Sunday, February 28, 2010

Malaysian Night University of Warwick 2010~

semalam bertempat di Warwick Art Centre (bangunan yang cantik fini pernah letak gambar dulu tu..) telah diadakan Malaysian Night untuk tahun 2010, ni kira malam kebudayaan la.. tapi mintak maaf la, fini tak masuk apa2 pun! sekadar memberi sokongan dan tepukan je! hehehe.. nak suruh fini join menari??? adusss... [tapi kalau menari lagu Nobody macam Wondergirls, insyaAllah fini join.. kan incik afifi?? ^_^]

ni dah siap sebelum pi, dan ambik gambar dulu.. tengok fini pakai blouse yang bang caq bagi! ada ciri2 kemalaysiaan kan??? =) untuk pengetahuan semua, baju ni bang caq bagi tahun 2006 dan sekarang 2010 pun fini boleh pakai dengan cantiknya lagi, hebat kan??? (saya tak menggemuk sangat!! yesss!!!!)

macam biasa la, ada pertunujukan silat, tarian zapin, jawa, chinese, hiphop, bollywood, persembahan teater Hang Li Po dan dikir barat oleh pelajar2 uni of warwick ni..

dikir barat.. yang ni bukan fini ambik gambar.. fini copy dari fb kawan je. dia dok seat atas..
booklet untuk penonton..

babak dalam cerita Hang Li Po.. yang tinggi tu Sultan Melaka, yang tak pakai tudung tu Hang Li Po. yang lain2 tu bendahara, hang jebat, dang wangi dan dayang2..

keseluruhannya fun dan happening juagk la! ada jugak orang putih dan arab yang mai tengok. tapi majoritinya mestilah orang Malaysia. ada yang sanggup turun dari London, Nottingham dan macam2 lagi serata UK semata-mata nak bagi sokongan.. yang paling best, sebelum acara start, semua berdiri nyanyi lagu Negaraku!! waaa lama dah tak nyanyi, rasa best pulak =)
fini tak banyak ambik gambar, mintak maaf la.. hehehe nanti depa dah upload dalam youtube, fini bagi link ok!

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul =)

Jom selawat sama2; ALLAHUMA SOLLI 'ALA SAIYYIDINA MUHAMMAD, WA'ALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD..

sejujurnya, fini tak terpikiaq langsung yang kat sini pun ada sambutan Maulidur Rasul. alhamdulillah, hari2 penting dalam Islam tetap disambut di seluruh dunia walau dengan cara berbeza. kat sini tak dak lah perarakan macam kat Malaysia. spesifiknya, fini nak cerita tentang macam mana Maulid Nabi Muhammad SAW ni diraikan di University of Warwick..

pagi ni, kat depan library (laluan utama untuk students bergerak dari satu departement ke department lain), Islamic Society (ISOC) ni dah edarkan 1000 roses untuk diberi kat sapa2 yang lalu. kat tangkai rose tu ada diletak satu note kecik yang bagitau hari ni ialah "Birth anniversary" Nabi Muhammad SAW. dalam tu jugak ada tertulis satu hadis disamping ada kata2 yang dikeluarkan oleh orientalis Barat mengenai betapa agungnya peribadi Rasulullah SAW..

bunga ni bukan hanya diberi kat muslim je, tapi kat semua orang. simboliknya ialah nak tunjukkan "Islam is the religion of love", "how we love our Prophet SAW" dan "Muhammad SAW is the best role-model of all generation".. nampak sweet kan bila bagi bunga macam tu? ni pun kira cara dakwah jugak ni.. ^_^ ada macam2 colour rose tu; merah, pink, kuning, oren dan putih..

lagi satu, khutbah jumaat hari ni memang ramai orang! macam sembahyang raya!!! semua dengar khutbah, termasuk perempuan dan sembahyang sama2. rasa macam best je..

Thursday, February 25, 2010

budaya orang putih~

assignment dah hantar, badan dah sihat, otak pun rasa lega.. so boleh kembali mengupdate seperti biasa =)

tiba2 hari ni rasa nak tulis pasai budaya orang kat sini.. ada baik, dan ada jugak buruknya! so kena pandai2 la. culture shock? alhamdulillah fini tak la rasa sangat kot.. dah 5 bulan lebih kat sini baru teringat nak tulis kan? hehehe saja je..

1st: PUBLIC DISPLAY OF AFFECTION
atau dalam bahasa melayu ialah menunjukkan kasih sayang secara terbuka. mula2 sampai dulu, macam 'aik??' sekarang dah 'suka hati laa..' depa ni tak kira tempat, masa dan keadaan. kalau rasa nak buat apa, buat je! tengah makan ke, dalam kedai ke,jalan ke, dalam bas ke, library ke semua boleh! depa tak kisah orang nak tengok atau gelak, sebab bagi depa "this is a democratic country, i can do what i want, and so do u!"
Malaysia pun demokrasi jugak, tapi kita ada malu dan hormatkan orang kan?? I love my Malaysia.. lagi satu, depa tak segan nak tunjuk yang depa tu ialah gay atau lesbian! yang ni memang geli.. adeeeiii.. pernah dalam bas satu pagi tu, depan fini ni, perghh sikit punya hensem dua orang ni, tiba2 gay pulekkk.. siap bisik2, peluk2, boleh kiss lagi!!bila salah sorang dah sampai dan nak turun, boleh pulak siap cakap 'miss u, love u' bagai.. geli2 =(

2nd: ANJING
haa binatang ni memang pantang sikit! kena berhati-hati selalu.. kat mana je boleh jumpa! tapi bukan anjing liar la, semua yang ada tuan dan bertali. tapi tetap kecut gak fini ni! dah la besar anjing2 ni, muka bengis semacam (especially jenis yang bulldog atau yang macam serigala tu, gambar kat atas ni lain..).
pernah satu hari fini punya tekejut sebab masuk satu simpang ni tiba2 ada anjing yang sangat besar, fini boleh lari dan automatic lompat tembok!! hebat kan tindakan refleks?? fini tak nampak ada tuan anjing tu sekali! dia pun tekejut apasal la budak ni sampai lompat2 tembok! bila pikiaq balik, lawak la jugak.. tapi still takut la.. =(

3rd: MEMUJI
haa yang ni bagus!! depa ni suka puji orang. semua benda "oh lovely!", "cool", "great".. kalau depa tak puas hati pun, depa akan puji dulu mula2 lepas tu baru bagi tau apa yang tak betul. kan sebelum ni fini pernah tulis pasai depa ni suka panggil orang "love, sugar, darling, dear" semua, sebab culture depa memang macam tu! depa akan bagi full attention kalau kita cerita sesuatu, sambil puji2! walaupun sebenarnya tak la hebat sangat cerita atau sesuatu benda tu!
macam fini hantar assignment kemarin, Maureen yang jaga office B.Ed TESL ni cakap "oh lovely! good girl dear!" sebabnya fini hantar awal sehari. due date assignment hari ni. dah orang puji, terima kasih je la! lagipun, memang SAYA GOOD GIRL kan???

4th: MEMBACA
ni pun bagus! pi mana je mesti nampak orang baca. tak kira la baca apa pun, buku, novel, notes, paper, magazine. janji baca! makcik yang dah tua2 pun baca.. fini suka benda ni sebab fini pun suka baca! dalam bas, masing2 akan membaca.. yang sembang pun ada jugak, tapi kebanyakan membaca la.
kalau kat Malaysia, bila kita baca buku walaupun sekadar novel, kadang2 orang akan pikiaq kita macam menunjuk, so susah la bila ada mind set macam tu.. tapi masalah kat sini, semua jenis bacaan dijual secara terbuka! setakat porno2 tu budak 6 tahun pun boleh beli. dalam paper Metro yang dapat free dalam bus pagi2 pun ada je gambar2 tak senonoh ni. kalau dalam bus, silap haribulan orang sebelah tengah kusyuk je belek gambar2 jenis tu dengan relax nya! mau tak mau, kena la buat muka relax jugak kan..

banyak lagi culture atau budaya depa ni. tapi tulis yang biasa2 ni dah la.. jarang kan fini tulis entri jenis macam ni? selalulnya entri makan, masak, jalan2.. hehehe saja je rajin nak menaip lebih sikit malam ni ^_^

Tuesday, February 23, 2010

Leeds @ nasyid~

setelah beberapa hari tanpa update, akhirnya fini muncul!! mintak maaf la ye, bukan tak mau update awal tapi tak larat..
ok la, pi nasyid hari tu KALAH laa... uhuks T___T disebabkan kami kalah, maka tiadalah video!! hahaha malu la ^_^

nak tau sebab apa kami kalah?? sebab kami ni nasyid cara kuno!! manalah nak tau group universiti lain siap ada rap, hiphop, lagu cina (lagu Jay Chou tuu), hindustan (cerita Mann dengan Kabhi Kushi Kabhi Gham), main gitar, piano, menari, blues semua cukup. kami ni dah nasyid, nasyid je la.. siap buat intro baca ayat Quran(bagus kan?), pakai baju kurung (sopan santun nih).. hehehe orang lain tu diaa!!!
tapi tak kish la, kalah pun dapat jugak hamper.. kami dapat number 7 dari 13 universiti yang bertanding, antaranya Nottingham, Manchester, Cardiff, New Castle, Leeds, Surrey dan beberapa lagi yang fini lupa..
yang tak bestnya, mai Leeds ni tapi tak sempat nak jalan. sampai kat Leeds dah pukul 11.30 malam, semua dah tutup. balik hari Ahad tu pulak pagi2 subuh, pukul 6.30am, apa pun tak bukak lagi.. so memang nasyid dan makan je la kat Leeds =)

ni time mula2 sampai kat Leeds.

sebelum start pertandingan, depa ada jual makanan Malaysia. antara yang best ni dia!! Nasi Kerabu!!! makan sikit punya semangat, tu yang kalah jugak kot! hehehe

ni jual soto ayam.. sedaaappp!! siap ada begedil! memang heaven la boleh jumpa makanan sedap2 ni.. selain soto dan nasi kerabu, ada jugak nasi lemak, nasi tomato, dadih dan nasi himpit.. best kan??

ni antara penasyid2 dari warwick la ni! hehehe tengok kami pakai sopan je.. suara memang sedap ah!!! hahahahaha

ni bila dah habis lawan.. siap ada penyokong lagi tau! depa ni rajin betul mai dari warwick pagi tu semata-mata nak bagi sokongan kat kami. tapi kalah jugekkk =(

sempat la jugak bergambar dalam Leeds University ni.. (mak, adik guna beg yang mak bagi ni.. hehehe)
tengok, gaya sopan je!! tu pun kalah lagi.. adeiii..

lepas ni kami nasyid versi rock pulak la kot! maybe boleh menang =)

Thursday, February 18, 2010

Birmingham + birthday, Leeds + nasyid = sibuknya saya!!!

maafla, banyak hari tak update blog.. sibuk sikit minggu ni. nama je reading week, tak dak kelas, tapi assignment banyak nak kena buat dan ada beberapa perkara yang harus diberi perhatian dalam minggu ni yang menjadikan fini agak sibuk! hehehe [cakap beria macam jadi YB! ^_^]

ok la, sebenarnya selasa hari tu kami 5 orang keluar pi Birmingham, unwind la katakan.. kat sini kalau nak unwind, tempatnya ialah birm! keluar pi birm ni seolah-olah macam keluar pi JJ kat ipoh dulu la.. cuma dulu boleh la keluar setiap minggu! boring ke, rasa nak makan secret recipe ke, rasa tension ke, teringin nak tengok wayang ke, semua JJ ada! tapi kat sini tak boleh la nak buat macam tu. nak pi birm pun return tiket train dah 4.30 pound. so fini pi ni pun jarang2 la..

tujuan pi birm kali ni sebenarnya sebab nak celebrate birthday Intan dengan Yana (walaupun dah lepas..). kami bawak depa keluar dan makan2. so hari tu kami makan sushi kat sana! sedap lagi mengenyangkan =) jangan bimbang, kedai ni halal..

ni time tunggu train kat station.. [Intan, Mek, Yana, Wazap]

ni dah sampai birm. kami pi weekdays, so orang tak ramai! best la jalan2..

ni la kedai tu,'Woktastic Noodle & Sushi Bar'. comel kedai ni, ada banyak lukisan kartun kat dalam tu..

ni kat dalam kedai.. tu depa yang pakai tudung kat meja sebelah sana. kusyuk gila makan!! tempura kedai ni sangat best!!!

oh, dan ini muka saya ketika sedang nak makan! fini dah pandai guna chopstick sekarang!! time makan ni teringat pulak kat incik afifi sebab birthday fini tahun lepas dia belanja makan kat Sushi King.. time tu nak sepit sushi seketul pun 10 minit!!

yang ni intan pulak yang snap gambar.. masing2 muka dah kenyang!

ok, habis pasai birmingham dan birthday celebration, fini nak cerita pasai sesuatu yang agak baru untuk fini, iaitu NASYID!! sebenarnya tak la baru sangat, ok je nasyid2 ni, cuma baru sebab ni first time fini masuk pertandingan nasyid! rasa macam tak percaya kan?? hahaha
sebut pasal nasyid, dulu hari2 dengar nasyid! sebut je lagu apa, semua ada! time tu zaman2 di alam Al-Maahadil Mahmud!! "ya ma'hadan 'allamani, wabilhuda jammalani.."[lagu sekolah ^_^]
nasyid ni wakil universiti tau!! pi lawan kat Leeds (188km dari Coventry, jauh jugak nih!) hari sabtu ni.. so esok petang dah bertolak dari sini. so memang fini sibuk jugak la minggu ni kan? dah nak lawan, mestila kena practise sikit2..
i'm going to do the introduction part, iaitu baca ayat Quran, surah Al-Qasas ayat 9. kami nyanyi 2 lagu.. nanti balik dari Leeds fini cerita detail eh!
bila bagitau kat mak fini masuk nasyid, mak pun gelak, tapi mak kata ok je! tak kisah la, apapun fini kan johan tilawah dan juara Bintang Kecil dulu!! wiwiwiwi~

doakan fini dan kawan2 agar semuanya lancar.. insyaAllah fini balik hari Ahad. nanti fini update pasai Leeds ok! =)

Monday, February 15, 2010

cambridge =) part 2

sambungan pasai Cambridge.. kali ni fini banyak letak gambar bangunan pulak, tapi mestilah muka fini akan terselit jugak! biasa la kan, nama pun blog afiniakib, mesti la muka afiniakib kena banyak!! ^_^

ni gaya bila mula2 masuk melawat...

bila sebut cambridge mesti akan ingat kamus kan? kat malaysia antara kamus yang paling popular mestilah cambridge dan oxford!! lepas ni fini pi oxford pulak eh..

dalam cambridge ni, bukan setakat kedai2 lama je.. kedai moden2 ni pun ada jugak, contoh macam Austin Reed, GAP, Clarks, Zara dan sebagainya.

ni depa punya market.. dok tengah2 pekan. macam pasar malam kita la, ada jual sayur, buah, makanan, baju dan craft.. cuma depa tak jual barang basah macam ikan, daging dan udang..

kat sini jugak, depa suka naik basikal.. kalau tak naik basikal, depa jalan kaki. jarang jumpa kereta, motor atau bus.. salah satu sebab ialah jalan2 kat sini kecik dan bangunan2 yang padat.

ni geng bersuka ria ambik gambar time orang dok belajar. time ni intan yang ambik gambar.. yang dok berdiri terpacak hujung sekali tu anuar, budak laki sorang lagi tu kamal, yang tak pakai tudung tu cina serawak; mei ling dan yang lain2 tu fini dah cerita dalam entri sebelum ni, sila rujuk jika anda ingin berkenalan..hehe =)

dah mai cambridge, mestilah wajib masuk kedai buku. kedai buku agak banyak dan besar la kat sini. ni salah satu kedai yang kami masuk.. cantik kedai buku ni...

haa ni my favourite part, PUNTING!! ni time mula2 naik, baru nak bergerak.. itulah incik pendayung sampan, nama dia Sam. dia tua setahun je dari kami. dia study kat Schiller International University kat London (dekat je dengan cambridge). so time weekend dia buat partime jadi punter kat sini.. nak dapat duit lebih sikit dia kata. dia sangat lawak dan banyak cerita!! dan dia sangat happy jumpa kami bila dia tau kami dari university of warwick sebab adik dia pun study kat situ..

ni namanya Mathematical Bridge yang menghubungkan bahagian dalam Queens College, dibina pada tahun 1749. jambatan ni diberi nama Mathematical Bridge sebab susunannya yang mengikut siri tangents, kira ada sangkut paut dengan matematik la.. fini tak ambik math, so susah nak cerita! hehehe
mengikut sejarah, jambatan ni asalnya direka oleh Sir Isaac Newton (yang buat teori graviti tu..) tanpa menggunakan nuts dan bolt! ramai yang tak puas hati dan cuba reka balik tapi tak jadi.. akhirnya selepas 22 tahun Newton ni mati (1727), depa pun bina balik jambatan ni mengikut plan asal dia, dan siap pada tahun 1749..

ni la satu-satunya jambatan moden yang merentangi Cam River ni.. moden pun umur dia dah 50 tahun la.. yang lain tu semua antik2 belaka!

yang ni jambatan yang paling tua selepas Mathematical Bridge.. tau dak depa bayar berapa untuk pembina jambatan n??? hanya 15 pence!!!! (kira kita kat sini macam 15 sen laa..) adeeiii kedekut sungguh depa ni! padahal zaman tu dah ada syilling.. =(

ni time anuar try nak jadi punter! tapi dia kata memang berat nak kayuh, silap haribulan boleh tergelincir. so kira ok la bayar Sam ni mahal pun kan.. penat kot! dia kayuh sampan ni 1 jam pusing Cambridge sambil cerita, kira ok la..

sapa yang layan Harry Potter?? perasan tak scene mana buat kat sini? banyak kali jugak kan? cuba try tengok balik Harry Potter: The Prisoner of Azkaban kalau tak silap. kat sini la yang part Harry sedih tu..

yang ni pun ada dalam cerita Harry Potter jugak. ni time Harry and the gang practise main quidditch.. ingat tak??

ni saja je jumpa budak2 ni ambik gambar dengan depa. depa ni mai dari Holland. bila ambik gambar dengan budak2 ni, rasa macam pendek sungguh fini ni! rasa macam tak dak beza je yang umur 21 dengan depa yang umur tak sampai 12.. adeiii...

ni dari atas jambatan Clare College. ni sungai yang yang naik punting tu..

ni saja2 je menggatal nak try bukak pintu pagar tu, tapi kunci pulak. kalau bukak, boleh jugak turun2 jalan tepi sungai tu..

ni dalam St John's College.. college2 ni kebanyakannya sama design, tengah2 ada kawasan lapang.

ni Gonville and Caius College..

belakang Trinity College.. rasa macam ambik gambar nak buat cover album pulak! hehehe

ni Queen College..

dalam entri sebelum ni fini ada cerita pasai The Corpus Clock kan? ni pandangan dekat.. nampak tak atas jam tu ada apa? ada binatang yang macam pelik dan geli, bergerak macam merangkak atas jam tu!! jam ni tak dak jarum, tapi lampu kecik biru tu penunjuk saat, minit dan jam..

ni lagi satu gambar macam cover album, macam biasa fini kira ketua kumpulan la!!hahaha
ok ni dah kira gambar last la untuk entri cambridge.. lepas ni update cerita lain pulak!! ^_^

Sunday, February 14, 2010

Cambridge =) part 1

trip ke Cambridge ni sangat best dan berbaloi!! sebelum cerita pasai gambar2 kat bawah ni, fini cerita dulu pasai latar belakang cambridge ni eh!

cambridge ni sebuah pekan lama yang menarik, penuh dengan bangunan2 yang mempunyai senibina yang yang cantik. dalam cambridge ni jugak ada universiti yang sangat popular dan antara yang terbaik di seluruh dunia. University of Cambridge yang berusia 800 tahun ni terdiri daripada 31 colleges yang memang antara yang terbaik di dunia seperti King's College, Queen's College, St John's College, Clare College, Corpus Christi College, Trinity College, Gonville and Caius College dan macam2 lagi la!

semua kolej2 ni membentuk University of Cambridge yang gah serta ada 150 departments dan fakulti. kalau sapa2 yang graduate dari sini, insyaAllah akan jadi sangat top dan senang kerja kat mana2 ja! berminat nak masuk cambridge ni?? sila baca buku =)

dalam pekan cambridge ni yang di kiri kanan adalah college2 dan kedai2, ada sebatang sungai iaitu Cam River yang merentangi bangunan2 lama.. subhanallah, memang cantik!! syukur sangat sebab time kat cambridge ni, kami dirahmati dengan cuaca yang berbeza; redup, sunny, salji dan hujan! kagum kan??

ok, pics time!!
ni time mula2 sampai. ni kami,budak warwick dari malaysia yang join ke cambridge, yang lain semua budak europe, india dan arab...

kalau mai sini, naik sampan melalui Cam River ataupun punting adalah benda wajib kena buat! tapi time mula2 sampai ni kami tak naik lagi, kami pi jalan2 dulu. ni hanya begambar kat signboard je..

ni fini kat depan St Botolph's Parish Church yang dibina pada kurun ke-7..

ni dalam kawasan King's College. time kami pi ni, depa ada kelas. so tak boleh bising, nanti kena halau! boleh ambik2 gambar je.. ni fini dengan atiqah atau kami panggil wazap.

ni depan The Corpus Clock. jam ni dibuka untuk tatapan umum pada tahun 2008. ni merupakan ciptaan John C. Taylor yang merupakan antara pencipta yang terkenal yang berasal dari Corpus Christi College, Cambridge. jam ni jugak dapat award "Time's Best Inventions of 2008".

yang ni dalam Corpus Christi College..

sama jugak, dalam ruang pejalan kaki di Corpus Christi College.. time ni boleh la nampak dari tingkap bangunan2 lama depa dok belajar. boleh pulak depa concentrate bila ramai orang dok mai melawat! serius je muka.. memang dasar nerd la kot! hehehe
depa dak pulun belajaq kat dalam, kami pun pulun ambik gambar kat luar! hehehe
ambik gambar lagi!
tengah2 dok syok jalan, salji turun! ketar gigi tahan sejuk.. so kena la masuk dalam Costa pekena hot chocolate ngan whipped cream and chocolate stick dulu sambil doa semoga salji berhenti sebab lepas ni nak naik punting pulak..

alhamdulillah, doa dimakbulkan.. langit tiba2 je cerah dan sunny! so kami boleh la naik punting ni.. mahal jugak, 10 pound.. tapi ok la! berbaloi.. ni gang yang jalan ngan fini la..

ni dalam sampan tu.. best, boleh je rasa nak tidur! sejuk, nyaman dan cantik, sambil minum hot choc =)

ni pun dalam sampan jugak! memang banyak sungguh ambik gambar dalam ni!!

ni bila sampan masuk bawah jambatan..
ni la kawan2 baik fini kat sini yang insyaAllah bakal dok serumah untuk tahun depan.. yang tudung pink depan ni wazap, pakai spek dengan buble coat tu adila atau kayla, sebelah kiri fini ialah nabila atau mek, kanan tu intan la kan, dan tepi sekali liyana.. yang ni kami berlatarkan King's College..

gambar fini lagi! nasib la kalau cemuih pun.. hahaha jadi sangat gila bergambar pulak!!

gambar lagi!! ^_^
yang ni bila dah turun dari punting, rest kat tepi jambatan pulak..

yang ni gerbang dan jambatan nak masuk Clare College..

atas jambatan Clare College.. bawah ni Cam River yang kami lalu tadi..

ni kat belakang Trinity College.. antara gambar last sebelum balik..

ok esok fini sambung part 2 pulak!! best kan Cambridge?? tambah bila tengok muka fini banyak pulak, lagiiii best!! hehehe ^_^