Monday, April 5, 2010

menghitung hari!!!


menghitung hari untuk nak balik ke malaysia ku sayang! hari ni 5 april kan, lagi 3 bulan je lagi, pada tarikh yang sama, iaitu 5 julai (birthday mak!), insyaAllah fini bakal berlari memeluk makayah di KLIA!!! oh yeahhhh!!! so sekarang kat sini, masing2 dah menghitung hari.. =)

menghitung hari jugak untuk nak pi bercuti. seperti yang diketahui, easter break ni 5 minggu, 2 minggu dah berlalu dan fini baru pi berjalan kat birm ngan oxford je.. insyaAllah hari rabu ni, fini akan turun ke bahagian selatan UK, untuk bercuti. kali ni, 6 hari.. hari rabu dan khamis kat Portmouth, jumaat pi Isle of Wight, sabtu di Brighton, ahad di Chelsea dan isnin di London. petang isnin tu baru balik ke Coventry, insyaAllah..

secara ringkas, Portsmouth ialah bandar yang terletak di tepi laut dan dekat dengan pulau yang terbesar di england iaitu Isle of Wight. so fini bakal berjalan-jalan di pulau juga!! Brighton ni cantik dan kat tepi pantai jugak, tapi jauh la dari Portsmouth, dan tempat ni popular untuk gay!!! heheheh agak2 boleh jumpa Ricky Martin atau Adam Lambert dak?? Chelsea ni sebab alang2 dah dekat dengan London. so jalan je la kan.. ada sapa2 minat Chelsea selain baen dan baan?? pi London kali ni pun nak bershopping jugak. hope ada sale, amiiinn ^_^

cuti kali ni fini tak pi jalan jauh2 sampai luar uk. walaupun plan asal nak pi amsterdam atau prague, tapi tak jadik sebab tiket mahal. dan fini dalam proses berjimat. banyak benda nak beli nih sebelum balik!!

doakan semuanya selamat dan lancar. doakan juga supaya cuaca elok untuk bercuti.. amiinn..




No comments: