopping yang macam murah2, iaitu Les Halles. affordable kalu nak beli souvenirs dan banyak kedai kain. nama pun Paris, mesti la banyak kedai kain kan..

antara deretan kedai kat Les Halles atau kita sebut 'leha'! time ni dah pukul 11 macam tu, tapi tak breakfast lagi. just minum air mineral ngan pancake je kat hotel tadi. so harus la perut pun kriuk-kriuk. jalan2 jumpa la kedai makanan halal kat Les Halles ni. syukur2..

makan burger yang ala2 Big Mac. rindu McD.. =( time ni fini, yana ngan kayla je. orang lain sibuk bershopping lagi! apa2 hal, perut kasi jaga dulu ;p

lepas tu sambung jalan2, beli barang sikit. then salah sorang kawan yang pi sekali ni, Erma, dia ada kawan yang study kat France. ni kira nak jumpa la. dah nama pun study kat France, mesti la dah hebat pasai Paris ni. dah call2, mesej2 semua, decide nak jumpa kat metro La Chapelle. kami pun gerak la dari Les Halles, straight naik metro pi La Chapelle. so jumpa la kawan Erma ni, Azwan. dia pun bawak lagi 2 orang kawan dia. paling best sebab depa bawak pi makan kat satu kedai aney ni, pekena nasi beriyani ngan teh tarik, baekkk punya!!! padahal baru lepas makan bruger kan? hahaha kami pun share la nasi beriyani tu 3 orang, banyak tau! lepas tu, depa bawak pi jalan2 Notre Dame, masjid ngan Arc De Triomphe. since ada depa, fini dah tak payah jadi 'GPS' dah.. hehehe

baju oren tu azwan, tengah tu din, hujung tu sham. ramah dan baik je depa ni! tima kasih bawak kami jalan2!! (kredit untuk dslr fizah dan fb arah ^_^)

jangan terpedaya dengan posisi pinggan di hadapan fini. seriusly, sepinggan tu kami share 3 orang! nampak tak teh tarik tu dia letak dalam gelas besi, ala2 kole tu! hahaha kedai mamak versi Paris!!

perut dah kenyang, sambung jalan ke Notre Dame, sebuah cathedral lama yang dianggap sebagai salah satu binaan terbaik dalam French Gothic Architecture di seluruh europe. siap dinina pada tahun 1345. lama dah kan? banyak la cerita2 mistik la, sejarah la apa benda la pasai Notre Dame ni.

tapi basically, macam Basilique jugak. dalam tu gelap je. tapi yang ni lagi besar dan orang yang beratur nak masuk memang panjang. again, kami 3 orang je yang masuk. bukan la berminat nak masuk gereja sangat, tapi macam you have to learn something and observe the culture bila dah sampai kat tempat macam ni. dalam ni boleh ambik gambar, tapi tak boleh guna flash. so tengok je la yang mana ada.

bahagian depan Notre Dame.

pandangan tepi Notre Dame, dari atas cruise. panjang kan?

ramai kan orang beratur nak masuk? free je, grab the chance la!

antara bahagian tepi kat dalam tu. setiap sudut ada tempat penyembahan. nampak tak, depa besungguh betul? sampai melutut, merangkak dari tangga untuk nak sampai betul2 depan tu. kita kadang2 nak berdoa lepas sembahyang pun macam kalut2 je..

haa belakang cross besar kat centre chuch ni, ada benda ni tau. 1st thing yang fini ingat ialah cerita Angels & Demons!! hehehe ingat tak bila pope tu mati, kan mayat dia pun simpan dalam coffin macam ni. memang la cerita tu kat Vetican City, tapi design church dalam movie tu dengan Notre Dame lebih kurang la. ada part tangga depan altar yang ke bahagian bawah tanah, scary!!! hahaha tapi mestila tak boleh masuk kan.. apa cerita nak pi bawah tanah benda ni pulak?

oh lupa nak bagitau, Notre Dame ni jugak jadi tempat pertabalan raja2 France sebelum ni. mungkin kat bahagian ni! ingat Napoleon Bonapart? dia pun ditabalkan dalam Notre Dame ni pada hari ahad 2 december 1804.

lagi satu depa guna lilin ni untuk berniat kot. boleh la kalau nak beli, pastu nyalakan dan letak situ. ambik gambar sudahh..

ni bahagian tengah. kat hujung sekali tu, nampak cross tu tak? belakang tu la yang ada coffin yang fini tempek gambar kat atas tadi.

dah keluar. saja nak tunjuk bahagian depan notre dame ni. ada patung banyak kan? tak sure patung2 tu melambangkan sapa, raja ke, pope ke, priest ke.. sori lupa nak korek sejarah habis-habisan!

kami dah keluar, tapi ramai lagi yang beratur.

tiba2 jadi model depan Notre Dame!! hahaha

lepas tu kami pi masjid nak semayang jama' zohor-asar. esok pulak eh!

p/s: kali ni pakai baju wazap bagi hadiah pulak =)

Saturday, June 26, 2010

Paris~ Part 3 (Bercanda di Eiffel Tower dan Berlayar Mengelilingi Kota Paris)

lepas dah mandi, semayang, rest, makan semua, dalam pukul 5pm tu ambik metro dari Malakoff Plateau de Vanves ke Invalides, then tukar ambik RER ke Champ de Mars Tour Eiffel. (wah, sepanjang kat sini, fini terer baca map ok!) hahaha oh btw, in French, Eiffel Tower is Tour Eiffel. sampai situ dalam pukul 6pm lebih kurang..

first bila nampak depan mata, rasa macam "wow!! finally sampai jugak kat sini!!" macam teruja habis la! kan sebelum ni selalu tengok dalam magazine or tv je, so syukur banyak2 =) tapi kan, sebenarnya Eiffel Tower ni tak la gorgeous sangat pun, especially bila tengok dari dekat time siang macam ni. besi je pun semata-mata. tu pun penuh mengenyut orang. tourists lagi, orang dok jual souvenirs lagi. haa yang ni memang kasi panas! jenis yang ikut je kita jalan, suruh beli. berpuluh-puluh penjual, gila ah! time ni, jangan dok buat ramah tamah tersenyum mesra, tak da makna ok! bukan berlagak, tapi bahaya kot! unless kalau dapat betul2 murah, fine! tapi fini still tak beli gak, kih kih kih! geram sebab depa ni jenis nak paksa2. so baik tak payah beli terus, puas hati! *macam berlagak kan? percayalah, bukan itu niat saya!*

so tengok la gambar2 Tour Eiffel dari pelbagai sudut.. (oh hari tu cloudy sikit eh, so ala2 redup, tak payah pakai shades..)

ni the 1st pic ambik kat bawah eiffel tower. see? besi je kan??

haa, lagi tak cantik terus! ni exactly bawah eiffel tower tu. *dengki gila, saja ambik gambar bagi nampak buruk kan??*

ni dari tepi pulak

dari depan Park Du Champs De Mars.

di sebalik pokok2

yee haaa!!! raksaksa kembali menyerang!!!

pendek je kan kalau tengok dalam gambar ni?

ni kat hujung park.

eiffel di balik cermin

antara tiang2

antara tiang dan aku.. *waah, tajuk dah macam lagu indon nih!*

dah habis pusing2 bawah eiffel, dalam pukul 8.30pm kami naik cruise pulak!! harag asal 11€, tapi guna voucher dalam buku Paris guide, dapat la 8€. ok la, sejam dok atas tu. the sightseeing cruise of paris!

ni cruise tu. for sure la lepak atas, baru boleh feeling2 hindustan bila tudung terbang2 kan! hahaha

depan eiffel ni je tempat naik cruise tu. lintas jalan, terus naik cruise pulak. so basically nak bagitau yang eiffel ni depan sungai. bila malam nampak cantik la! tapi la ni kan summer, pukul 10pm pun dok cerah lagi.. hmmm.. =(

haa ni untuk sapa yang ada duit lebih, kot2 teringin nak dinner dalam cruise, romantik2 kan, ada jugak restaurant dalam cruise tu. tapi bukan jenis yang kami naik la. tak pa la, kat sini tak payah mengada-ngada makan hebat2 lagi, balik nanti kita kasi serbu The Loaf okeh!! *bfifi, take note pleaseeee..*

cruise dah mula jalan!

mai turun ambik gambar kat depan deck sat

bahagian belakang pulak

tu ialah Notre Dame. next entry kita pi sana..


time ni, dalam cruise tu ada wedding reception tau! omg, feeling habis kot kawen kat situ!! nampak grand gila, siap pakai wedding gown kembang2! nak buat kenduri kawen kat tempat macam ni jugak boleh??? *pengsan la berangan nak kawen macam tu!*

ok, time ni dah pukul 9.30pm, cruise dah patah balik. time ni jugak eiffel tower dah mula bukak lampu.. kalau dah gelap terus dalam pukul 11pm, mesti nampak lagi cantik. tapi berpuas hati la setakat ni ye semua. nak stay sampai gelap terus tak boleh, sebab bahaya kan bila nak balik hotel. dah la semua pompuan.. cantik2, lembut2, baik2 pulak! (including me yeah!)

yes, kasi zoom sikit!

ni dah turun dari cruise. dah nak balik hotel. dah dekat pukul 10pm time ni. ni gambar dari dslr fizah, tapi cilok dari facebook arah! thank you dears!! (additional info: daripada 12 orang yang pi ni, 4 orang ok pakai dslr! farahin, fizah, su ngan erma! gilo kaya ah..)

ni time lampu berkelip. kalau tengok live serius cantik! melompat je kami time tu.. hahaha 10 minit setiap jam, lampu kat eiffel tower ni berkelip macam tu. video memang ada, tapi buruk la, sebab chaotic sangat kot..

haa ni la punca tak boleh balik lewat sangat! sebab world cup ni, screen dok depan eiffel tower.actually kan, fini sangat2 happy sebab boleh tengok sendiri macam mana orang yang fanatic dengan bola bila time world cup ni. malam tu Brazil vs Ivory Coast or Cote d'Ivoire. orang ramai gila depan ni. everytime masuk gol, akan bukak lagu Wavin' Flag tu, part yang "so wave your flag, and wave your flag" semangat ok!! memang ramai2 kibar bendera! cool laa.. hehehe tapi by the time kami sampai kat metro station, depa dah habis tau tengok bola. kan Brazil menang, gila kecoh ah! jerit2, nyanyi2, ketuk2 tong la semua. takut jugak, tapi best la! experience kan? kami biaq depa jalan dulu, baru ikut dari belakang..

ramai kan?

dari atas dataran tempat tengok bola tu. lepas tu straight ke metro station je.

so habis la hari first punya pengembaraan. esok kita sambung jalan2 kat tempat2 yang penting kat Paris pulak.. =)