Sunday, February 14, 2010

Cambridge =) part 1

trip ke Cambridge ni sangat best dan berbaloi!! sebelum cerita pasai gambar2 kat bawah ni, fini cerita dulu pasai latar belakang cambridge ni eh!

cambridge ni sebuah pekan lama yang menarik, penuh dengan bangunan2 yang mempunyai senibina yang yang cantik. dalam cambridge ni jugak ada universiti yang sangat popular dan antara yang terbaik di seluruh dunia. University of Cambridge yang berusia 800 tahun ni terdiri daripada 31 colleges yang memang antara yang terbaik di dunia seperti King's College, Queen's College, St John's College, Clare College, Corpus Christi College, Trinity College, Gonville and Caius College dan macam2 lagi la!

semua kolej2 ni membentuk University of Cambridge yang gah serta ada 150 departments dan fakulti. kalau sapa2 yang graduate dari sini, insyaAllah akan jadi sangat top dan senang kerja kat mana2 ja! berminat nak masuk cambridge ni?? sila baca buku =)

dalam pekan cambridge ni yang di kiri kanan adalah college2 dan kedai2, ada sebatang sungai iaitu Cam River yang merentangi bangunan2 lama.. subhanallah, memang cantik!! syukur sangat sebab time kat cambridge ni, kami dirahmati dengan cuaca yang berbeza; redup, sunny, salji dan hujan! kagum kan??

ok, pics time!!
ni time mula2 sampai. ni kami,budak warwick dari malaysia yang join ke cambridge, yang lain semua budak europe, india dan arab...

kalau mai sini, naik sampan melalui Cam River ataupun punting adalah benda wajib kena buat! tapi time mula2 sampai ni kami tak naik lagi, kami pi jalan2 dulu. ni hanya begambar kat signboard je..

ni fini kat depan St Botolph's Parish Church yang dibina pada kurun ke-7..

ni dalam kawasan King's College. time kami pi ni, depa ada kelas. so tak boleh bising, nanti kena halau! boleh ambik2 gambar je.. ni fini dengan atiqah atau kami panggil wazap.

ni depan The Corpus Clock. jam ni dibuka untuk tatapan umum pada tahun 2008. ni merupakan ciptaan John C. Taylor yang merupakan antara pencipta yang terkenal yang berasal dari Corpus Christi College, Cambridge. jam ni jugak dapat award "Time's Best Inventions of 2008".

yang ni dalam Corpus Christi College..

sama jugak, dalam ruang pejalan kaki di Corpus Christi College.. time ni boleh la nampak dari tingkap bangunan2 lama depa dok belajar. boleh pulak depa concentrate bila ramai orang dok mai melawat! serius je muka.. memang dasar nerd la kot! hehehe
depa dak pulun belajaq kat dalam, kami pun pulun ambik gambar kat luar! hehehe
ambik gambar lagi!
tengah2 dok syok jalan, salji turun! ketar gigi tahan sejuk.. so kena la masuk dalam Costa pekena hot chocolate ngan whipped cream and chocolate stick dulu sambil doa semoga salji berhenti sebab lepas ni nak naik punting pulak..

alhamdulillah, doa dimakbulkan.. langit tiba2 je cerah dan sunny! so kami boleh la naik punting ni.. mahal jugak, 10 pound.. tapi ok la! berbaloi.. ni gang yang jalan ngan fini la..

ni dalam sampan tu.. best, boleh je rasa nak tidur! sejuk, nyaman dan cantik, sambil minum hot choc =)

ni pun dalam sampan jugak! memang banyak sungguh ambik gambar dalam ni!!

ni bila sampan masuk bawah jambatan..
ni la kawan2 baik fini kat sini yang insyaAllah bakal dok serumah untuk tahun depan.. yang tudung pink depan ni wazap, pakai spek dengan buble coat tu adila atau kayla, sebelah kiri fini ialah nabila atau mek, kanan tu intan la kan, dan tepi sekali liyana.. yang ni kami berlatarkan King's College..

gambar fini lagi! nasib la kalau cemuih pun.. hahaha jadi sangat gila bergambar pulak!!

gambar lagi!! ^_^
yang ni bila dah turun dari punting, rest kat tepi jambatan pulak..

yang ni gerbang dan jambatan nak masuk Clare College..

atas jambatan Clare College.. bawah ni Cam River yang kami lalu tadi..

ni kat belakang Trinity College.. antara gambar last sebelum balik..

ok esok fini sambung part 2 pulak!! best kan Cambridge?? tambah bila tengok muka fini banyak pulak, lagiiii best!! hehehe ^_^

5 comments:

na.ni said...

bestnya..bestnya..bestnya!!
*speechless sbb rasa best sgt jd anda..
sy sgt teringin nk pi ..
sgt2..
doakan saya leh pi jom..

oh2..bestnyaaa!!
*see..byk btol saya tulis best. haih..

ps:background lagu pon best. pasni mybe blh ltk "lucky" she's so lucky..she's a star..but she cry2 in her lonely heart thinking..
weh cmbest ja klo blh karok dgn u..=D

afiniakib said...

mmg sgt2 best!! amiin.. (i dah doakan nih)

tiba2 tringat nk layan britney!! orait pasni i ltak lucky plak... btw i mmg sgt suka karok! ;p

nama.aku.lynn said...

same like siss akma..
besstt..bestt..bestt..
n really hope i can go thre..'1 fine day'..hihih

afiniakib said...

one fine day, it will come!! [p ngan oppa gong yoo =)]

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

Aha..best menarik tu, tengok gambo u all. We plan to visit this weekend...so cari info tempat apa menarik d Cambridge. Dr oxford just around 2 hours. Kalu free visit my blog
http://badrul-perjalananku.blogspot.com/