assignment dah hantar, badan dah sihat, otak pun rasa lega.. so boleh kembali mengupdate seperti biasa =)
1st: PUBLIC DISPLAY OF AFFECTION
atau dalam bahasa melayu ialah menunjukkan kasih sayang secara terbuka. mula2 sampai dulu, macam 'aik??' sekarang dah 'suka hati laa..' depa ni tak kira tempat, masa dan keadaan. kalau rasa nak buat apa, buat je! tengah makan ke, dalam kedai ke,jalan ke, dalam bas ke, library ke semua boleh! depa tak kisah orang nak tengok atau gelak, sebab bagi depa "this is a democratic country, i can do what i want, and so do u!"
Malaysia pun demokrasi jugak, tapi kita ada malu dan hormatkan orang kan?? I love my Malaysia.. lagi satu, depa tak segan nak tunjuk yang depa tu ialah gay atau lesbian! yang ni memang geli.. adeeeiii.. pernah dalam bas satu pagi tu, depan fini ni, perghh sikit punya hensem dua orang ni, tiba2 gay pulekkk.. siap bisik2, peluk2, boleh kiss lagi!!bila salah sorang dah sampai dan nak turun, boleh pulak siap cakap 'miss u, love u' bagai.. geli2 =(
2nd: ANJING
haa binatang ni memang pantang sikit! kena berhati-hati selalu.. kat mana je boleh jumpa! tapi bukan anjing liar la, semua yang ada tuan dan bertali. tapi tetap kecut gak fini ni! dah la besar anjing2 ni, muka bengis semacam (especially jenis yang bulldog atau yang macam serigala tu, gambar kat atas ni lain..).
pernah satu hari fini punya tekejut sebab masuk satu simpang ni tiba2 ada anjing yang sangat besar, fini boleh lari dan automatic lompat tembok!! hebat kan tindakan refleks?? fini tak nampak ada tuan anjing tu sekali! dia pun tekejut apasal la budak ni sampai lompat2 tembok! bila pikiaq balik, lawak la jugak.. tapi still takut la.. =(
3rd: MEMUJI
haa yang ni bagus!! depa ni suka puji orang. semua benda "oh lovely!", "cool", "great".. kalau depa tak puas hati pun, depa akan puji dulu mula2 lepas tu baru bagi tau apa yang tak betul. kan sebelum ni fini pernah tulis pasai depa ni suka panggil orang "love, sugar, darling, dear" semua, sebab culture depa memang macam tu! depa akan bagi full attention kalau kita cerita sesuatu, sambil puji2! walaupun sebenarnya tak la hebat sangat cerita atau sesuatu benda tu!
macam fini hantar assignment kemarin, Maureen yang jaga office B.Ed TESL ni cakap "oh lovely! good girl dear!" sebabnya fini hantar awal sehari. due date assignment hari ni. dah orang puji, terima kasih je la! lagipun, memang SAYA GOOD GIRL kan???
4th: MEMBACA
ni pun bagus! pi mana je mesti nampak orang baca. tak kira la baca apa pun, buku, novel, notes, paper, magazine. janji baca! makcik yang dah tua2 pun baca.. fini suka benda ni sebab fini pun suka baca! dalam bas, masing2 akan membaca.. yang sembang pun ada jugak, tapi kebanyakan membaca la.
kalau kat Malaysia, bila kita baca buku walaupun sekadar novel, kadang2 orang akan pikiaq kita macam menunjuk, so susah la bila ada mind set macam tu.. tapi masalah kat sini, semua jenis bacaan dijual secara terbuka! setakat porno2 tu budak 6 tahun pun boleh beli. dalam paper Metro yang dapat free dalam bus pagi2 pun ada je gambar2 tak senonoh ni. kalau dalam bus, silap haribulan orang sebelah tengah kusyuk je belek gambar2 jenis tu dengan relax nya! mau tak mau, kena la buat muka relax jugak kan..
banyak lagi culture atau budaya depa ni. tapi tulis yang biasa2 ni dah la.. jarang kan fini tulis entri jenis macam ni? selalulnya entri makan, masak, jalan2.. hehehe saja je rajin nak menaip lebih sikit malam ni ^_^
3 comments:
elo siss..
hmm..no komen..
1st:sgt mnakotknnnnnn..dgr u cter ari tu pon da serammm...hahahhaha...iman kne mantappp abehhh nihh...=)
2nd:nk wat cne kn..da p ngra yg mmg bsepah anjing..tahan je la..but u noe wat?USIM alsooo hv lotssss of ANJINGGG!!!adeii..cm zooooo daa..how come diorg ley sng2 masuk U ktorg...hahahha...
3rd:yessss...admit that..u r good girl+gud daughter+gud sisss+gud friend n bla..bla...
4th:sgttt besttt...klo msia pon cm ni..mmg power laa..budaya mbacaa...tp part porn tu la xbley!hahaha~~
hey sugar..
how r u today?
i miss uuuuuu.........
hello dear..
cant sleep well lately, mayb bcos i miss u too!!
^_^
Post a Comment