Thursday, April 22, 2010

Alton Towers!!! Part 2

okie, sambung bahagian kedua pasai keseronokan di Alton Towers!

kan dah hilang pening sebab bercanda di Cloud Cuckoo Land, so destinasi seterusnya ialah nak pi thrill rides yang lain. disebabkan tempat ni besar, berbukit, hutan dan tasik segala, so ada la cable car atau kat sini namanya Sky Ride untuk nak gerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

so ni station sky ride yang kami naik mula2.. ada la dalam 3 kali kot dok naik Sky Ride dalam dok pusing2 kat AT..

time mula2 cable car ni nak bergerak. harus ambik gambar dulu..

pemandangan The Gardens. tak sempat nak jalan2 dalam The Gardens ni, sempat tengok dari atas je.

yes, posing lagi! wazap dah tak tengk camera dah sebab ghalit dok tengok alam semulajadi kat bawah.

dah sampai kat station. dari sini jalan la..

bagi fini, antara banyak2 rides yang ada kat sini, AIR ni paling cool!! memang super duper cool la.. beratur of course panjang, tapi seriously worth sangat2!! AIR ni bukan macam roller coster biasa tau, kita tak duduk, tapi lebih kurang berdiri, or sometimes baring dan meniarap..time beratur memang kecut perut jugak, sebab dok tengok litar dan roller coaster yang laju bergerak atas kepala. tapi once dah duduk atas seat, dah pakai safety belt and tempat duduk tu diterbalikkan supaya kedudukan kita macam nak terbang (meniarap, kepala ke bawah), dalam hati dah kata, 'menangis kalau faizal tahir tengok, ni dah macam superman!!' hahaha
kat belakang tu boleh nampak dak roller coaster yang dok bergerak tu? ada satu part bila seat tu dipusingkan dan badan kita terlentang mengadap langit, time tu memang pikiaq, 'oo, macam ni rupanya kalau boleh terbang dan jadi burung..' subhanallah, nampak awan, matahari dengan cara terbang! boleh bayang dak macam mana? selalunya, kalau jerit naik roller coaster sebab takut kan, kali ni jerit sebab happy! nak gelak pun ada, sebab sangat excited!! serious, memang AIR ni cool ok!
orait, yang ni pulak fini rasa paling scary, NEMESIS (nama pun dah gerun kan?). litar tu memang dibuat bagi nampak macam karat2, siap ada sungai yang macam darah kat bawah. kali ni, roller coaster tu berpusing dengan sangat rendah, seolah-olah kepala kita nak sampai ke tanah or sungai darah tu. dan time naik benda ni jugak fini try besungguh tak mau tutup mata. memang thrill ok!!

kat board tu tulis, NEMESIS ni ialah 'The World Most Intense Ride Experience'. tiba2 lepas naik benda ni, fini pikiaq, 'oh, aku ni berani rupanya!' hehehe

ni antara litar NEMESIS.

sungai darah yang menaglir bawah litar NEMESIS. panjang jugak sungai ni.

lepas tu, pi masuk rumah hantu atau yang diberi nama DUEL ni pulak. yang ni tak takut pun.. ye la dah habis dah takut sebab naik benda2 sebelum ni. dalam ni, ada kena tembak2 hantu. sapa2 yang suka main game tembak2 hantu macam Aiman Afiq mungkin akan suka dan boleh membunuh banyak hantu! tapi memang betul la ada blaster or pistol untuk tembak. sakit tangan pulak sebab dok tekan blaster tu..

next ke bahagian basah2, Congo River Rapids. yang ni bukan thrill rides, tapi laughs & frights. walaupun tak thrill sangat, tapi tetap mencabar dan best!! yang ni of course la banyak gelak =)

ni la bot yang kami naik. laju jugak, pusing2 dalam sungai tu. memang basah ok!! tapi tak pa,hari tu memang sunny and windy, so sat je baju ngan seluar dah kering lepas turun dari bot tu. gambar ni kami beli kat situ..

so nak cepatkan proses pengeringan baju, seluar dan tudung yang basah kat Congo River Rapids, kami naik pulak roller coaster yang kononnya standard budak2, iaitu Runaway Mine Train..
yang ni best sebab kita ingat benda ni macam bodoh2 je, tapi perghh laju jugak wei!! siap ada masuk dalam tunnel, corner baring2 pulak.. hahaha lagi best sebab pekerja dia sangat baik dan comel (atau agak kacak ye!). normal ride ialah 2 pusingan tau, tapi part kami, dia bagi tiga kali!! mula2 ingatkan dah habis bila dah cukup 2, tapi dengan baik hatinya dia bagi kami lagi satu pusingan! cool la.. boleh vote untuk the best employee ni!! ('chu chu', ni trademark dia)

see? nampak macam tak takut kan? macam train biasa je..

penerokaan seterusnya di Katanga Canyon.

this is The Flume. yang ni memang extremely basah ye.. tudung memang terkelepet! tapi yang ni lagi best dari Congo River Rapids. satu bot boleh naik 2 orang. best tau! siap ada turun gelonsor yang agak curam yang memang laju gila, pusing2 kat tepi hutan, masuk dalam tunnel yang gelap gelita! hahaha best2..

see?? konfemmm basah!

so keringkan diri anda dengan berjalan-jalan pula. ni kat Battle Galleons. boleh naik kapal lanun kat belakang tu dan main perang2 tembak guna pistol dan meriam air. nak lagi basah, sila main..

masuk pulak kat Mutiny Bay. ceyy, ni pun kira untuk kanak2 la.. tapi yang besar2 pun harus join. naik Marauder's Mayhem ni sampai pening2 sebab syok dok pusing2 cawan ni!

Mutiny Bay jugak. ada gaya2 incik Michael Scofield? yang ni versi sara tancredi yang digayakan dengan cara sedikit gediks! ;p

perjalanan meredah padang untuk ke Sonic Spinball. yes, duduk dulu ambik gambar.. penat belakang cerita!

ye, gambar lagi. time ni ada mak cik orang putih tu tolong ambik kan. see? mak cik ok! diulang, mak cik.. gagah kan? fini rasa dia dalam around 50-an kot. boleh lagi mai besuka ria kat AT. pak cik-pak cik pun ada jugak!

Sonic Spinball. benda baru jugak kat sini. yang ni pun nampak macam untuk budak2, ye la nama pun Sonic kan? macam biasa, tetap menggerunkan bila dah naik..

peluk incik Sonic dulu apa2 hal..

haa nampak tak fini yang tudung putih tu? time ni pun mek tak naik jugak, dia dah start penat dan pening sebab dah petang ni.. best tau yang ni! berpusing2 dalam kelajuan yang menggegarkan!

kalau ikut my own rating, AIR is the coolest, NEMESIS the scariest, dan RIPSAW ni pulak the most awesome! boleh cam fini yang tudung putih, line kedua tu? honestly, mula2 fini tak mau naik yang ni sebab benda ni pusing2 sangat dan ada satu part tu dia betul2 pacakkan kepala ke bawah dan berhenti! i bet, mesti takut gila ni. tapi macam teringat pulak bfifi pesan, 'u kena naik semua tau! jangan takut, you are not going to die' hahaha so dengan sisa2 keberanian gagah pi beratur jugak la. sekali lagi mek tak naik, so dia tolong ambik gambar.

lihatlah wajah fini yang penuh cuak itu! budak sebelah fini tu, time naik benda ni sikit pun tak jerit.fini memang jerit tak ingat dunia dah.. tapi cuba tengok dia dalam gambar ni, pejam mata!! cehh, apa barang! hehehe bunyi macam eksen kan? tapi serius fini tak pejam mata, takut pun gagah jegil jugak.. lagi satu, laki yang line first pakai baju kaler hitam tu, dia tak boleh naik. pekerja tu mintak dia turun sebab badan dia kan macam besar sikit, so safety belt tu tak betul2 kemas kat badan dia. bahaya la kan? kesian dia kena turun..

video time naik ripsaw. cool kan?? tetonggeng ,tebalik, tepusing!!!

bahagian last sebelum berangkat pulang ke coventry, Storybook Land. yes, yang ni memang sangat tepat dan bersesuaian untuk cayang2 ku, aiman dan alia.

boleh naik tupai ni, Squirrel Nutty Ride. pusing slow2 atas pokok, boleh nampak pemandangan AT yang cantik..

ada family yang bawak budak2 kecik dok naik tractor dalam kawasan Old MacDonald's Tractor Ride. sambil tu jom nyanyi sama2, 'old macdonald had a farm e-i-e-i-o..' (ambik gambar dari dalam tupai tu je..)

gambar dari dalam tupai bergerak tu jugak. yang ni ada bot boleh naik kat Riverbank Eye Spy, sambil tengok biri2 (patung je tu).. simply for family with kids. time kat sini, dah pukul 5 lebih dah, AT ni sepatutnya tutup pukul 5pm, tapi mungkin pekerja tu kesian kot tengok kami, dia bagi je la naik tupai tu..

ok pose last sebelum balik.. kat buku tu ada satu button tau. bila kita tekan, patung yang kat belakang tu pun akan mula bercerita, 'once upon a time, bla bla bla..'

tepat 5.30pm, kami pun keluar la dari AT yang gempak dan best ni. nasib baik bus tak gerak lagi. elok kami naik je, terus gerak ke train station! syukur2..

apapun, pengalaman ni sangat best! kesimpulan sehari kat AT, fini boleh cakap yang it was truly FUN FEARLESS FABULOUS!!!

3 comments:

afifi said...

perghh..... mmg awesome ah..
gila best..
kagum pun ada..
jeles2..
i rasa dlm video tu, asik dgr suara u jerit je.. hehe..

nama.aku.lynn said...

happeningggg gle!!1
besstttttttttt~~~

afiniakib said...

bfifi:
yes! mmg awesome dan sgt best! dan pnat menjerit jugak..hahaha

lynn:
sgt happening ok!!jom p sama2.. =)