Monday, February 15, 2010

cambridge =) part 2

sambungan pasai Cambridge.. kali ni fini banyak letak gambar bangunan pulak, tapi mestilah muka fini akan terselit jugak! biasa la kan, nama pun blog afiniakib, mesti la muka afiniakib kena banyak!! ^_^

ni gaya bila mula2 masuk melawat...

bila sebut cambridge mesti akan ingat kamus kan? kat malaysia antara kamus yang paling popular mestilah cambridge dan oxford!! lepas ni fini pi oxford pulak eh..

dalam cambridge ni, bukan setakat kedai2 lama je.. kedai moden2 ni pun ada jugak, contoh macam Austin Reed, GAP, Clarks, Zara dan sebagainya.

ni depa punya market.. dok tengah2 pekan. macam pasar malam kita la, ada jual sayur, buah, makanan, baju dan craft.. cuma depa tak jual barang basah macam ikan, daging dan udang..

kat sini jugak, depa suka naik basikal.. kalau tak naik basikal, depa jalan kaki. jarang jumpa kereta, motor atau bus.. salah satu sebab ialah jalan2 kat sini kecik dan bangunan2 yang padat.

ni geng bersuka ria ambik gambar time orang dok belajar. time ni intan yang ambik gambar.. yang dok berdiri terpacak hujung sekali tu anuar, budak laki sorang lagi tu kamal, yang tak pakai tudung tu cina serawak; mei ling dan yang lain2 tu fini dah cerita dalam entri sebelum ni, sila rujuk jika anda ingin berkenalan..hehe =)

dah mai cambridge, mestilah wajib masuk kedai buku. kedai buku agak banyak dan besar la kat sini. ni salah satu kedai yang kami masuk.. cantik kedai buku ni...

haa ni my favourite part, PUNTING!! ni time mula2 naik, baru nak bergerak.. itulah incik pendayung sampan, nama dia Sam. dia tua setahun je dari kami. dia study kat Schiller International University kat London (dekat je dengan cambridge). so time weekend dia buat partime jadi punter kat sini.. nak dapat duit lebih sikit dia kata. dia sangat lawak dan banyak cerita!! dan dia sangat happy jumpa kami bila dia tau kami dari university of warwick sebab adik dia pun study kat situ..

ni namanya Mathematical Bridge yang menghubungkan bahagian dalam Queens College, dibina pada tahun 1749. jambatan ni diberi nama Mathematical Bridge sebab susunannya yang mengikut siri tangents, kira ada sangkut paut dengan matematik la.. fini tak ambik math, so susah nak cerita! hehehe
mengikut sejarah, jambatan ni asalnya direka oleh Sir Isaac Newton (yang buat teori graviti tu..) tanpa menggunakan nuts dan bolt! ramai yang tak puas hati dan cuba reka balik tapi tak jadi.. akhirnya selepas 22 tahun Newton ni mati (1727), depa pun bina balik jambatan ni mengikut plan asal dia, dan siap pada tahun 1749..

ni la satu-satunya jambatan moden yang merentangi Cam River ni.. moden pun umur dia dah 50 tahun la.. yang lain tu semua antik2 belaka!

yang ni jambatan yang paling tua selepas Mathematical Bridge.. tau dak depa bayar berapa untuk pembina jambatan n??? hanya 15 pence!!!! (kira kita kat sini macam 15 sen laa..) adeeiii kedekut sungguh depa ni! padahal zaman tu dah ada syilling.. =(

ni time anuar try nak jadi punter! tapi dia kata memang berat nak kayuh, silap haribulan boleh tergelincir. so kira ok la bayar Sam ni mahal pun kan.. penat kot! dia kayuh sampan ni 1 jam pusing Cambridge sambil cerita, kira ok la..

sapa yang layan Harry Potter?? perasan tak scene mana buat kat sini? banyak kali jugak kan? cuba try tengok balik Harry Potter: The Prisoner of Azkaban kalau tak silap. kat sini la yang part Harry sedih tu..

yang ni pun ada dalam cerita Harry Potter jugak. ni time Harry and the gang practise main quidditch.. ingat tak??

ni saja je jumpa budak2 ni ambik gambar dengan depa. depa ni mai dari Holland. bila ambik gambar dengan budak2 ni, rasa macam pendek sungguh fini ni! rasa macam tak dak beza je yang umur 21 dengan depa yang umur tak sampai 12.. adeiii...

ni dari atas jambatan Clare College. ni sungai yang yang naik punting tu..

ni saja2 je menggatal nak try bukak pintu pagar tu, tapi kunci pulak. kalau bukak, boleh jugak turun2 jalan tepi sungai tu..

ni dalam St John's College.. college2 ni kebanyakannya sama design, tengah2 ada kawasan lapang.

ni Gonville and Caius College..

belakang Trinity College.. rasa macam ambik gambar nak buat cover album pulak! hehehe

ni Queen College..

dalam entri sebelum ni fini ada cerita pasai The Corpus Clock kan? ni pandangan dekat.. nampak tak atas jam tu ada apa? ada binatang yang macam pelik dan geli, bergerak macam merangkak atas jam tu!! jam ni tak dak jarum, tapi lampu kecik biru tu penunjuk saat, minit dan jam..

ni lagi satu gambar macam cover album, macam biasa fini kira ketua kumpulan la!!hahaha
ok ni dah kira gambar last la untuk entri cambridge.. lepas ni update cerita lain pulak!! ^_^

4 comments:

nama.aku.lynn said...

konklusinyaa...
sgt sronok mlayan+mghayati pic2 u kt cambridge sanaaa...hihihi..
bgnn2 kt ctuu sgt chanteekkkk..full wif historyy..yg best tuu..ad jmbatan math tuuuu..hhhihihi..

opss..lpa lak nk gtaw..
pic yg blkg trinity college tu plg besttt..hahaha..ley la wat cover album!^_^

afiniakib said...

klu u mai sini, u leh la 'menghayati' math bridge tu since u good at math! cewaah..

hahaha agak2 laku ke klu i wat album gna cover tu?? ^_^

skoga said...

pic. clock to cun baen suka, cuma fig. demon 2 tak berapa clear ....

na.ni said...

agree dgn baen.. pic clock tu cm woohh..kewl gila~

again: BEST2!
harap2 saya leh pegi one fine day. amin..
*tolong amin skali pls..gogogo~
haha T_T