Thursday, April 15, 2010

isle of wight~

perjalanan kedua: Isle of Wight (pulau terbesar di England)

dah nama pun pulau terbesar, tak mampu la nak habiskan penerokaan di setiap inci pulau dalam satu hari kan? so dari pukul 7.30am bertolak dari jeti kat Portsmouth sampai la balik semula pukul 7.30pm, kami sempat jalan2 tepi pantai, masuk zoo, amazon world dan sight seeing pulau je.
tapi serius wei, kos memang tinggi kat sini! hari tu je, perbelanjaan semua termasuk tiket hovercraft, tiket masuk zoo, Amazon World, tambang bas dan beli cornetto hampir cecah 50 pound tau!!! nasib baik bawak bekal untuk lunch, boleh la jimat sikit.. cornetto tu makan sebab sambil lepak tiba2 teringin nak rasa macam dok malaysia. tu yang gagah beli jugak! rasa sama ok!!

on the way nak naik hovercraft. best la.. laju tau! sebelum jalan, pam angin dulu, lepas tu vroooommm!! dalam 8 minit je, sampai la kat isle of wight..

ni la pekan isle of wight, dan tu la bus yang kami naik pusing2 pulau ni. pulau ni popular dengan alam semulajadi je. so jangan la harap nak jumpa bangunan pencakar langit atau shopping mall yang besar2 eh!

ni antara jenis rumah kat pulau ni.. tak silap fini kan,dalam cerita Edward the Scissorhand, ada scene kat tempat macam ni kan??
okeh beach time! time untuk berposing.. walaupun sekadar di kayu yang berlumut!

pantai kat sini ada pasir macam kat malaysia, tapi still tak superb macam langkawi!

cat walk lagi! mintak maaf la, sejak ada camera sendiri ni, saya jadi sangat suka syok sendiri.. =)

yeah, posing lagi!

pintu masuk ke zoo. fini melangkah masuk dengan takutnya.. mungkin kalau alia dan baen masuk sini, depa akan jadi sangat excited!

belakang tu ring tail lemur. ada dalam cerita madagascar kan?

nampak harimau tu bersantai? ada banyak jenis harimau dalam zoo ni. tapi fini malas la nak upload semua..

oh yang ni harimau batu! boleh la nak sandar2..

tengah tunggu bas nak pi amazon world. gambar ni tak cantik sangat pun, tapi jadi macam cool sebab sempat snap dengan burung tu! (tu pantai yang fini ambik gambar tadi..)

pintu pagar amazon world. dalam ni depa buat keadaan macam amzon la. dengan suhu, tumbuhan dan binatang yang sama macam amazon! oh yang ni serius fini tak suka!!! siap bagi pegang la binatang2 tu, depa yang lain memang suka, fini siap keluar awal lepak makan ais krim!

haa nampak macam hutan hujan tropika kan? serius panas!

kat kolam ni, siap ada buat hujan bagai.. burung2 plak relax je dok mai terbang kat kepala, bahu semua! seriau ok!! mungkin sapa yang minat dan cintakan alam semulajadi dan binatang2 ni semua akan rasa macam heaven kat amazon world ni.. T__T

yang ni dalam bahagian padang pasir amazon.

apa nama ntah binatang yang macam pelik ni.. dok jegil2 bijik mata! dah la open tempat ni..

jeng jeng jeng! tu dia, ayam kampung mari! kesian dia, sekor je. macam tak da geng..

ni African Penguin. sumpah sebelum ni ingatkan penguin dok kat kutub je!!

ni lemur. nampak tak baby dia dok menyusu? binatang ni memang la jinak, dan ramai yang dok pi pegang dan posing dekat2. tapi mintak maaf, fini hanya berani zoom dari jauh je! seriau...

ye, memang saya penakut =( saya tahu.. lepas habis tengok terus keluar. tak boleh la lama2, lemas.. ni sebenarnya pakej, termasuk tiket hovercraft, tu yang kena masuk jugak tempat2 binatang ni semua. ni la pakej kat isle of wight yang agak affordable pun! tak kisah la kan? janji sampai!

antara jenis2 pemandangan kat sini..

ada rupa Gurney Drive kan??? hahahaha

ni pantai kat jeti, time petang nak balik dah ni. kesian kan depa ni? laut depa tak gorgeous macam kita, tu pun nak mandi lagi.. mau menangis depa kalau tengok kita mandi kat Pantai Cenang!

ok la, gambar last sebelum naik hovercraft balik..

kesimpulannya, Isle of Wight ni ok la.. mungkin lebih sesuai bagi orang2 yang jenis suka menikmati alam semulajadi dan hidupan liar. mungkin banyak lagi tempat yang fini tak dan pi dalam ni, dan mungkin jugak tempat2 tu lagi best! tapi tak pa la, at least dah sampai kan?
so next entry cerita pi sunbathing kat Brighton pulak! ^_^

Wednesday, April 14, 2010

Portsmouth~

hello!! i'm back =)
Alhamdulillah fini selamat sampai di bilik 811 A Liberty Park, Coventry jam 9.30 pm hari isnin. kemarin letih berjalan tak habis lagi, so hari ni baru boleh update blog! kali ni memang betul punya jalan la.. sakit kaki sebab banyak jalan, sakit bahu sebab penat galas beg, sakit tangan sebab berat nak angkat beg, tapi hati sangaaaaat gembira sebab semua hajat tercapai! syukur2.. paling best jugak, sebab sepanjang fini pi bercuti ni, cuaca elok je! sikit pun tak hujan.. alhamdulillah ^_^
trip ni memang fun (dan fearless jugak!), walaupun hanya fini, intan dan yana. tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. terima kasih atas doa semua!

perjalanan pertama: Portsmouth, Hampshire, England.

ni ialah bandar pelabuhan di tepi pantai. cantik dengan suhu yang agak suam (around 15'c) ditambah pulak dengan matahari yang sentiasa cerah! nasib baik dah beli shades kan?? hehehe kat sini jugak best kalau nak shopping, banyak branded outlets..

kedudukan Portsmouth, di bahagian selatan UK, yang ada titik merah tu. dekat kan dengan pulau 'Isle of Wight'? next entry fini cerita pasai pulau tu pulak..
tengah dok jalan2 pusing portsmouth, jumpa kedai buku2 terpakai! heaven ok!!! buku2 pun murah je, paling mahal 1 pound! cari la, semua buku ada.. fini beli 2 novel yang fini suka baca tu, satu 50p je..

kat Canoe Lake dengan The Mute Swans. yang lagi 3 orang tu, budak TESL yang study kat portsmouth university ni. kami tumpang hostel depa la.. dulu depa buat foundation kat IPDA, belakang rumah kita je.. (p/s: intan dah belajar pakai shades! bagi pinjam my vincci cos i got new ray ban ;p )

lepas jalan2 kat canoe lake tu, singgah masuk Model Village ni pulak. dalam ni dibina rumah2 kecik melambangkan jenis2 rumah yang ada kat England ni. nak masuk kena bayar 2 pound sorang. (kat sini, tak dak langsung benda yang free.. )

ni la antara contoh rumah. dan saya adalah model kepada model rumah itu! =)

model dan model lagi..

contoh istana pulak.. yang ni fini jadi princess! lalalala~

tunku puteri afini; puteri tanah merah, jitra!!!

yang jaket putih tu liyana, baju merah eslia, tudung pink iffah, ni semua dari portsmouth. yang tudung putih sorang lagi tu yana, of course la dari coventry ngan fini..

okeh, beach time!!! nama pun bandar pelabuhan, mestila ada pantai. tapi pantai kat sini fini rasa tak gorgeous macam langkawi! ombak tak tinggi sangat.. so macam kurang thrill kalau mandi.. time ni tak dak lagi 'duyung2' bersantai, mungkin sebab cuaca masih sejuk. mungkin time summer nanti banyak la..
lagi satu, pantai kat sini banyak batu. macam batu sungai tu!

ni konon2 takut kena ombak la.. macam tak biasa mandi laut! tapi best jugak la main2 tepi pantai macam ni.. tapi mak dah pesan awal2, "adik jangan mandi laut tau. main kaki sikit2 je dah la.." dan saya memang anak yang taat, setakat sentuh2 je.. ^_^

yang ni temenung teringat pantai kat malaysia! nak balik, serius tak sabar wei...

gaya candid jalan2 dengan muka ala2 poyo gitu!

yang ni catwalk tepi pantai!

ye, gambar fini lagi!

nanti kalau kita kaya, kita beli bot macam ni eh? dok kat ujung2 bot sambil pusing2 laut kat langkawi!

ni dalam taman kat Southsea Common.. bunga dah banyak yang kembang, pipi fini pun harusla kembang jugak kan!!

depan D-Day Museum.. malas nak masuk, ambik gambar kat luar dah!

Spinnaker Tower; mercu tanda bandar Portsmouth.

model Spinnaker Tower =)

atas Spinnaker Tower.

pemandangan bandar portsmouth dari Spinnaker Tower.

Gunwharf Quays (nampak Spinnaker Tower kat belakang tu?)

ni bahagian shopping dalam Gunwharf Quays.

sebahagian daripada Portsmouth University.

malam last sebelum balik, ada senior ajak pi rumah dia. siap masak nasi ayam bagai! sedap2.. mungkin sebab dia orang Kedah jugak, so fini rasa dia sangat la baik hatiiiii!!!!!!

esoknya, kami pi Isle of Wight pulak. nanti fini sambung cerita! so relax dulu ok, banyak lagi gambar nak tunjuk lepas ni.. =)

Wednesday, April 7, 2010

time to go =)

beg dah kemas, bekal dah siap masak, chocolate dah beli, so time to go!

doakan semuanya selamat dan lancar. bus fini pukul 3.15pm dari Pool Meadow Bus Station, jalan kaki 15 minit dari Liberty Park. dari Coventry ke Portsmouth 5 jam lebih. so semoga fini boleh tidur dengan nyenyaknya di dalam bus. so nanti dalam masa 6 hari, tiada apa2 entri baru ye! jumpa lagi semua.. (bajet banyak followers!!hahahaha)

semoga percutian ini bermanfaat untuk kita semua, amiiin ^_^ bye2!


Monday, April 5, 2010

menghitung hari!!!


menghitung hari untuk nak balik ke malaysia ku sayang! hari ni 5 april kan, lagi 3 bulan je lagi, pada tarikh yang sama, iaitu 5 julai (birthday mak!), insyaAllah fini bakal berlari memeluk makayah di KLIA!!! oh yeahhhh!!! so sekarang kat sini, masing2 dah menghitung hari.. =)

menghitung hari jugak untuk nak pi bercuti. seperti yang diketahui, easter break ni 5 minggu, 2 minggu dah berlalu dan fini baru pi berjalan kat birm ngan oxford je.. insyaAllah hari rabu ni, fini akan turun ke bahagian selatan UK, untuk bercuti. kali ni, 6 hari.. hari rabu dan khamis kat Portmouth, jumaat pi Isle of Wight, sabtu di Brighton, ahad di Chelsea dan isnin di London. petang isnin tu baru balik ke Coventry, insyaAllah..

secara ringkas, Portsmouth ialah bandar yang terletak di tepi laut dan dekat dengan pulau yang terbesar di england iaitu Isle of Wight. so fini bakal berjalan-jalan di pulau juga!! Brighton ni cantik dan kat tepi pantai jugak, tapi jauh la dari Portsmouth, dan tempat ni popular untuk gay!!! heheheh agak2 boleh jumpa Ricky Martin atau Adam Lambert dak?? Chelsea ni sebab alang2 dah dekat dengan London. so jalan je la kan.. ada sapa2 minat Chelsea selain baen dan baan?? pi London kali ni pun nak bershopping jugak. hope ada sale, amiiinn ^_^

cuti kali ni fini tak pi jalan jauh2 sampai luar uk. walaupun plan asal nak pi amsterdam atau prague, tapi tak jadik sebab tiket mahal. dan fini dalam proses berjimat. banyak benda nak beli nih sebelum balik!!

doakan semuanya selamat dan lancar. doakan juga supaya cuaca elok untuk bercuti.. amiinn..




Thursday, April 1, 2010

how to train your dragon!!

kemarin for the first time fini keluar tengok wayang kat sini, padahal Skydome cinema ODEON tu dengan liberty park ni jalan kaki dalam 5 minit je. lebih kurang dari rumah kita pi surau je jarak. tapi kali ni baru tergerak hati nak pi tengok wayang..

bukan movie seram ke cinta ke, tapi cartoon, How To Train Your Dragon. cerita baru.. kemarin baru first showing kat UK, so fini ni antara yang terawal la tengok cerita ni. lagi best sebab 3D! so effect lagi best laa.. overall cerita ni awesome!! cool dan fini banyak gelak.. sedih pun ada jugak! tapi yang lagi best sebab main character, Hiccup ni macam comel dan bijak! i like laa ^_^

Hiccup and the gang..

Hiccup with his Night Fury Dragon aka Toothless =)

tiket ngan spek 3D..