pukul 6am esoknya check out hotel
awal kan? nasib tidur puas :)
sebab nak catch bus ke Gibraltar dari Fuengirola bus station pukul 7am
subuh kat bus station la pagi tu
dari situ nak ke Gibraltar dalam 2 jam
(yang ni ilmiah sikit)
kenapa kami pi Gibraltar?
sebab tempat ni mainkan peranan yang sangat besar dalam penaklukan andalusia oleh kerajaan islam
nama Gibraltar pun diambil sempena nama panglima perang yang diutus oleh Khalifah Al-Walid I pada zaman pemerintahan bani Umayyah, iaitu Toriq bin Ziyad
tahun 711 M, khalifah suruh Toriq yang time tu kat Morocco supaya mengetuai angkatan perang untuk takluk spain
so depa masuk dari teluk kat bawah spain ni yang ada bukit berbatu
dari situ la Toriq mulakan penaklukan
jadi bukit tu pun diberi nama sempena nama Toriq, Bukit Toriq
bahasa Arab bukit ialah jabal
so jadi la Jabal Toriq
tapi dah dapat kat orang putih ni
lidah jadi lain sikit
maka jadi la Gibraltar :)
sejarah jugak time Toriq mai dengan angkatan tentera dari Morocco tu
elok sampai situ
Toriq suruh tentera dia bakar kapal
why?
sebab tak mau bagi ada yang lari balik
Toriq kata, samada kita menang tawan tempat ni atau pun kita syahid
which kedua-duanya adalah menang kan?
menang menawan kawasan atau syahid yang di sisi Allah ialah satu kemenangan jugak
see?
hebat tak orang dulu?
cool lah!
dalam bus. yang sayup kecik macam pulau tu la Jabal Toriq atau Gibraltar. bersambung dengan daerah La Linea.
eh lagi satu fakta!
Gibraltar ni bukan milik Spain tau
tapi yang UK
bak kata tourist guide/pemandu van kat situ
uk ambik Gibraltar secara paksa dari spain
haih... suka menjajah sungguh!
so kat sini
ada la jugak yang reti cakap English
duit pun guna pound balik
system dalam tu pun macam uk balik la
macam2..
jalan kaki 5 minit dari bus station ke sempadan Gibraltar - Spain. kat sini kena tunjuk passport la sebab masuk UK balik. beg tu gilir2 la bawak sepanjang tour Gibraltar nih.
lepas check passport, ambik official tour untuk tour gibraltar. mahal ok!! £12 sorang.. tak pa, susah tu nak panjat bukit nih!
tengah2 jalan tu ada masjid ni. dibina oleh King Fahd bin Abd Aziz, raja Arab Saudi dengan harga £70juta. baik kan? i think, mesti dia rasa sedih sebab tempat yang penting untuk islam macam ni tapi tak dak pun masjid. sebenarnya ada, tapi masjd tu dah ditukar jadi gereja. dah tempat ni dapat kat depa kan? harus laaa... :(
driver van / tourist guide.
sepanjang dia dok cerita bla bla bla pasai Gibraltar ni,
sikit pun tak cerita pasai kemasukan Islam.
dok bagitau benda lain je.
tapi bila test kenapa nama tempat ni Gibraltar, tau pulak cakap ambik dari nama Toriq, orang Islam dari morocco dia kata.
tapi dia bawak van memang cekap la
takut ooo time drive
jalan jenis sempit, curam n kona lipat nuh
kaki dia main brake je
bila tanya
dia kata tali brake ni memang kena tukar 4 bulan sekali
kereta biasa tukar berapa bulan sekali eh?
1st stop, Pillars of Hercules. ni depa punya mitos yang konon gibraltar ni jadi time hercules smash Atlas Mountains. apakah???
dari sini sepatutnya boleh nampak Atlas Mountains ngan Morocco. tapi berkabus hari tu. so tak berapa clear. Morocco boleh lagi laa.. dekat je Morocco dari tempat ni, 22km. nak berenang?
fini with the other explorers di Pillars of Hercules
sambung naik lagi
singgah kat gua dalam bukit ni pulak
gua ni sekarang jadi church
ada stage dalam tu untuk apa2 religious or cultural events
i wonder time Toriq dulu gua ni digunakan sebagai apa?
gate nak masuk
normal la dalam gua lama, cantik. best la, tak dak orang time tu. kami je :)
stalactites
macam gua kat malaysia jugak kan?
ni stage tu. yes, geng dora nak buat performance. ketepi semua!!!! hahaha
ok dah keluar.
sambung naik lagi
kali ni stop kat Ape's Den
oh sangat TAK menarik ye!!!!!!
tempat monyet
urghhhh sumpah takut!
monyet2 kat sini adalah garang
which is orang tak boleh pegang depa
tapi depa boleh pegang orang
dan ramai pulak orang yang rela dipegang
berani2..
fini dengan kucing pun dah jerit, ni monyet?
mintak mahap, tak kuasa :(
monyet ni dipanggi Barbary or Military monkey
see?
dengar nama pun dah takut :(
dari dalam van je. tak kuasa nak pi dekat2 ambik gambar. sorry la pencinta haiwan like baen, aiman, alia and the gang. mintak2 la asyraf geng achu!
part of Gibraltar
see the narrow road?
masuk dalam tunnel ni pulak. yang ni british guna time perang dulu. banyak la meriam dalam ni kat dinding2 yang ditebuk jadi tigkap.
tak sure samada tunnel ni dari zaman Toriq ke tak.
rupa tunnel ni
tingkap. tau dak apa kat bawah tu?
this is the Gibraltar Airport punya runaway ye! tengah2 jalan macam tu je. ni time plane ni baru landing. kalau terlajak memang ke laut nih. airport ni ialah antara airport yang paling bahaya kat dunia.
laluan dalam tunnel
nampak tak lubang2 hitam kat bukit tu? tu la tingkap dalam tunnel yang masuk tadi. (ni time dah turun)
jalan yang melintang tu runaway untuk planes. so every time plane nak take off atau landing, kereta semua kena berhenti. rilex tak da pagar macma tu je. kami jalan lintas ni ok.. thrill! bayangkan kalau tiba2 ada plane nak landing, harus begelimpangan larik!!!!
pilot pun kena terer nih, kalau turun awal sangat masuk laut. kalau terlajak pun masuk laut!!
yeah, muka girang seronok tour bukit. gambar last sebelum turun.
kami ambik tour untuk atas je.
kat bawah kami jalan2 pusing city sendiri
kecik je
lepak2 dah la kan :)
elok turun bukit je nampak ni. asalnya ni masjid tau. tapi la dah jadi church :(
jalan2, jumpa pintu gerbang ni. prince apa eh hadiah untuk gibraltar? tapi prince kat england ni la. bukan charles, ni kira dah lama..
posing di pintu kat pintu gerbang tu.
stop makan ice cream. belakang tu ada kubur. ingatkan taman mula2. patutla orang tengok je kami dok lepak depan tu. hehehe
latar belakang Jabal Toriq
oh kat sini banyak pokok liamu. bukan kat Gibraltar je, kira satu spain la. rasa nak petik2 je. tapi satgi kena saman tak pasai :(
jata (?) Gibraltar
antara jalan dalam city
take away for lunch
tugu
runaway airport tadi. hujung tu laut tu!!
nampak kami cross?jauh...
gate masuk gibraltar.
Good bye Gibraltar. thanks for the memories ^_^
pusing2 kat sini dalam 4 jam lebih
dalam pukul 3pm ambik bus kat La Linea pi Seville
esok pulak okeh!
4 comments:
runaway tu mmg T_T lawak pon ye.. lulz.
nexT!
best baca nih..
tapak kaki pertama umat ISLAM di europe....
Best2..
Sgt seronok baca..
Thanxs for sharing..
Sharing is caring..
:)
^___^
Post a Comment