my friend posted this on his fb
ok lepas ni jangan gelak kuat2 dah
tak baik
kita ikut sunnah pelan2 na :)
Tersenyum membaca kisah Rasulullah dan Saidina Abu Bakar ~
Daripada Sayidatina Aisyah, katanya: "Tidak pernah walaupun sekali aku melihat Rasulullah s.a.w. berlebihan ketawa hingga ku lihat anak lidahnya. Tawa beliau hanyalah berupa senyuman."
(Riwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Baghawy dan Ahmad)
Satu kisah menarik ketika sedang Sahabat baginda Saidina Abu Bakar sedang menikmati sejambak buah kurma, datanglah baginda mendapatkan Saidina Abu Bakar dan duduk berhadapan dengan beliau.
Ketika ini Saidina Abu Bakar memakan kurmanya lalu mengasingkan biji kurma tersebut dan meletakkan dan mengumpulkannya di hadapan beliau, dan Baginda turut bersama beliau menikmati buah kurma tersebut namun tiada sebiji pun biji buah kurma di hadapan baginda kerana baginda mencampakkan biji-biji buah kurma di tempat pengumpulan sahabatnya itu apabila sahabatnya sedang leka, dan ketika itulah baginda bersabda
" Wahai Abu Bakar, Ku lihat dikau ini orang yang tersangat kuat makannnya lihatlah bertapa banyaknya jumlah biji-biji kurma yang telah dikau himpunkan"
Saidina Abu Bakar memandang Baginda seraya berkata "Wahai Kekasih Allah, yang kuat makannya adalah orang yang berada dihadapan ku kerana dia telah memakan buah kurma dengan biji-bijinya sekali" selesai Saidina Abu Bakar berkata maka ketawalah Rasulullah dengan hanya menampakkan sedikit gigi hadapannya yang putih bersih.
Begitulah keadaan tahap Rasulullah bila baginda ketawa (yang sedangkan itu adalah hanyalah senyuman sahaja bagi manusia seperti kita) dan Saidina pernah berkata itulah ketawa Baginda yang paling kuat dan tidak lebih daripada itu.
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment