Wednesday, April 14, 2010

Portsmouth~

hello!! i'm back =)
Alhamdulillah fini selamat sampai di bilik 811 A Liberty Park, Coventry jam 9.30 pm hari isnin. kemarin letih berjalan tak habis lagi, so hari ni baru boleh update blog! kali ni memang betul punya jalan la.. sakit kaki sebab banyak jalan, sakit bahu sebab penat galas beg, sakit tangan sebab berat nak angkat beg, tapi hati sangaaaaat gembira sebab semua hajat tercapai! syukur2.. paling best jugak, sebab sepanjang fini pi bercuti ni, cuaca elok je! sikit pun tak hujan.. alhamdulillah ^_^
trip ni memang fun (dan fearless jugak!), walaupun hanya fini, intan dan yana. tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan.. terima kasih atas doa semua!

perjalanan pertama: Portsmouth, Hampshire, England.

ni ialah bandar pelabuhan di tepi pantai. cantik dengan suhu yang agak suam (around 15'c) ditambah pulak dengan matahari yang sentiasa cerah! nasib baik dah beli shades kan?? hehehe kat sini jugak best kalau nak shopping, banyak branded outlets..

kedudukan Portsmouth, di bahagian selatan UK, yang ada titik merah tu. dekat kan dengan pulau 'Isle of Wight'? next entry fini cerita pasai pulau tu pulak..
tengah dok jalan2 pusing portsmouth, jumpa kedai buku2 terpakai! heaven ok!!! buku2 pun murah je, paling mahal 1 pound! cari la, semua buku ada.. fini beli 2 novel yang fini suka baca tu, satu 50p je..

kat Canoe Lake dengan The Mute Swans. yang lagi 3 orang tu, budak TESL yang study kat portsmouth university ni. kami tumpang hostel depa la.. dulu depa buat foundation kat IPDA, belakang rumah kita je.. (p/s: intan dah belajar pakai shades! bagi pinjam my vincci cos i got new ray ban ;p )

lepas jalan2 kat canoe lake tu, singgah masuk Model Village ni pulak. dalam ni dibina rumah2 kecik melambangkan jenis2 rumah yang ada kat England ni. nak masuk kena bayar 2 pound sorang. (kat sini, tak dak langsung benda yang free.. )

ni la antara contoh rumah. dan saya adalah model kepada model rumah itu! =)

model dan model lagi..

contoh istana pulak.. yang ni fini jadi princess! lalalala~

tunku puteri afini; puteri tanah merah, jitra!!!

yang jaket putih tu liyana, baju merah eslia, tudung pink iffah, ni semua dari portsmouth. yang tudung putih sorang lagi tu yana, of course la dari coventry ngan fini..

okeh, beach time!!! nama pun bandar pelabuhan, mestila ada pantai. tapi pantai kat sini fini rasa tak gorgeous macam langkawi! ombak tak tinggi sangat.. so macam kurang thrill kalau mandi.. time ni tak dak lagi 'duyung2' bersantai, mungkin sebab cuaca masih sejuk. mungkin time summer nanti banyak la..
lagi satu, pantai kat sini banyak batu. macam batu sungai tu!

ni konon2 takut kena ombak la.. macam tak biasa mandi laut! tapi best jugak la main2 tepi pantai macam ni.. tapi mak dah pesan awal2, "adik jangan mandi laut tau. main kaki sikit2 je dah la.." dan saya memang anak yang taat, setakat sentuh2 je.. ^_^

yang ni temenung teringat pantai kat malaysia! nak balik, serius tak sabar wei...

gaya candid jalan2 dengan muka ala2 poyo gitu!

yang ni catwalk tepi pantai!

ye, gambar fini lagi!

nanti kalau kita kaya, kita beli bot macam ni eh? dok kat ujung2 bot sambil pusing2 laut kat langkawi!

ni dalam taman kat Southsea Common.. bunga dah banyak yang kembang, pipi fini pun harusla kembang jugak kan!!

depan D-Day Museum.. malas nak masuk, ambik gambar kat luar dah!

Spinnaker Tower; mercu tanda bandar Portsmouth.

model Spinnaker Tower =)

atas Spinnaker Tower.

pemandangan bandar portsmouth dari Spinnaker Tower.

Gunwharf Quays (nampak Spinnaker Tower kat belakang tu?)

ni bahagian shopping dalam Gunwharf Quays.

sebahagian daripada Portsmouth University.

malam last sebelum balik, ada senior ajak pi rumah dia. siap masak nasi ayam bagai! sedap2.. mungkin sebab dia orang Kedah jugak, so fini rasa dia sangat la baik hatiiiii!!!!!!

esoknya, kami pi Isle of Wight pulak. nanti fini sambung cerita! so relax dulu ok, banyak lagi gambar nak tunjuk lepas ni.. =)

3 comments:

afifi said...

nice...
a lot of pictures..
nice ray ban.. good choice..
nice places n nice pictures..
good2..
enjoy ur time...

jelesssssssss weiiiiiiiiiii..
nak gak g jln2..
ishhhhhhh..

afifi said...

boleh berlakon ceta ultraman lawan raksasa kat model village ni..

best.. hehe

afiniakib said...

tenkiu8!!
jgn jeles, nti jln2 kat bali, kita posing sama2! ;p

u jd raksasa i jd ultragirl!! fire!!!! =)