sampai dari cordoba kat granada around 6pm
so dah gelap
dari bus station naik bus ke city
dari city ambik minibus Alhambra
gila ah driver tu bawak
jalan bukit, sempit relax je!
dan hostel kali ni betul2 depan gate Alhambra
which is the main attraction of Granada and Andalusia and even Spain
katil dalam bilik yg colourful. comel! en-suite, so ok la 4 orang pun =)
malam relax, tidur awal
8am, dah tepacak kat gate al-hambra
as usual, we were among the first visitors
masuk ni bayar €12.50
berbaloi!!!
sangat besar
pusing kat sini tanpa henti untuk nak cover almost all ambik masa dalam 5 jam
puas hati =)
so entry ni berkisar sejarah Al-Hambra
atau dalam arab is al-hamra' = merah / red
dibina di puncak bukit bukit Assabica
so sejuk ye kat sini
silap ok pi pakai blouse ngan inner long sleeve je :(
tak pa, cool2!
sebenarnya, terlalu banyak sejarah al-hambra ni
fini cerita setakat yang mampu laa..
alhambra dibina pada kurun ke14
zaman Dinasti / kesultanan Nasrid, pada hujung keagungan Islam kat andalusia
lepas Reconquest oleh catholic monarchs pada 1492
tempat ni digunakan oleh pemerintah christian la pulak
so nampak la ada yang depa tambah :(
tapi lepas tu alhambra ni terkubur dan terbiar
dan pada kurun ke19 baru la orang jumpa balik.
Alhambra basically terbahagi kepada 3 bahagian utama:
- Nasrid Palaces (istana)
- Generalife (taman2)
- Al Cazaba (kubu pertahanan kota)
alhamdulillah, berjaya jejak semua tempat ni ^_^
jom tengok gambar ye!
p/s: rotation agak gila jugak. nasib baik kat bawah ada yang dah ok.
masuk je dalam kawasan AlHambra, nampak hijau je. sejuk mata...
penjelajahan kakak dora yang pertama kat sini ialah ke Nasrid Palaces
sebab bahagian ni memang dihadkan beberapa orang saja untuk satu masa
jalan ke Nasrid Palaces. sumpah, kat sini memang banyak taman la. bahagiaaaa je, feeling macam tuan puteri lari2 main dalam taman. booooo, tak sempat pun nak lari. snap sana, snap sini, kalut pi tempat lain pulak :(
[explorers sekalian, sila teleng kepala untuk melihat puteri dora ;p]
tapak runtuhan bangunan. ni bukan istana lagi. macam bangunan biasa je.
sebelum masuk istana
masuk ke The Mosque Baths dulu
tempat ambik wudhu ngan public bath siap dengan steam bath gitu (ala2 sauna la ni kot)
ye la bukan semua orang mampu nak ada steam bath kat rumah kan?
so ni jadi tempat untuk bersosial jugak
sepatutnya bangunan ni attach dengan masjid
tapi masjid tu dah tak dak la sekarang
church yg ada :(
2 tingkat tuu
ni kot tempat lepak sambil sauna
belakang fini tu ada kolah, ke bath tub??
ukiran kat sini tak masyuk lagi, tapi still ada kan
lubang kat siling. pengudaraan / ventilation tu penting!
Palace of Charles V
ok bangunan ni ditambah oleh Charles V, pada 1527 lepas depa ambik andalusia. dalam ni ada museum ja. sooo not interesting. next!
bahagian depan Palace of Charles V.
now, welcome to Nasrid Palaces. [again, all the pictures cannot do justice. they are lovelier, seriously!]
jalan nak ke pintu bangunan yang hubungkan istana2.
bahagian depan Mexuar (audience chamber). tu dah mula ukir sikit2
kagum tak? jelas melampau tuuuu!
time ni kan, macam pikiaq
tukang ukir / engineer / architect / contractor zaman ni mesti hebat kan
ye la skill tu dah sepasai
tapi hebat dari segi zikrullah
sambil buat kerja pun mesti dapat banyak pahala kan?
ye la ukir kalimah2 yang baik2
mesti la akan ingat Allah kan?
kagum2..
phrase ni sort of motto kat alhambra ni. boleh kata semua tempat akan ada kata2 ni yang bermaksud "there is no victor but Allah"
frame tingkap pun yang tu jugak kan?
penghubung Mexuar dengan Sala de Embajadores (Hall of Ambassadors)
tadi dinding, la ni kita langut tengok siling.
subhanallah, cantik...
ukiran siling yang bertingkat2.
close up. boleh baca tak ayat yang panjang tu? khat cantik sangat la...
dalam Hall of Ambassadors ada ni, Partio de los Arrayanes (Court of Myrtles)
[sayang gambar ni terpusing. tak tau la pasai pa. blogger please laaa... gambar penting kot ni!]
yang ni ukiran kayu pulak. masih dalam Sala de Embajadores (Hall of Ambassadors)
dinding yang penuh berukir
tiba2 ada satu part luar sikit dari Hall of Ambassadors tu ialah Apartment of Charles V. adeeeiii, nak jugak ukir, tapi mungkin la malas sikit or apa tak tau, jadi macam ni ja. hmmmm...
sambung balik dengan Patio de los Liones (Court of Lions). dibina zaman Sultan Muhammed V, of course la dari dinasti Nasrid kan? ada fountain kecik yang ada patung2 singa kat tengah ni.
yang dalam divider putih tu la fountain tu. tengah repair :(
tapi kan, sebab adanya 12 patung singa keliling fountain tu, so agak contradict dengan islam punya architecture.
banyak kisah disebalik pembinaan bahagian ni. wallahu a'lam, tak sure. so tak payah tulis la. [nak tengok fountain tu pi google image Court of the Lions.]
yang tinggi sikit tu Hall of The Two Sisters (Sala de las Dos Hermanas)
[psstt, ada sapa2 ingat Mis Tres Hermanas?? dalam bus kat spain hari tu ada OST cerita tu, hehehe]
Court of Lions dari luar.
masuk dalam Hall of Kings. kagum tengok siling sekali lagi.
siling bertingkat2 jugak.
dalam Hall of Two Sisters. kat sini ada banyak bilik, untuk sultanah (panggil sultanah ke?) dan anakanda2.
inspired dari sarang lebah :)
tingkat atas Hall of two Sisters. mungkin kah ni bilik tuan puteri??? oh yeahhh, patut la puteri dora ada instict nak ambik pose kat sini! hahaha
sambungan ke bahagian lain dalam hall ni jugak.
kat bawah tu, sebelum keluar dari kediaman sultanah ni, nampak ni. apa ni eh? tak dak description. guard pun tak dak nak tanya. bilik untuk dayang2 kot?
dalam istana dah pusing
sekarang ke taman2 pulak
tapi still dalam kawasan Nasrid Palaces
Torre de las Damas (Ladies' Tower)
tempat yang paling tua, dan orang paling suka tinggal kat sini (kerabat diraja laa). ada satu bilik je kat atas tu. tapi memang cantik tempat ni, private gitu, sebab terasing sikit dari istana2 lain.
nak jugak kan!
told ya! cantik kan? mungkin kolam ni dulu jadi swimming pool pa??
jalan2 keluar dari Nasrid Palaces
bekas istana jugak. tapi yang ni memang tak dapat diselamatkan lagi :(
peach. comel kan? pokok dah kering, buah beketul2 lagi! boleh burung2 makan. eh ni bukan mati tau, memang macam ni sebab winter. nanti spring daun tumbuh balik :)
yang nampak sikit tu Torre de la Cautiva (Tower of the Captives). penjara kot.
ok habis Nasrid Palaces
sekarang ke Generalife
kat sini banyak taman
tempat kerabat diraja nak bereakrasi
tunggang kuda ka, main ligan2 ka..
best la, saya sukaaa!
first part dalam Generalife, Jardines Nuevos (New Gardens)
sebelah pokok ros ni ada pokok limau. bila bau bunga ni, jadi mix of rose and orange punya bau. wangiiiii!!! kalau buat perfume laku ni!
view dari generalife. tu dalam tembok2 tu la nasrid palaces yang kita pi tadi. nama pun istana, harusla bertembok kubu bagai..
masuk ke Pebellon Sur (South Pavillion)
tembus ke Patio de la Acquia(Court of the Water Channel)
naik pulak Jardines Altos (Upper Garden) untuk Partio de la Sultana (Court of the Sultana)
upper garden jugak
jalan keluar dari generalife
banyak betul pokok [caption apakah ini??]
bahagian terakhir, Alcazaba
iaitu kubu ngan military watchtower
terletak kat belakang Nasrid Palaces tadi [wish i could paste a map kat sini]
besar jugak Alcazaba ni
round biasa2 je
pintu masuk
atas Torre del Homenaje (Tower of Homage). belakang yang ada bendera tu ialah Torre de la Armas (Tower of Arms). fini naik setengah sampai tempat lapang tu je sorang2. orang lain dah nak keluar dah.
view of Granada dari tower tu
Torre de la Vela (Watch Tower)
Torre de la Polvora (Powder Tower)
sebelum keluar dari kubu pertahanan pun ada taman jugak! memang suka taman depa ni :) taman ni ialah Jardines de los Adarves (Gardens of the Walk-Walk) hehehe 'walk-walk'. direct translation ke apa?
oh ni pose last sebelum keluar dari Alhambra.
dari garden tu nampak la ni, Sierra Nevada. kalau nak ski, orang selalu pi situ la. haih, bila nak ski nih??
sangat puas hati dan mengagumkan la AlHambra ni
patut la banyak lagu inspired dari sini
lagu omputih pun ada buat MV kat sini tauuu
habis kat situ
check out bilik
ambik bus pi bus station
petang tu betolak pi barcelona (barca) pulak.
btw, sampai sini je penjelajahan andalusia
barca dah tak masuk andalusia.
4 comments:
Sedih psl pg ni..kesian tok :(
Btw puteri dora, cantik2..esp part ukir2 tu..
Depa pon pgil jalan-jalan ( as in Wandering) kot sbb tu jd walk walk haha
Next!
tak tau nak komen apa ni.byk sgt bnda tgh bmain2 dlm kpala..hahha..
anyway,ur caption.."patutlah putri dora ada insticnt nak ambik pose kat sini"..sgt bikin ai ketawa goleks2..hahaha..puteri dora yee..ok2..krm slm puetri dora ea..=)
p/s:knpa dgn tok?*curious~
m nasir - andalusia
memang cantik dan hebat senibena islam ......
cik kak: sedih... tp la dah ok! :)
Baen n lynn : :)
Post a Comment