Thursday, April 14, 2011

Bila??

Internet ke cari pasal
Blogger ni ke yg buat hal
Dari td nak upload gambar tak boleh2
Haih..

Sepi gila blog kan?
Nak online pun malas
Ye la sejak makayah balik ni
Rasa lainnnnn je
Selalu pagi2 mak gerak
Turun bawah breakfast dah siap
Then gelak2 ngan makayah
Kemas2 rumah,sidai baju kat luar
Pastu keluar jalan
Balik petang mesti mek,yana,tan n kayla dah prepare meal :D
Now?adeeiii..
Kembali ke hidup bujang :(

Ish tak boleh jadi ni
Bila tahun nak boleh update cerita
Esok kena bawak cik lappy p bawah la..

Sent from my iPhone4

Wednesday, April 13, 2011

ehem, kembali bersiaran! "makayah di london"

ye la ye la..maaf la lambat kan
sila la marah
ni semua salah internet
ok fine, kadang2 sebab i malas jugak
syaitonnir rajim ni! haih...

so gambar2 ni time second day kat london
1st day sampai dah petang
check in kat Whiteleaf Hotel pun dah almost 6pm
rest, dinner, jalan2 kat Bayswater sikit terus balik bilik tido..
esok tu bawak jalan2 pusing London
pi tempat2 yang significant la
shopping, museum semua lepas balik Paris

kat sana semua gerak pakai tube je
tak pun jalan kaki
alhamdulillah kuat makayah jalan!
ayah memang suka bab2 jalan ni
surprisingly, mak pun hebat okay!!
minum sarang burung ye mak??
hehehe

i bagus tau
sambil jalan, sambil cerita sejarah semua
tunjuk semua benda
macam tourist guide bertauliah gitu
tak sesat langsung weih
hebat kan??
hehehe


first stop, Trafalgar Square. time ni burung tak banyak (selalu banyak gila burung kat sini) sebab depa tengah cuci fountain keliling tu. rugi la, kalau tak fountain tu cantik jugak.
then sambung jalan ke ke Jubilee Bridge untuk cross Thames River.

on the bridge

lepas dah cross. belakang mak tu London Eye

in front of the London Eye

jalan along the river untuk nak cross bridge belakang ayah tu nak pi ke sebelah sana pulak.

atas bridge tadi. belakang tu Big Ben ngan Parliament House.

lalu sebelah Westminster Abbey ni depa tak minat la. nak ambik gambar pun tak mau. eksen nih, hahaha

sambung jalan ke St James Park untuk tembus ke Buckingham Palace. kat park ni stop lepak minum2 sambil makan chocolate ngan keropok. best je tengok orang ngan burung2.

depan Buckingham Palace. dah banyak prepartion untuk royal wedding nanti. broadcast van pun banyak. mungkin William ngan Kate berarak dari sini kot. tapi nanti diorang dok Kensington Palace (lepas balik Paris baru pi situ pulak), tempat Princess Diana dulu. pak guard Kensington Palace tu siap bagitau William n Kate tu nanti dok kat apartment 8 dalam istana tu. ceh, macam boleh pi melawat je. ingat jiran ke?
walaupun gate kecik ni bukak, tetap la tak boleh masuk kan. but i dont think Queen ada time ni..

main gate

sambung jalan sampai tembus ke backyard Horse Guards Parade.

Old Admiralty Building, kembar ngan Horse Guards Parade.

muka kejung, badan tegak je guard ni. kesian, nak senyum pun tak boleh. makyah lepas tu suka, gelak2 je ;p

kuda ni pun kesian. nak pi mana2 pun tak boleh, berak pun kat situ je. mesti lenguh eh? hoho, 2 kali i mai sini tetap la tak berani jugak nak berdiri dekat2.

jalan sikit dari Horse Guards Parade entrance akan tembus balik ke Trafalgar Square. dari situ naik tube ke Hyde Park Corner. ye, sebab nak pi Hard Rock.

eh 2 orang ni.. kat sini beli tshirt bfifi (lagi?), baan, b.et ngan cik kak. tehn, naik tube balik nak pi Tower of London ngan Tower Bridge.
Tower of London, bangunan paling tua kat London. muka penat dah time ni, hehe

belakang Tower of London ni ada Tower Bridge. lalu kot tepi ni la untuk ke Tower Bridge tu.

tengah2 Tower Bridge.

Tower Brdige. dulu, harta2 n jewellery kerajaan British simpan dalam menara tu la. i baca dalam buku la. lepastu konon berhantu pulak menara ni sebab ada kerabat kena kurung la, bunuh la..

time tu dah petang
mak dah nak ajak balik dah
tapi ayah teringin nak pi Royal Albert Hall
alaa tempat siti buat konsert dulu tu
Allahyarham sudirman pun pernah dijemput buat performance kat sini
so kami pun naik tube turun kat nearest station, South Kensington
dari situ jauh jugak la jalan nak pi Royal Albert Hall ni
tak pa penat
janji hati gembira!
tapi serius la kuat gila depa jalan
i pulak yang sat2 nak minum la, ice-cream la ;p

entrance

dari tepi

then balik hotel
dinner pun kat hotel je
nasib baik ada halal indian restaurant kat hotel
so tak payah dah nak cari kedai makan lain
malam tu tido awal, letih kan..
esok pi Paris pulak
next entry okeh!

sekian saja laporan perjalanan percutian pertama Haji Akib dan Hajjah Majmin di kota London. sehingga bertemu lagi di entry akan datang. Afini Akib melaporkan dari 13 Westminster, Coventry. ^_^

p/s: i dont know apsal pictures while composing nampak blurry n tak sharp. tak tau la bila dah publish ok ke tak. tapi sebelum ni kat iPhoto terang, nice je! haih.. macam2..

Friday, March 25, 2011

dublin

flight dari birm ke dublin 8.30am
so 6am keluar rumah ambik train terus ke birm international
alhamdulillah semua ok :)
selamat sampai balik khamis malam jumaat
hari jumaat tu tidoq sampai busuk!
makayah bangun awal je
oh tapi saya sangat tak tahan ok
muahaha

sampai dublin tu terus ambik bus ke hostel
hahaha makayah pun kena merasa tido hostel, ya ampunnnn
tapi ok la, triple bed en-suite kan
bukan dorm ;p

dublin ok je la
just nice!
kalau ikut plan asal nak ambik tour ke country side
cantik! dekat dengan laut
tapi tour tu ada time weekend je
so pusing2 dalam dublin sudah
tu pun banyak dah!

tapi entry ni tak boleh nak detail sangat
i busy laaaa
tadi dah spend whole day kat birm
esok nak pi london pulak
beg tak kemas lagi ni
sebab kat london ni
tidoq 2 malam
pastu straight ke paris pulak
then balik singgah london lagi 4 malam
baru la balik coventry
busy kan??

kat dublin ambik sight seeing tour
naik double decker bus macam kat london tu
feeling tourist habis nih!
ireland sejuk lagi kalau compare ngan cov
so kena pakai jaket lagi
tapi ok je
makayah besuka ria je!!

*fine! my pics sikit je dalam ni. afifi akib kata, i kena jadi camerawoman je :(*

tour bus. harusla dok atas kan? feeling angin sejuk membuai2 ;p

bosan naik bus, turun pulak jalan. ni kat area bank of ireland.

hari tu kami pi shopping souvenir je
pastu makan2
then balik bilik
letihhhhh, tidoq awal!

esok, sambung jalan. kali ni lalu kat Liffey River, tengah2 dublin. sungai ni sambung sampai laut. kami pun jalan la sampai Dublin Port tu. kuat betul makayah jalan!
along the river tu, ada Custom House 1791.

Scherzer Bridge 1912.

ayah suka kat sini sebab ramai orang naik bicycle. orang pakai blazer kacak2 pun ambik bicycle kat sini je. so i pun eksen la atas ni. sebab ayah suka ni, bukan saja2! :)

Jeanie Johnston Famine Ship

kat dublin banyak malaysian restaurants weih! ni one of them laa..

ok hard rock cafe dublin. incik afifi dah boleh senyum.

lunch kat Diwali Restaurant. south indian food. omg! sedap gila!! ayah pun kata lamb curry tu sedap. ayahmak makan ngan nasik. i makan plain naan je. tapi best la, starter pun nice..
ok perut kenyang!

sambung jalan ke dublin castle 1204

pintu kat castle tu

garden (part of the castle)

last day. shopping sajaaaa

hahaha nasib la barang untuk i kan!

kat Arnotts. mungkin discuss nak beli apa lagi kat adik ni.. kih kih kih

ok dah... tunggu aircoach nak pi airport dah

see? happy kan mereka? ni dah nak ke gate dah.

eh? i pun happy jugak?? harus la! hasil lumayan ye abang2!!! sila jeles!!!! kahkahkah


actually banyak lagi gambar
tapi nanti la
i bagi kat makayah
biaq depa cerita naa :)))

insyaAllah, lepas ni doakan trip ke london dan paris selamat dan lancar, amiiinnn

Monday, March 21, 2011

kesayangans ^___^

flight landed 9.33pm on jumaat malam sabtu
tapi 10.30 baru makayah muncul kat international arrival hall
hahaha boleh pulak depa saja relax slow2 ambik beg semua
sejam ok berdiri kat pagar depan arrival hall tu
semangat sampai tak boleh duduk, berdebar!!!

bila nampak je makayah
harusla gedik melampau kannnn
syukur weihhh, happy tak terkata
alhamdulillah, terima kasih ya Allah :)


Costa Stansted Airport. masing2 penat. ayah dah tak sabaq nak minum dah.
hari sabtu tak pi mana
makayah letih kan
makan, tidoq, rest
eh pastu un jan nak mai rumah
dia kat london time tu
tiba2 je cakap dah dalam train dari london euston
macam best je tiba2 gathering kat sini
ok tak la gathering sangat pun
tapi still la suka!

un jan dah nak balik london sebab ahad tu dia dah nak balik kl. ni hantar kat train station. serius muka un jan macam mak. ok fine, dah abang mak kan! hahaha

ahad, pi jalan2 pusing city centre
dekat je kan ngan rumah
jalan kaki 2 minit only
suka je depa tengok barang yang bajet murah
sekali convert, i mean darab ngan 5
terus hesitate hahaha
tapi time ni pun makayah dah start shopping dah
puas tahan, relax dulu
banyak lagi lepas ni, insyaAllah

jalan2 kat furniture shop. semangat ayah nak beli tv kat rumah kami, tapi tak dapat la kan. malas nak lesen, contract bagai. kat sini kalau nak tengok tv kena ada lesen, cehhhh..

eh tiba2 i pulak yang dapat hadiah! muahahaha now u know the beauty of being the youngest child ;p feeling2 gg pulekkk..

malam tu kawan2 mai rumah
jumpa makayah
mak masak nasi tumis macam nasi lemak tu
dalam 20 org jugak la yg gather including kami
best!!

tetamu awal aka geng usrah :)

tenkiuuuu wei mai rumah jumpa makayah aku :)

hari ni, isnin pagi2 bawak makayah pi market
beli barang dapur semua
lepas tu pi uni

city, on the way ke bus stop utk p uni. mak adalah fanatic bunga. banyak je snap ngan bunga.

dari city, terus pi uni
bawak makayah pusing2 uni
semayang zohor kat prayer hall n lunch kat xanana cafe

ni kat my uni, social studies building.

lunch tadi kat xanana cafe. ni ayah punya, honey bbq chicken. eh mak punya choice, menu fish of the day, nama apa ntah, serius sedaaaap! tapi time ni masing2 lapaq tak ingat, makan je. tak sempat dah nak ambik gambar :(

ayah pun memang lapaq time ni. tengok camera pun tak mau dah. ish..

lepas lunch naik bus pi Leamington Spa
jalan2 kat situ
pusing2 kat park sampai penat
on the way balik rumah dalam bus tu
makayah tido je :)

macam bersanding dalam taman youuuuuuu!!! kih kih kih

waaaah ayah dah pandai senyum sikit sekarang!! hehehe oh mungkin pengaruh gadis solehah di belakang beliau :)))

mak kata pokok ni lawa. kena ambik gambar.

esok pagi flight ke dublin, 8am dari birm airport
khamis malam baru balik coventry
doakan selamat semua, amiiinnn..