Showing posts sorted by relevance for query paris. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query paris. Sort by date Show all posts

Friday, June 25, 2010

Paris~ Part 1

oh yeah, bangun lewat pagi tadi, sebab letih sangat kot! bangun je terus suara jadi pelik, macam sangkut2 kat tekak. pastu hari ni muka dah macam lebam2, sebab sun burn! huaaaaaa!!! sapa cakap kalau dok oversea muka jadi putih gebu?? lagi teruk ok! for me la, mana dengan jerawat lagi, hitam sebab sunburn lagi, tembam lagi! camna nak balik ni???? ok, abaikan la, tak kisahh!

cerita pasai holiday ke paris, super cool ok!!! termasuk fini, 12 orang yang pi, semua pompuan! sangat menguji daya ketahanan, sebab kat sana semua kena gerak sendiri, bahasa dah la tak paham, tapi Alhamdulillah semua ok dan fini sangat happy! setakat ni, this is my BEST HOLIDAY!!!

kedudukan UK dan France.

perjalanan bermula petang 19 june, naik bus dari coventry ke london. pastu dari london, naik bus pukul 9.30pm straight ke Paris. dalam pukul 1.30am, masuk sempadan France. dari UK nak ke France, kena seberang laut kan, so bus tu masuk dalam ferry yang besar. pastu semua kena turun bus, dan dok dalam ferry tu. lama jugak la, dalam sejam setangah atas tu. ya Allah, time dok atas kapal tu kan, dah la perut kosong, memang macam nak muntah je! perut jadi macam ombak! hahaa tapi best la, experince kan!

kami naik ferry macam ni la lebih kurang. bahagian bawah tu tempat parking bus, kereta ngan lori.yang ada tingkap2 tu tempat kami lepak.

dalam ferry, tekelepek dah! tapi boleh lagi la nak buat peace. gelap je kan, tak nampak la laut kat luar..

7.00am sampai Gallieni Station, kira outskirt Paris. kat situ, naik train yang dipanggil metro ke Paris untuk nak check in hotel. hotel tu kat Malakoff, bukan tengah bandar Paris la, 15 minit naik metro dari Malakoff nak ke centre Paris. kami beli tiket Paris Visit untuk 5 hari, berharga 28€, boleh guna untuk naik Metro, bus(tak naik pun) dan RER (sebut 'gheh'). RER ni pun train jugak, tapi 2 tingkat. tiket ni boleh guna untuk Paris zone 1 - 3 je. so bila pi Versailles(last day) ngan Disneyland(3rd day), kena beli tiket lain sebab versailles ngan disneyland kat zone 5. sepanjang 4 hari tu, kami gerak guna metro ngan RER je..

kecik je ticket ni..

tempat simpan ticket.

dalam Metro. buruk je kan train ni? LRT lawa lagi kot! hehehe

ni la hotel kami. sampai sini nak dekat pukul 8am, tapi tak boleh check in lagi, sebab kena tunggu pukul 12, so letak barang kat lobby, then pi jalan2 (next entry) jumpa mona lisa dulu ^_^

ni dah balik dalam pukul 2, dah boleh masuk bilik. ok jugak bilik, selesa, ada tv semua. fini share bilik ngan yana. untuk harag 20 € semalam, kira not bad la kat Paris ni. lupa nak bagi tau, kat Paris ni semua benda mahal, mahal lagi dari London! pengsan laa... sebelum pi, fini tukar 300 pound, dapat 350 € (euro), belanja 4 hari 3 malam kat sana termasuk makan, tiket bla bla, dah 293 €..

toilet dalam bilik. selalu kalau orang mai jalan2 tak kira la kat Paris ke mana2 ke, akan pilih hostel, sebab lagi murah kan. tapi masalah nya, hostel ni toilet kena share ramai2 dan kadang2 campur laki pompuan. so macam susah la.. tak pa la, bayar mahal sikit pun, janji selesa dan selamat kan?

tingkap dalam bilik fini. hotel ni kat kawasan perumahan.

ok habis dah intro, bagi warm up dulu! lepas ni sambung kisah perjalanan Fini The Explorer!!! huahuahua
*detail kan my description?*

Monday, June 28, 2010

Paris~ Part 5 (Lawatan ke Tempat2 Bersejarah - 2)

bagusnya kat Paris ni, agak ramai muslim dan ramai jugak yang boleh cakap arab. omg!! one of the good things is, i still can communicate in arabic! macam tak percaya kan??? dah berapa tahun dah tinggal.. hari tu depan eiffel, kami nak cari kedai makan halal tau, pastu jumpa satu couple arab ni, then tanya la, tapi dia macam tak berapa fasih english, ntah macam mana terkeluar perkataan arab, suddenly we just proceed with the conversation in arabic! hahaha alhamdulillah, tak sia2 belajaq 5 tahun kat maktab mahmud eh? one more thing, time kat Les Halles tu, nak beli barang, kalau cakap arab boleh dapat murah ok! so sapa2 nak pi Paris pasni, kalau reti cakap arab kira cool la! hehehe

hoih, lari tajuk nih! sebenarnya nak bagitau, kat paris ni ramai muslim, dan ada masjid or Paris Grand Mosque yang cantik dan agak besar. susah jugak nak pi masjid ni sebab jauh sikit dari metro station. tapi sebab ada 3 orang tourist guides tu, senang je la kan!

The Grandee Mosquee de Paris or Great Mosque of Paris yang siap dibina pada tahun 1926. ni ialah masjid terbesar kat France dan no 3 terbesar kat Europe tau! dibina selepas World War I, sebagai tanda terima kasih France kepada pejuang2 Muslim yang tolong France berperang lawan Germany.

dalam kawasan masjid, lepas semayang. belakang tu tempat semayang laki dan pompuan. kat tengah2 tu ada fountain kecik. sori, fini lindung, so tak nampak la ;p

laluan ke garden dalam masjid. oh nak ambik gambar dalam masjid, gaya kena sopan =)

dalam taman.

gaya2 muslimah solehah ok!

ambik gambar ramai2 sebelum keluar masjid dan sambung berjalan. time ni sham tolong ambik gambar.

destinasi seterusnya ke Arc de Triomphe. salah satu monumen yang paling penting kat bandar Paris. terletak kat hujung jalan yang paling sibuk dalam Paris iaitu Champs Elysees. Champs Elysees ni jugak kawasan shopping mewah dan branded. ada la LV, cartier, mont blanc, sephora, versace bla bla kat situ. kami jalan2, tengok2 sudehhh. hoih, mahal lagi dari oxford street kat london nuh! tak pa, nanti sebelum pi heathrow, fini singgah london dulu semalam, kot2 la dan grab apa yang patut ^_^

ni ha, hari tu kan Portugal menang lawan ngan Korea 7-0, ya Rabbi, depa punya syok!! haru sungguh, jenis yang fanatik habis-habisan nih. masalahnya depa pi berjimba tu kat depan Arc De Triomphe ni! tak pasai2 polis mai jaga kawasan situ. so automatic area tu tutup, kami tak boleh la nak pi dekat! hek eleh, over je geng Portugal ni! baru menang yang tu, bukan final pun! haih...

this is the Arc de Triomphe. dibina sempena menghargai jasa askar2 yang berperang untuk France, specific nya time Napoleonic Wars. bawah tu jugak ada satu kubur askar. rugi la tak boleh pi dekat! nampak tu depa ramai, tak pasai2 kami pun kena tahan satgi kalau jadi apa2..

see? polis ready je belakang depa kalau dok tak dok depa nak buat gila ka apa ka.

kat sini pun jadi la.. =(

ok dah start jalan kat Champs Elysees. depan Arc de Triomphe je pun..

see? besar kan butik LV? tak payah la nak membazir duit beli kat sini, mahal nak mati! (muka fini nampak frust kan?? frust tak boleh beli apa2 T__T)

dalam FNAC, salah satu tempat shopping kat Champs Elysees ni.

sebagai jalan yang paling sibuk, harus la jam kan?

tempat shopping lagi.

haa ni rare! fini, yana ngan kayla je ada gambar macam ni hehehe(sham tak termasuk sebab dia memang dok France, anytime boleh mai!) tengah2 lepak, sham ajak ambik gambar tengah2 arc de triomphe tu. berani kan? lintas jalan dan dok tengah2 tu! macam cool, sebab nampak betul2 berdiri tengah arc de triomphe tu!!

yes, kasi zoom. walaupun tudung tak cantik, tak pa la! hahaha over ok!

time ni dah pukul 9pm dah. so daripada sini terus balik hotel, makan dan tidoq. esok kita nak pi mana?? pi disneyland!!!! oh yeah!!!

Sunday, June 27, 2010

Paris~ Part 4 (Lawatan ke Tempat2 Bersejarah)

tajuk tak dak feel eh? sebab, second day ni kami pi kat tempat2 yang penting kat Paris. kira kalau mai Paris macam kena pi la selain dari eiffel tower dan mona lisa tu. setiap tempat tu ada sejarah dan cerita masing2 and of course la menarik, kalau tak tak jadi tumpuan kan.. ^_^

gerak pagi tu pukul 9am, terus nak ke Chateau de Versailles, istana yang grand habis la! tapi elok dah sampai kat station RER nak pi sana, baru tau yang istana tu tutup hari isnin. so kami decide nak pi sana hari last. hari tu kami terus ke Basilique du Sacre-Coeur, Les Halles (sebut 'leha' as in 'zaleha' ye!! hehehe), sambung ke Notre Dame, Paris Grand Mosque dan Arc de Triomphe (sedap gila cara sebut nama ni!!susah nak tulis laa ;p) dan area shopping mewah kat Paris iaitu Champs Elysees (tengok sudehhh).

entry ni kita pi Basilique, Les Halles dengan Notre Dame dulu, esok kita sambung jalan2 kat masjid, Arc de Triomphe ngan Champs Elysees okeh!

this is the Basilique du Sacre-Coeur. terletak di bahagian utara Paris. nak sampai sini, kena naik bukit sikit. ni salah satu church yang popular dan cantik kat sini. siap dibina pada tahun 1914, bernilai 40 juta francs (time tu tak guna euro lagi kot!). church ni main peranan penting dalam ramon catholic. overal ok! tak dak la super cantik, plus bila masuk dalam tu (free je), rasa suram je. lemas ok! tak boleh ambik gamabr pulak! haih.. oh btw, ni 1st time masuk church tau. just nak tau macam mana keadaan dalam tu. at least kita kena amik tau kan? bukan pi saja2, ada benda yang kita boleh belajar. tak berdosa kan masuk church, as long as kita masih ada iman dan pegang pada yang satu, insyaAllah =)

bahagian depan

curi2 ambik gambar dalam tu! hahaha normal je.. kecuali banyak ukiran2 dan kat kiri kanan church ni ada bahagian2 tersendiri. kira boleh pilih la nak dok kat mana kot2 nak bertafakur dalam tu. ramai jugak la yang dok berteleku, berdiam diri, kaku kat situ.

dah keluar balik. dari atas tu, nampak la pemandangan Paris. dari sini pemandangan macam biasa je. nanti ada entry fini naik eiffel tower, time tu kita tengok sama2 kecantikan bandar Paris okeh?

oh ada jugak tangga nak ke bahagian bawah Basilique ni. depa buat macam museum, tapi kena bayar. so terus malas nak masuk..

dari tepi

nampak jugak eiffel tower dari sini.

ni bila dah turun dari bukit tu.

bawah Basilique ni ialah satu kawasan shopping yang macam murah2, iaitu Les Halles. affordable kalu nak beli souvenirs dan banyak kedai kain. nama pun Paris, mesti la banyak kedai kain kan..

antara deretan kedai kat Les Halles atau kita sebut 'leha'! time ni dah pukul 11 macam tu, tapi tak breakfast lagi. just minum air mineral ngan pancake je kat hotel tadi. so harus la perut pun kriuk-kriuk. jalan2 jumpa la kedai makanan halal kat Les Halles ni. syukur2..

makan burger yang ala2 Big Mac. rindu McD.. =( time ni fini, yana ngan kayla je. orang lain sibuk bershopping lagi! apa2 hal, perut kasi jaga dulu ;p

lepas tu sambung jalan2, beli barang sikit. then salah sorang kawan yang pi sekali ni, Erma, dia ada kawan yang study kat France. ni kira nak jumpa la. dah nama pun study kat France, mesti la dah hebat pasai Paris ni. dah call2, mesej2 semua, decide nak jumpa kat metro La Chapelle. kami pun gerak la dari Les Halles, straight naik metro pi La Chapelle. so jumpa la kawan Erma ni, Azwan. dia pun bawak lagi 2 orang kawan dia. paling best sebab depa bawak pi makan kat satu kedai aney ni, pekena nasi beriyani ngan teh tarik, baekkk punya!!! padahal baru lepas makan bruger kan? hahaha kami pun share la nasi beriyani tu 3 orang, banyak tau! lepas tu, depa bawak pi jalan2 Notre Dame, masjid ngan Arc De Triomphe. since ada depa, fini dah tak payah jadi 'GPS' dah.. hehehe

baju oren tu azwan, tengah tu din, hujung tu sham. ramah dan baik je depa ni! tima kasih bawak kami jalan2!! (kredit untuk dslr fizah dan fb arah ^_^)

jangan terpedaya dengan posisi pinggan di hadapan fini. seriusly, sepinggan tu kami share 3 orang! nampak tak teh tarik tu dia letak dalam gelas besi, ala2 kole tu! hahaha kedai mamak versi Paris!!

perut dah kenyang, sambung jalan ke Notre Dame, sebuah cathedral lama yang dianggap sebagai salah satu binaan terbaik dalam French Gothic Architecture di seluruh europe. siap dinina pada tahun 1345. lama dah kan? banyak la cerita2 mistik la, sejarah la apa benda la pasai Notre Dame ni.

tapi basically, macam Basilique jugak. dalam tu gelap je. tapi yang ni lagi besar dan orang yang beratur nak masuk memang panjang. again, kami 3 orang je yang masuk. bukan la berminat nak masuk gereja sangat, tapi macam you have to learn something and observe the culture bila dah sampai kat tempat macam ni. dalam ni boleh ambik gambar, tapi tak boleh guna flash. so tengok je la yang mana ada.

bahagian depan Notre Dame.

pandangan tepi Notre Dame, dari atas cruise. panjang kan?

ramai kan orang beratur nak masuk? free je, grab the chance la!

antara bahagian tepi kat dalam tu. setiap sudut ada tempat penyembahan. nampak tak, depa besungguh betul? sampai melutut, merangkak dari tangga untuk nak sampai betul2 depan tu. kita kadang2 nak berdoa lepas sembahyang pun macam kalut2 je..

haa belakang cross besar kat centre chuch ni, ada benda ni tau. 1st thing yang fini ingat ialah cerita Angels & Demons!! hehehe ingat tak bila pope tu mati, kan mayat dia pun simpan dalam coffin macam ni. memang la cerita tu kat Vetican City, tapi design church dalam movie tu dengan Notre Dame lebih kurang la. ada part tangga depan altar yang ke bahagian bawah tanah, scary!!! hahaha tapi mestila tak boleh masuk kan.. apa cerita nak pi bawah tanah benda ni pulak?

oh lupa nak bagitau, Notre Dame ni jugak jadi tempat pertabalan raja2 France sebelum ni. mungkin kat bahagian ni! ingat Napoleon Bonapart? dia pun ditabalkan dalam Notre Dame ni pada hari ahad 2 december 1804.

lagi satu depa guna lilin ni untuk berniat kot. boleh la kalau nak beli, pastu nyalakan dan letak situ. ambik gambar sudahh..

ni bahagian tengah. kat hujung sekali tu, nampak cross tu tak? belakang tu la yang ada coffin yang fini tempek gambar kat atas tadi.

dah keluar. saja nak tunjuk bahagian depan notre dame ni. ada patung banyak kan? tak sure patung2 tu melambangkan sapa, raja ke, pope ke, priest ke.. sori lupa nak korek sejarah habis-habisan!

kami dah keluar, tapi ramai lagi yang beratur.

tiba2 jadi model depan Notre Dame!! hahaha

lepas tu kami pi masjid nak semayang jama' zohor-asar. esok pulak eh!

p/s: kali ni pakai baju wazap bagi hadiah pulak =)

Sunday, April 17, 2011

here we go yeah! bonjour Paghisss!!!!

ok laporan seterusnya!
naik Eurostar train dari St Pancreas International, London
nak pi Paris boleh pi naik flight, train or bus
bus memang la murah
tapi lama sangat, 10 jam weih!
time i pi dulu tak pa la
memang nak jimat kan
ni bawak makayah
bagi comfortable la kan..

nak naik flight harga lebih kurang je
so pilih naik train
saja nak try lalu tunnel dalam laut
cool weih!
mak syok gilaaa
even tak perasan pun kat mana laut, kat mana yang bawah tanah
tapi still la kagum kan
main tebuk2 laut pulak..

camni la train tu. laju! 2 jam setengah je p london-paris. tapi ni google je, tak sempat nak snap. busy tarik beg time ni.

mak yang happy naik train laju bedesuppp...

sampai Paris gare Du Nord International dah pukul 7.30pm
kalau london 6.30pm la
tapi paris kan cepat sejam..
so dah nak gelap
terus ke beli tiket train untuk 2 hari (esok and lusa)
naik metro ke hotel
makan pastu tidoq terus.

esok pagi baru pi jalan2
semua naik RER ngan metro je
ye, pi Eiffel Tower dulu
memang sebelum tu i dah pesan
jangan expect lebih2 Eiffel Tower ni
buruk :(
and yes! seperti yang dijangka
makayah macam "WHAT??"
hahahaha
ye la, kan dah bagitau
memang rangka macam pencawang letrik kat msia je
dah tu mak tak mau pulak naik atas, gayat
ayah pun dah tengok orang ramai beratur
dan2 je tak minat
sat je belek eiffel ni
sebab serabut dengan orang dok meniaga keliling tu jugak
rimas ok!
hoho saya telah menjadi garang sewaktu berhadapan dengan mereka
sebab haru depa ni,
tak paham bahasa..

bawah eiffel

bunga ni depa suka. time ni area cov ngan london tulip tak banyak lagi. once dah sampai paris, tulip dah banyak. so depa syok belek tulips je kat paris ni..

see? ayah pun suka..

macam malas layan je. i ajak jalan sampai hujung pun dah tak mau. hahaha

susah nak dapt view penuh la sebab dekat kan. kena cari dslr baru ah camni.

ni pun dari bawah

last. terus nak patah balik. serius depa tak minat. hahaha

then terus ke sight seeing cruise depan eiffel tu

dan2 muka ceria balik ;p

sunny dah. ayah dah boleh pakai shades :D

ish, masam je muka ayah. sebenarnya depa kena paksa dok atas ni. kalau dok bawah tak best weih. tak boleh feeling2 hindustan kena angin sambil berdiri jalan2 atas ni. so i pujuk jugak ajak dok atas. hahahaha sejuk la sikit. tak pa, bukan selalu kan???


mak dah siap pakai gloves. lama jugak cruise ni, almost an hour. sebab nak lalu all 27 bridges kat sungai ni. boleh nampak bangunan2 lama kat paris ni jugak. sebab memang tak sempat pi semua pun. so at least tengok pun ok la kan? :)

ha, muka semangat tu!

Notre Dame. depa tak mau pi jugak. depa minat shopping ja.. malas dah nak tengok sejarah2 dulu semua. ayah kata dia tengok banyak dah muda2 dulu, hahaha.

mak sejuk, so i tolong peluk laa..

ok time ni bot dah patah balik, boleh dah dok bawah. ni kat bawah dah..

see? kat bawah kena duduk dalam cermin macam tu. tak best sangat. tapi ok la, warm. pekena hot choc kat bawah ni, lagi rasa lega :)

dari eiffel tower naik RER
then tukar naik metro ke Richelieu Drouot
sebab? sebab nak pi hard rock cafe
dah macam wajib pulak..

hard rock cafe paris. ciss, mahal macam barcelona! dublin jugak murah. london ok la.. kat sini beli yang bfifi je la.

time ni masing2 dah lapaq
so nak cari kedai halal area ni macam susah
kedai halal banyak kat Les Halles
so terus ke Arc de Triomphe ngan Champs Elysees
sebab ada fast food kat situ..

Arc De Triomphe. mak tengah happy ni!

ni baru muka atak senyuuuummm!

sempat jugak menyinggah dalam sephora. and yes, i got what i want, hahaha!! dulu time mai dengan kawan2, haram depa tak layan pun. mai ngan makayah, amboihhh semua benda nak bagi kan. nak mekap la, tester la, tanya tu, tanya nih! cissss!

dah petang ni, kira lunch jugak ke? makan fillet burger kat Quick ni. nak carik nasik susah. tak pa la ayah na, sekali sekala :)

LV memang customer service superb kan. memang patut pun, sebab harga mahal nak mamposss! kalau i yang beli, memang kena posa sebulan :( shawl kosong setakat print LV keliling pun dah €375! gilo! (ye la, dah tak mampu kan, dan2 nak emo!)

time ni dah nak gerak balik. sebab dah nak hujan. sampai Les Halles hujan lebat. so balik la hotel..

esok pagi tu sempat jugak pi Les Halles
makan semua
then balik bilik
packing and gerak ke Gare Du Nord
sat je, tak puas sangat la makayah jalan
nanti mai lagi na..
kita pi Disneyland nak???

ni dalam RER. train jenis 2 tingkat.

france ni femes ngan cheese, pastry n choc. so bawak la try makan pastry kat kedai2 macam ni. belakang hotel je pun.

mak yang memang suka roti2 n kek2 ni.

Gare Du Nord International. dah nak masuk departure hall.

ok! dah gerak balik London. (p/s: kacak kan menantu sebelah ayah tu???muahahaha)

so kat London hari tu 2 malam
Paris ni 2 malam
then balik London ni lagi 4 malam sebelum balik Coventry
sambung nanti pulak okeh :)