Friday, June 25, 2010

Paris~ Part 2 (Bertemu Saudari Mona Lisa dan Rakan2 Beliau)

so dah tak boleh masuk bilik lagi, harus la keluar jalan2 dulu kan? walaupun tak mandi pagi, just gosok gigi ngan cuci muka je, tapi no hal la, orang kat sini memang tak suka mandi pun. sila la tengok gambar muka2 yang tak mandi pagi, tapi sanggup keluar jalan2! hahaha

first destination, Musee de Lourve, museum kat centre Paris yang sangat besar! memang mustahil boleh cover semua part dalam museum setakat 4-5 jam. tapi apa barang nak lepak lama2 dalam museum? bukan nya pencinta barang2 antik ke, nak menghayati arca2 ke, tenung keindahan lukisan ke.. so sebelum start jalan, pilih dulu nak tengok apa, then straight ke tempat tu je! senang cerita.. memang la banyak gila benda dalam tu boleh tengok, tapi kalau nak belek satu-satu, sehari pun tak sure boleh habis! serius besar ok musee or museum ni!!

full price untuk nak masuk museum ni €9.50, tapi kalau European citizen bawah 26tahun, dapat free. so kami tunjuk visa, dan dapat free. kira feeling2 european la! hehehe.. masalah komunikasi memang ada, tapi pandai2 la handle kan? dah tau orang kat France ni memang tak suka English, jangan la dok gagah cakap fluent English, tak pasai2 depa tak layan nanti. mula2 pi cakap 'bonjour' (hello), lepas tu tanya la apa pun dalam English. tapi cakap la slow2, buat macam kita pun tak reti English sangat. insyaAllah ok punya! bila dah dapat tiket free, dah ok semua, cakap la 'merci' (sebut 'meghsi') means thank you. sure depa senyum! so assumption yang kata orang French ni berlagak, tak betul sangat la. baik je depa ^_^

baiklah, mari kita pusing museum ni sama2!

building plan musee de louvre. besar kan? ada 4 tingkat dan 3 bahagian utama dalam ni, Sully, Denon dan Richelieu. fini masuk semua 3 bahagian ni, tapi tak sempat cover semua sudut la. pusing2, ambik2 gambar dah! orang ramai gila!!! ahad kan, normal la..

tiket masuk.

glass pyramid kat main entrance.

stop minum cappuccino kat cafe dalam museum dulu. sambil dok plan bahagian mana nak pi. time ni tak breakfast lagi =(

perjalanan mencari cik mona lisa. cik mona ni dok kat bahagian Sully, tingkat satu.

sepanjang laluan tu penuh dengan Greek Ceramics dan lukisan2 yang kami pun tak paham apa benda. description dalam French, so tengok je la..

daripada 12 orang, kami jalan 3 orang. masing2 berpecah, suka hati la nak pi mana.

lagi satu, depa ni suka sangat hias2 ceiling. rajin sungguh!

cannn! itulah cik mona lisa ciptaan encik leonardo da vincci. gambar ni dah la jauh, ada letak penghadang lagi! takut sungguh kalau orang curi, haih.. ada la kot 10 keping fini ambik gamabr dia ni, kebanyakan tak jadi. sebab orang memamg berebut nak pi tengok dia ni dekat2. dah la kami ni pendek, asyik kena tolak je! hoih, lenguh ok nak jinjat, berebut sebab nak ambik gambar dia!

finally! ni la shot terbaik yang fini boleh ambik,dah tak tahan kena himpit time berdiri depan tu. ok la kan? tapi macam sweet pulak cik mona ni. mulut dia senyum je kalau tengok dari sudut mana pun. macam dah prepare untuk orang ambik gambar dia, hahaha gilo! lagi satu kalau perasan, dia ni tak da kening tau! ;p

arca angel tanpa kepala. (headless angel sculpture)

see? ramai kan manusia?? time ni dah mula panas, walaupun kat luar cloudy je..

yes, ala2 superman gitu patung ni! oh fini jadi supergirl la..

hallway yang penuh dengan patung2 greek, etruscan dan roman antiquities

ni pintu gerbang apa ntah.. lupa dah!

yang ni dalam Egyptian Antiquities kat bahagian Denon.

banyak la patung2 jenis macam ni. tapi bahagian ni macam boring je, sebab panas kot. ye la, nak bagi feeling ala2 kat Egypt kot!
jalan keluar dari Egyptian Antiquities. dinding pun nak susun bata2 macam pyramid..

ok ni dah masuk bahagian Richelieu. dalam ni banyak Decorative Arts dari zaman The July Monarchy, The Restoration, Renaissance, 17 th century, Middle Ages sampai la ke 19th century.

orang pun dah tak larat jalan masuk kat sini kot!

ni depa buat macam garden yang bertingkat. inspired dari Babylon Hanging Garden kot.

patung muka monyok macam ni pun nak buat kan? lepas tu, ada pulak orang nak ambik gambar buat muka macam tu jugak!!! hahaha

sebelum keluar dari Richelieu.

time ni dah panas berkuap dalam museum tu, so decide nak lepak2 kat bahagian luar kat atas. posing dulu kat tangga ye!

hah, lega.. sejuk sikit kan!

glass pyramid kat atas pulak. bangunan belakang tu tempat yang fini masuk tadi, Denon.

belakang tu part Richelieu, dah masuk jugak.

depan kami ni, Sully. tapi lupa nak ambik gambar. time ni dah habis pusing. penat, duduk terkelepet atas lantai je..

lepas tu, terus balik hotel, check in, mandi puas2, rehat sambil makan roti yang bawak bekal dari coventry, dalam pukul 5pm sambung bersuka ria di kota Paris! pi mana?? pi Eiffel Tower!! next entry kita pi Eiffel Tower sama2 na.. la ni relax dulu, lenguh dah type ni!

[nanti kan sambungan Fini The Explorer@Paris, Part 3; Bercanda di Eiffel Tower dan Berlayar di Kota Paris!!hahahaha tajuk macam kerek! ;p]

8 comments:

afifi said...

kalu tgk ceta da vinci code, ada la museum ni, n according to that movie, virgin mary ada kat bawah tu.. :p
tp cantik la museum tu esp part piramid glass tu la..

nama.aku.lynn said...

miss supergirl...still mcari keunikan cik mona lisaaa..hahahaha

afiniakib said...

bfifi:
museum ni ada dlm da vinci code kan? lepas ni i pi notre dame, dah ada ala2 tempat dalam angels and demons plak! nanti i sambung cerita..hehe
cantik kan?? mungkin sebab i ada kat situ gak kot!! ;p

lynn:
cik mona tak unik sgt pun, kecuali the mysterious smile tu la kot! hahaha eh dlm ni banyak patung sexy tau! lucah gila, yucks!! aksi supergirl tu kira sopan tu ^_^

Anonymous said...

org france xsuma oke pon..tambah2 abg ticket tu.ei geramnyer! *tiber nk emo kat blog fini kan*
hehe, cepat citer disneyland lak!

ha ha

-kayla-

afiniakib said...

tu abg tiket metro ang je kayla, kami smua ok! hehehe plus, abg tiket disneyland, abg lift eiffel tower dll smua nice n sweet je... ^_^
lmbt lg la disneyland, ni bru 1st day ;p

303iamsleepy said...

yeay! gembira baca all ur entries bout Paris. wuhhuu. macam tak pecaya we managed to survive! hurm, no such things as -what happen in Paris, stay in Paris. rugi kot. semua yg berlaku kat sana, kena tulis dan let the world know!!!

hehe. nanti nak jalan2 Turki pulak :) ~fizah~

afiniakib said...

omg!!!! fizah u come here??? hahaha
apa barang kan what happen in paris stay in paris?? ;p
alhamdulillah, susah pun kita smua hepi kan!
jom pasni p turki, italy, egypt bla bla..

nama.aku.lynn said...

i vote for italyyy..tlp p crik VOLTOURI!hahahah