tajuk tak dak feel eh? sebab, second day ni kami pi kat tempat2 yang penting kat Paris. kira kalau mai Paris macam kena pi la selain dari eiffel tower dan mona lisa tu. setiap tempat tu ada sejarah dan cerita masing2 and of course la menarik, kalau tak tak jadi tumpuan kan.. ^_^
gerak pagi tu pukul 9am, terus nak ke Chateau de Versailles, istana yang grand habis la! tapi elok dah sampai kat station RER nak pi sana, baru tau yang istana tu tutup hari isnin. so kami decide nak pi sana hari last. hari tu kami terus ke Basilique du Sacre-Coeur, Les Halles (sebut 'leha' as in 'zaleha' ye!! hehehe), sambung ke Notre Dame, Paris Grand Mosque dan Arc de Triomphe (sedap gila cara sebut nama ni!!susah nak tulis laa ;p) dan area shopping mewah kat Paris iaitu Champs Elysees (tengok sudehhh).
entry ni kita pi Basilique, Les Halles dengan Notre Dame dulu, esok kita sambung jalan2 kat masjid, Arc de Triomphe ngan Champs Elysees okeh!
this is the Basilique du Sacre-Coeur. terletak di bahagian utara Paris. nak sampai sini, kena naik bukit sikit. ni salah satu church yang popular dan cantik kat sini. siap dibina pada tahun 1914, bernilai 40 juta francs (time tu tak guna euro lagi kot!). church ni main peranan penting dalam ramon catholic. overal ok! tak dak la super cantik, plus bila masuk dalam tu (free je), rasa suram je. lemas ok! tak boleh ambik gamabr pulak! haih.. oh btw, ni 1st time masuk church tau. just nak tau macam mana keadaan dalam tu. at least kita kena amik tau kan? bukan pi saja2, ada benda yang kita boleh belajar. tak berdosa kan masuk church, as long as kita masih ada iman dan pegang pada yang satu, insyaAllah =)
bahagian depan
curi2 ambik gambar dalam tu! hahaha normal je.. kecuali banyak ukiran2 dan kat kiri kanan church ni ada bahagian2 tersendiri. kira boleh pilih la nak dok kat mana kot2 nak bertafakur dalam tu. ramai jugak la yang dok berteleku, berdiam diri, kaku kat situ.
dah keluar balik. dari atas tu, nampak la pemandangan Paris. dari sini pemandangan macam biasa je. nanti ada entry fini naik eiffel tower, time tu kita tengok sama2 kecantikan bandar Paris okeh?
oh ada jugak tangga nak ke bahagian bawah Basilique ni. depa buat macam museum, tapi kena bayar. so terus malas nak masuk..
dari tepi
nampak jugak eiffel tower dari sini.
ni bila dah turun dari bukit tu.
bawah Basilique ni ialah satu kawasan shopping yang macam murah2, iaitu Les Halles. affordable kalu nak beli souvenirs dan banyak kedai kain. nama pun Paris, mesti la banyak kedai kain kan..
antara deretan kedai kat Les Halles atau kita sebut 'leha'! time ni dah pukul 11 macam tu, tapi tak breakfast lagi. just minum air mineral ngan pancake je kat hotel tadi. so harus la perut pun kriuk-kriuk. jalan2 jumpa la kedai makanan halal kat Les Halles ni. syukur2..
makan burger yang ala2 Big Mac. rindu McD.. =( time ni fini, yana ngan kayla je. orang lain sibuk bershopping lagi! apa2 hal, perut kasi jaga dulu ;p
lepas tu sambung jalan2, beli barang sikit. then salah sorang kawan yang pi sekali ni, Erma, dia ada kawan yang study kat France. ni kira nak jumpa la. dah nama pun study kat France, mesti la dah hebat pasai Paris ni. dah call2, mesej2 semua, decide nak jumpa kat metro La Chapelle. kami pun gerak la dari Les Halles, straight naik metro pi La Chapelle. so jumpa la kawan Erma ni, Azwan. dia pun bawak lagi 2 orang kawan dia. paling best sebab depa bawak pi makan kat satu kedai aney ni, pekena nasi beriyani ngan teh tarik, baekkk punya!!! padahal baru lepas makan bruger kan? hahaha kami pun share la nasi beriyani tu 3 orang, banyak tau! lepas tu, depa bawak pi jalan2 Notre Dame, masjid ngan Arc De Triomphe. since ada depa, fini dah tak payah jadi 'GPS' dah.. hehehe
baju oren tu azwan, tengah tu din, hujung tu sham. ramah dan baik je depa ni! tima kasih bawak kami jalan2!! (kredit untuk dslr fizah dan fb arah ^_^)
jangan terpedaya dengan posisi pinggan di hadapan fini. seriusly, sepinggan tu kami share 3 orang! nampak tak teh tarik tu dia letak dalam gelas besi, ala2 kole tu! hahaha kedai mamak versi Paris!!
perut dah kenyang, sambung jalan ke Notre Dame, sebuah cathedral lama yang dianggap sebagai salah satu binaan terbaik dalam French Gothic Architecture di seluruh europe. siap dinina pada tahun 1345. lama dah kan? banyak la cerita2 mistik la, sejarah la apa benda la pasai Notre Dame ni.
tapi basically, macam Basilique jugak. dalam tu gelap je. tapi yang ni lagi besar dan orang yang beratur nak masuk memang panjang. again, kami 3 orang je yang masuk. bukan la berminat nak masuk gereja sangat, tapi macam you have to learn something and observe the culture bila dah sampai kat tempat macam ni. dalam ni boleh ambik gambar, tapi tak boleh guna flash. so tengok je la yang mana ada.
bahagian depan Notre Dame.
pandangan tepi Notre Dame, dari atas cruise. panjang kan?
ramai kan orang beratur nak masuk? free je, grab the chance la!
antara bahagian tepi kat dalam tu. setiap sudut ada tempat penyembahan. nampak tak, depa besungguh betul? sampai melutut, merangkak dari tangga untuk nak sampai betul2 depan tu. kita kadang2 nak berdoa lepas sembahyang pun macam kalut2 je..
haa belakang cross besar kat centre chuch ni, ada benda ni tau. 1st thing yang fini ingat ialah cerita Angels & Demons!! hehehe ingat tak bila pope tu mati, kan mayat dia pun simpan dalam coffin macam ni. memang la cerita tu kat Vetican City, tapi design church dalam movie tu dengan Notre Dame lebih kurang la. ada part tangga depan altar yang ke bahagian bawah tanah, scary!!! hahaha tapi mestila tak boleh masuk kan.. apa cerita nak pi bawah tanah benda ni pulak?
oh lupa nak bagitau, Notre Dame ni jugak jadi tempat pertabalan raja2 France sebelum ni. mungkin kat bahagian ni! ingat Napoleon Bonapart? dia pun ditabalkan dalam Notre Dame ni pada hari ahad 2 december 1804.
lagi satu depa guna lilin ni untuk berniat kot. boleh la kalau nak beli, pastu nyalakan dan letak situ. ambik gambar sudahh..
ni bahagian tengah. kat hujung sekali tu, nampak cross tu tak? belakang tu la yang ada coffin yang fini tempek gambar kat atas tadi.
dah keluar. saja nak tunjuk bahagian depan notre dame ni. ada patung banyak kan? tak sure patung2 tu melambangkan sapa, raja ke, pope ke, priest ke.. sori lupa nak korek sejarah habis-habisan!
kami dah keluar, tapi ramai lagi yang beratur.
tiba2 jadi model depan Notre Dame!! hahaha
lepas tu kami pi masjid nak semayang jama' zohor-asar. esok pulak eh!
p/s: kali ni pakai baju wazap bagi hadiah pulak =)
4 comments:
seriusly 1st church tu looks like masjid...
oh yaa..sonok 3 jejaka tu bwk 12 girls jalan2..hahha..
for this tyme..i vote for pic model notre dame tu..hahha^_^
kan? i pun pikir camtu tau mula2.. hehehe
yes, sila vote! ;p
boleh bgtau tak kalau nak ke masjid paris tu perlu turun ke stesen mana dan amik apa..tqvm
boleh bgtau tak kalau nak ke masjid paris tu perlu turun ke stesen mana dan amik apa..tqvm
Post a Comment